𝓑𝓪𝓫 3

13 1 0
                                    

"Kau rupanya Aiman. Dah kenapa mami aku suruh kau cari aku pula?"

"Dah kau tolok pinangan aku, macam mana mami kau tidak suruh aku cari kau."

"Apa! Jadi yang masuk meminang tu kau aiman?"

"Bukan aku Tasya, tapi mama aku. Mama nak kau jadi menantu dia. Tapi mama aku guna cara lain, mama ungkit semua yang mama tolong family kau."

"Dah lah Aiman aku nak balik. Tambah serabut lah macam ni." Ujar ku lalu beralih dari tempat yang aku duduk.

"Yalah. Kau hati-hati balik tu."

Lelaki yang bernama Aiman, itu kawan lama aku. Kawan dari sekolah rendah rapat tak rapat lah juga hubungan kami.

Plak!

Meja yang ada di hadapannya di hempas guna fail yang berisi dengan jumlah kertas yang sedikit sebanyak.

"Kau dah buat syarikat kita terlepas dengan projek yang besar kau tahu itu!" Bentak Danish kepada salah satu pekerja nya.

"M.. Maaf Tuan Danish. Saya terlalu lalai se...sekali lagi saya ingin meminta maaf Tuan." Ucap pekerja nya dengan gugup.

"Kalau projek tu terlepas cari lah projek baru, kan senang." Ujar Daniel.

"Senang lah kau cakap. Kau ganti tempat aku sekarang, aku nak tengok sejauh mana otak kau berfungsi."

"Dah kau jangan nak mengamuk kat situ, ingat sekejap lagi kita ada meeting di luar." Ujar Daniel lalu meninggalkan abang nya yang dalam keadaan marah.

Ting..

Bgukh!

"Adu! Sakit lah mata kau dekat mana!?" Adu Alia yang kesakitan.

"Ee kau ni, betul kan sikit tudung tu senget lah." Ujar Daniel lalu membuka langkah ke parking kereta untuk menggambil dokumen.

"Dah lah langgar orang tak minta maaf lagi tu ee geram aku." Bebel Alia yang memulakan langkah nya untuk ke cafe yang berdekatan dengan company terkenal itu.

Dia mula melabuhkan punggung nya ke tempat duduk yang ingin di duduknya. Dia mula memesan makanan dan minuman.

Plak!

Bunyi hempasan pintu kereta kedengaran walaupun hempasan nya cuma nipis.

"Kenapa nak makan tempat jauh Alia ni?" Bebel ku lalu menuju ke cafe yang Alia pergi.

"Aku tak mahu lagi nampak kau datang ke sini dan gelarkan diri kau tu sebagai bakal isteri aku! kau faham?!"

Langkah aku terhenti bila terdengar suara lelaki yang sedikit garau memarahi seorang perempuan.

Kalau aku kat tempat perempuan tu tak tahu lah apa dah jadi. Baru di tinggi kan sikit suara dah nangis agaknya.

"Kak! Alia kat sini!"

Pandangan ku beralih bila Alia memanggil ku. Cantik manis saja senyuman yang terukir di bibirnya. Aku mendekati gadis yang masih terlihat kecil di pandangan ku.

Aku melabuhkan punggung ke bangku di hadapan adik aku.

"Kau boleh balik sendiri kan Alia?"

"Kakak nak pergi mana lepas ni?"

"Ada urusan sikit."

"Boleh saja, lagipun maxim kan banya."

Sudah berapa minit kami duduk menikmati makanan yang kami pesan dekat cafe itu, Alia tertuju kepada tiga lelaki yang melangkah kan kaki ke salah satu meja yang berhampiran dengan meja yang kami duduk.

"Kau pandang apa Alia?"

"Tu CEO-CEO."

"Oh faham, kau nak lunch dekat sini rupanya ada CEO kacak ee gatal."

Aku mengalih pandangan ke CEO yang di maksudkan Alia.

"Ee bukan kah itu.."

"Mamat yang budakan kakak tu kan?"

Kacak sebenarnya, tapi tu lah angkuh nak mampui. Dia juga lah tadi aku nampak yang marah seorang perempuan tu. Garang juga ee mamat ni. Serius saja muka dia, mahal sangat kah senyuman tu sampai tak nak senyum. Orang kaya memang begini kah?

"Maaaf Tuan Danish, syarikat kami terpaksa batalkan projek yang mana harus syarikat Tuan Danish dan syarikat kami berkerjasama."

Dia cuma mengganggukan kepala menandakan dia faham. Tapi terlihat dari wajah nya yang dia kecewa karena projek di batalkan. Dia cuma berdiam diri sejak awal duduk dan lelaki di depan nya mula memberitahunya tentang pembatalan projek itu.

Nampak seperti orang yang merenung masa depan. Aku dan Alia tengah khusyuk menjamu makanan yang ada di hadapan kami tanpa menghiraukan orang di sekeliling.

Alia yang mengeluarkan telefon dari handbag nya lalu membuka kamera.

Cheak!

"Kau dah kenapa Alia tak bagus lah gambar orang diam-diam begini"

Alia cuma tersenyum lalu meletakkan telefon ke dalam handbag kecil nya semula dan sambung menjamu makanan yang di hadapannya.

Apa lah nasib aku dapat adik begini. Aku mengalih pandangan ke arah lelaki itu lagi. Keadaan di sebelah meja kami agak tegang.

___________________________________________

BERSAMBUNG...

𝚃𝚞𝚊𝚗 𝙳𝚊𝚗𝚒𝚜𝚑 𝙼𝚒𝚔𝚊𝚎𝚕Where stories live. Discover now