Aku Muhammad Aydeen Asy'ar bin Muhammad idham. My age is 24 year old.
Aku hanya orang biasa yang penuh dengan masa silam. Aku tak sempurna hidup aku penuh dengan luka-luka. Mungkin orang akan ingat akula manusia paling bahagia tapi mereka salah hidup aku tak seindah itu. Banyak benda aku dah lalui. Pahit atau manis aku tidak peduli lagi. Aku hanya mampu berserah dan mengikhlaskan semuanya kepada takdir.
"Aydeen Asy'ar!" Jerit gadis itu. Siapa lagi kalau bukan si Airis Elvina partner kerja aku. Pagi-pagi lagi sudah menjerit macam monyet tertelan biji durian. Agak takde kerja lain ke apa nak di buatnya. Seharian nak menjerit je kerjanya macam la aku ni pekak sangat.
"Awak kenapa menjerit dah macam monyet tak dapat makanan saya tengok" kataku sambil melihat mukanya yang sudah bertukar menjadi anak singa.
"Encik Ayd. Aku panggil kau banyak kali tau. Hang tu je yang pekak badak. aku dah terjerit-jerit macam anak singa baru kau nak dengar berangan apa abang oi?" Bebelnya lagi. Bukan sengaja tidak mahu dengar dah memang aku tak dengar nak buat macam mana?. Salahkan la telinga aku jangan salahkan aku tak begitu.
"Awak nak apa El?" soalku
Ini tak lain tak bukan mesti ada penambahan kerja. Macam tak tahu pulak. Asal aku mesti kerja asal kerja mesti aku. Nasib kau lah deen nama pun cari rezeki mahu tak mahu kena buat jugak demi sesuap nasi kalau tak mahu mati kelaparan kau nanti.
"Macam biasa si botak tu bagi kita kerja lagi. Aku tak faham la si botak tu sengaja ke nak bagi kita buat overtime. Asal muka kita je overtime asal overtime je muka kita. Aku kikis kepala botak dia tu bagi licin baru dia tahu siapa Airis Elvina yang sebenarnya "
Aku tergelak mendengarnya. Budak ni kalau bab mengutuk orang memang nombor satu. Ni kalau boss dengar silap hari bulan boleh dibuang kerja kami berdua."Tak pelah kan dapat duit lebih. Nak buat macam mana nama pun kerja kan. So kita boleh buat apa? Jalankan tugas jela kan" kataku . Memang aturannya begitu nak marah tak boleh nak complain lagi tak boleh silap hari bulan kena buang kerja je.
"Hari ni kau nak lunch mana ayd? Aku laparlah tadi tak sempat nak breakfast" rungutnya.
Aku melihat muka cemberut Elvina memang betullah dia tengah lapar muncung sungguh bibirnya. Ni kalau ada tali dah lama aku ikat bibirnya yang muncung itu.
"Kan saya dah pesan breakfast dulu sebelum masuk kerja. Yang degil tak nak breakfast kenapa? Kan dah lapar." Bebelku pulak ingat dia sorang ada mulut nak membebel aku pun ada mulut lah.
"Excuse me mr Aydeen Asy'ar U ingat i sempat ke nak breakfast- breakfast ni semua?. Melak la kalau si jejaka yang paling handsome ni masakan untuk saya. tak ke bahagia perut saya everday." Katanya sambil membayangkan dia mendapat breakfast dari aku setiap pagi.
Banyakla nak suruh aku yang masak setiap pagi untuk dia Hahahaha tak kuasa aku. Dari aku masak untuk si comel tembam depan aku ni better aku masak untuk future wife aku lagi bagus.
"Tengok lah macam mana sebab saya kena check barang-barang dapur dekat rumah tu jugak. Dah nak rehat ni kita makan tempat biasa jelah nak?" Ajakku bukan tidak mahu makan di tempat lain cuma perut aku sudah selesa dengan masakan disana. Sedap pun ye murah pun ye. Tapi tak tahula si El ni mahu ke tidak makan disana lagi. Kalau dia kata tak nak terpaksa lah aku cari tempat makan lain.
"Aku on je Ayd lagi pun aku nak berjimat sekarang biasalah perempuan pantang nampak barang cantik mesti nak kena beli kan. Kau drive? Ke aku drive? Atau kita jalan kaki? " Katanya..
Dah tentu aku yang kena drive nanti mengharapkan dia nak drive tunggu aku tua nanti baru dapat merasa dia yang bawak kereta. Muka dia nak jalan kaki ?otak tercabut skru ke si El ni? Punya lah jauh nak jalan kaki mahu tercabut kaki aku ni kalau berjalan dari sini ke sana.
YOU ARE READING
It's Our Fate
RomanceTelegram, Disini lah bermulanya kisah cinta Qayra Eryna dan Aydeen Asy'ar. Pertemuan yang tidak di rancang telah menyatukan hati mereka tanpa sengaja. Menjadikan bot sebagai tempat mencipta kenangan yang indah untuk mereka. Meluangkan masa bersama...