TERKANTOI.

46 5 2
                                    

Pergaduhan yang sedang berlangsung menjadi semakin sengit pula bila masing-masing tidak mahu kalah dan mula melayangkan penumbuk. Sepakan demi sepakan,tumbukan demi tumbukan diselang seli dengan carutan dan makian sepenuh perasaan. Jezmin,Jefri dan Boy menguap beberapa kali melihat adegan yang sepertinya takkan berhenti ini.

"Durian dah habis lima biji dah. Dah la musang king. Rugi dah beratus ringgit ni. Yang menang tak ada lagi. Penat ah macam ni." Rungut Boy tiba-tiba.

"Jomlah kita balik,Babe...biar je la dia kat situ..kita ada kerja ni..!" Laung Jezmin. Ariana tidak mempedulikannya. Tubuh kerdil itu di angkat dan dihumban ke belakang.

"Dia yang taknak kalah!" Jerit Ariana. Jari telunjuk berada tepat di pipi si kerdil yang sedang terkial-kial ditanah.

"Ahh! Pantang keturunan aku kalah dengan perempuan!"tepis si kerdil lalu menerkam belakang Ariana. Ariana menghumban diri ke belakang. Si kerdil mengaduh kuat.

"Dah la tu Anep. Biar je lah dia menang. Tak rugi pun." Pujuk Boy. Si kerdil berusaha bangun dengan nafas tercungap-cungapnya.

"Kalau kau tak mahu kalah,kau menyesal nanti!" Ariana bercekak pinggang dengan mata merah menyalanya. Anep meludah ke tanah.

"Apa? Hah? Kau nak buat apa kat aku?!" Tinggi suara Anep.

"Huaaaahhhh!" Ariana menjerit kuat sebelum yang lain menjerit sama.

Jezmin,Anep,Boy dan Jefri terbeliak dan ternganga besar. Jezmin segera berdiri dan berlari memeluk Ariana.

"Babe...you dah terkantoi la.." bisiknya di telinga Ariana.

"Ha- what?!" Ariana melihat tubuhnya yang sudah bertukar ke uniform kerjanya.

"Aduhhh....iishhh! Ni semua si pendek ni punya pasallah ni!" Marah Ariana.

"Kau bukan manusia?" Anep mengundur sedikit demi sedikit.

"Awak pun bukan manusia ke?"tanya Boy pada Jezmin. Jezmin mengangguk sambil tergelak kecil lalu bertukar ke baju kerjanya yang asal. Boy menjerit terkejut dan segera bersembunyi di belakang Jefri.

"A-ah,aku bukan manusia. Kau dah cari pasal dengan aku,kau dah hidup lama ke? Sini kau pendek!" Ariana mendepakan tangannya dan mula mengapungkan diri. Anep berlari menyorok di belakang Jefri dan Boy. Terketar-ketar tubuhnya memeluk Jefri.

"Pontianakkkkkkk!!" Jefri membuka langkah seribu meninggalkan Boy dan Anep. Tiada lain dalam fikiran melainkan untuk sampai ke kereta wira mereka dah terus meninggalkan dusun durian itu. Anep dan Boy turut sama berlari di belakang cuba untuk berlari selaju mungkin. Anep sesekali menoleh ke belakangnya.

"Nak lari mana haaa.....sini korang!!" Ariana melayang betul-betul di atas kepala ketiga-tiga pemuda itu. Jefri meraung ketakutan lalu menggolengkan diri agar cepat sampai ke bawah bukit.

"Jefriiii!!"laung Anep.

"Hup,hiah!!" Anep turut menggolekkan dirinya mengikut jejak langkah si Jefri. Maka tinggallah Boy yang terkangkang-kangkang mengatur lariannya agar cepat sampai ke bawah.

Ariana dan Jezmin mengilai geli hati melihat dari atas. Lucu betul keadaan mereka bertiga ketika ini. Si Anep bagai ulat bulu yang saja bila dilihat dari atas. Ariana dan Jezmin melayang sambil memegang perut yang krem kerana terlalu kuat ketawa.

"Ahahahahha...aku tak bolehlah..lawak gila tiga ketol ni. Adeh sakit perut aku,gila. Hahahhahahahah....wahahahhahahahah!" Jezmin berhenti melayang dan duduk sebentar di pucuk pokok durian. Berair-air matanya kerana ketawa yang tidak berhenti itu. Ariana turut berhenti sama dan duduk disebelah Jezmin sambil ketawa mengilai.

"Baru tau rasa..haa..padan muka. Nak sangat cari gaduh dengan aku. Hahahahhaha! Macam ulat bulu jatuh tergolek. Hahahahahahah...yang seketol tu macam botol cola tergolek.hahahahaha!" Ariana ketawa menepuk lutut.

Tidak dipedulikan lagi pada Jefri,Boy dan Anep yang terkocoh-kocoh masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.

"Padan muka! Hiiiiiihihihihihihi...!" Ariana melambai dari atas pokok.

Yang Kerja MalamWhere stories live. Discover now