Malam Ini Ariana bersemangat sikit sebab malam ini dia cuma dibawa melawat kawasan kerjanya sahaja.
"Tu,nampak tak orang ramai tu?" Jari yang berkuku tajam menunjuk pada sekumpulan manusia yang sedang bersuka ria ditepi pantai. Semua yang sedang berbaris mengangguk.
"Ha...itulah kerja korang semua nanti. Satu jeritan lima puluh. Pengsan,seratus. Rajin berkerja banyaklah duit yang kau dapat. Okey,jom ke sana pula." Jari telunjuk menunjuk ke celah-celah batu besar di tepi pantai.
"Eh,sini pun ada manusia nak duduk ke?" Arian hairan.
"Ni,nampak tak ni?" Semua mata tertumpu pada sepasang kekasih yang asyik menyulam cinta. Berlaga-laga bahu,ketawa yang melunak dengan suara yang sengaja dimachokan dan dimanjakan.
"Dapat dua jeritan serentak,seratus. Salah sorang jerit,lima puluh. Kalau lari lintang pukang tinggalkan pasangan,seratus. Vana,kau demo jap." Arahnya pada si rambut panjang yang sedang memegang fail. Vana mengangguk dan mula terbang hinggap di atas batu.
"Ek-hem!" Vana berdehem sebelum bersenandung. Sedih benar bunyinya.
"Yang! Hantuuuuuuu!!"jerit si perempuan dan rebah. Si lelaki bersusah payah mengheret tubuh si perempuan agar menjauh dari batu tempat Vana bersenandung. Vana mengekek geli hati.
"Lain kali datang lagi ya....hihihihi...." Vana terbang melayang dan menghilangkan diri. Dia muncul di sebelah Ariana dengan muka bangganya.
"Wow ..hebatnya...."Ariana menepuk tangan.
"Sekarang giliran kamu semua untuk berlatih. Tempoh diberi dalam seminggu sebelum kamu di serap kerja sepenuhnya. Kalau kamu gagal maka kamu akan dimasukkan ke dalam sektor lain pula. Ingat!,jangan sia-siankan muka huduh kamu." Madam Asmara melayang pergi bersama Vana.
"Ariana,come!" Panggil Jezmin. Ariana mengapung diri dan menyambut huluran tangan Jezmin. Mereka berdua kini berkawan rapat memandangkan mereka berdua di tempatkan di pokok yang sama.
"Jez I tak tahulah nak takutkan siapa..I malu lah.." mereka berdua duduk di sebatang pokok ara yang sudah tumbang. Jezmin memuncungkan bibir.
"I pun tak tahu ni..macam mana eh gelak yang panjang-panjang tu?" Jezmin menarik nafas panjang sebelum melepaskan hilaian pertamanya.
"Why bunyi you macam terkepit je? macam ni lah...iiiiih hihiihihihihihii...haa..macam tu..ada panjang sikit mula dia." ajar Ariana. Jezmin mengangguk faham. Bagi menambahkan rasa semangatnya dia melayang di atas sebuah batu besar dan mula mengilai. Ibu jarinya di angkat tinggi sambil mengilai. Ariana membalas dengan ibu jarinya juga.
"Wow! cantik ah bestie!" laung Ariana.
"Hantuuuuuuu!!!" entah dari mana tiba-tiba saja sepasang kekasih lari keluar dari sebalik batu besar tadi.
"Lah..ada orang juga rupanya celah batu sempit macam ni?" Ariana hairan.
"Takda duitlah tu..celah batu pun jadi..kalau aku jadi awek dia memang aku cabut awal lagi. Nampak sangat sengkek.!"
YOU ARE READING
Yang Kerja Malam
LosoweIngat manusia je ke yang kena kerja? kami pun kena kerja tau. kerja apa? MLM pun ada...nak tau kena baca.