"morning arya si gadis melayu terakhir" pagi-pagi siapa sahaja yang rajin tegur aku kalau bukan si putri .
"Morning awal kau masuk kerja putri?" soalku pelik minah ni. Kalau sebelum ini tiada pulak dia nak datang awal, entah mimpi apa dia semalam sampai datang awal hari ini.
"Bukan selalu nyah aku datang awal. Hari ini aku nak jadi pekerja yang baik mana tahu pagi-pagi dah boleh cuci mata tengok abe yang handsome-handsome kan" jelasnya dengan senang hati
Bukan main minah ni dia punya gatal itu mengalahkan aku. Apa-apa jela putri janji kau bahagia.
"Dari kau gedik-gedik better kau tolong aku letak semua reports ini dekat setiap overbed table patient." Kataku
Malas sungguh hendak melayan perangai gedik si putri ini. Pagi-pagi lagi sudah buat orang annoying dengannya.
"Baiklah Nur Qayra Eryna binti Maleek"
Eh minah ini karang ada yang makan cubitan berbisa aku jugak nanti. Tahu lah nama aku sedap tapi tidak usah lah panggil nama panjang aku terus.
"Diamla kau, cepat sikit nanti doctor nak check patient pulak" arahku
Si putri ini mulut sahaja lebih gerak lambat sudahla kejap lagi doctor sampai.
Selesai sahaja meletakan report patient di setiap overbed table. Aku pun kembali ke kaunter di mana jururawat sedang berkumpul dan melakukan kerja mereka.
"Ayra aku ada gossip kau nak dengar?" Katanya dengan muka yang excited.
Ini mesti pasal lelaki. Si putri kalau tiada cerita pasal lelaki sehari memang tidak sah. Kali ini apa pulak lelaki itu buat eyes contact dengannya begitu?
"Kalau aku tak mahu dengar pun kau akan bagi tahu jugak kan?" Soalku tahu sangat perangai si putri ini
"Haah macam tahu-tahu je kau ni arya. Ok story dia macam ni, tadi sebelum kau masuk aku ada nampak seorang mamat ni sumpah arya helok betul dia. Tinggi pun iya cuma kurang sado lah, itu kalau sado helok dah tu perfect ideal boyfriend tak gitu?" Pujinya
Bukan main puji memanjang elok sangat ke lelaki itu? Sampai kawan aku ini angau dah serupa orang baru lepas minum air ketum.
"Engkau semua lelaki kata muka elok. Apa je yang tak elok dekat mata kau putri? Yang bukan-bukan je" bebelku tidak faham betul dengan dia ni ,Kalau muka elok perangai kurang elok kelaut jugak jadinya.
"Alah kau ni arya kau semua tak suka apa yang kau suka? Aku pun tak tahu. By the way aku rasa lah kan mamat yang aku nampak tadi anak pakcik yang selalu ajak kau borak tu." Jelasnya
Anak encik zamri? Baru sekarang dia nak datang? Selama encik zamri masuk hospital batang hidung anak dia pun aku tak pernah nampak.
"Mana kau tahu anak dia?" Soalku
Entah kenapa topic ini menarik perhatianku . Rasa ingin tahu aku membara-bara, bagaimana rupa anaknya .
"Sebab dia datang nak jumpa pakcik tu. kalau nak ikut logik la kan mana ada pelawat nak datang awal-awal pagi ni" jelasnya
Betul jugak kata si putri ni mostly pelawat akan datang petang atau tengah hari sahaja. Lagi pula, waktu sekarang hanya seorang sahaja yang di benarkan masuk itu pun penjaga kepada patient di sini.
Ah! biarkan sahajalah kenapa aku sebuk mengambil tahu hal orang lain? Lagi pula bagus lah kalau anaknya datang terubat sikit rindu pakcik itu.
"Excuse me, can i know dekat mana nak ambik air panas?"
YOU ARE READING
It's Our Fate
RomanceTelegram, Disini lah bermulanya kisah cinta Qayra Eryna dan Aydeen Asy'ar. Pertemuan yang tidak di rancang telah menyatukan hati mereka tanpa sengaja. Menjadikan bot sebagai tempat mencipta kenangan yang indah untuk mereka. Meluangkan masa bersama...