Pulang sahaja dari kerja aku terus menuju ke cafe seperti yang di janjikan petang tadi untuk keluar lepak bersama Aisy malam ini.
Masuk sahaja di dalam cafe sosok tubuh Aisy langsung kelihatan. Tanpa membuang masa aku terus mengorak langkah ke arahnya.
Terpancar senyuman yang manis di bibir lelaki itu apabila dia ternampak aku berjalan ke arahnya.
"Long time not see big brother."
Katanya senyuman di bibir tidak putus-putus dari tadi
"Tak payah nak big brother sangat. Kali ini apa pulak? Mak nyah nak mengurat kau? Atau mak datin nak anak ayam macam kau? Mana satu?."
Soalku seperti sudah mendapat agak apa yang ingin di ceritakan oleh mamat itu.
"Excuse me kau ingat aku ni test makcik-makcik ke?. Elok sikit aku punyalah handsome macam ni kau nak kata aku test makcik-makcik pulak."
Omelnya membantah dengan soalan-soalan yang aku lontarkan tadi.
"Apa-apa sahaja lah Aisy. Ha cepat lah cerita. Apa benda yang kau nak cerita sangat tadi."
Kataku yang sudah tidak ada lagi kesabaran dalam diri untuk menunggu mamat itu membuka cerita.
"Aku melawat ayah aku tadi."
Katanya ringkas dan jelas. Aku melihatnya tanpa berkata apa-apa. Muka Aisy yang terlihat bermain-main tadi bertukar menjadi serious dan tegas.
Entah apa yang ada di fikirannya sekarang ini. Aku hanya mendiamkan diri menunggu lelaki itu menyambung ceritanya.
"He seem much better then before."
Jelas Aisy lagi keluhan kecil di lepaskan dari bibirnya. Dia menatap mukaku lama sebelum mengukir senyuman yang tipis.
"Baguslah at least dia semakin membaik. It's a good news for us and lagi satu tak payah nak buat muka sedih kau tu. You already did a good job. Aku tahu di sudut hati kau yang paling dalam kau rasa serba salah dekat dia sebab tak dapat jaga dia dari mula sampai awal but kau kan kerja. I know dia akan faham anak-anak dia so don't worry to much."
Kataku memberikan kata-kata semangat kepadanya. Muka yang muram dan tegang tadi kembali tersenyum.
"Oh i have story. Masa aku melawat ayah aku i see one nurse ni elok je comel pulak tu."
Katanya sambil tersenyum. Amboi Aisy ini bukan main di lamun cinta ke macam mana? Bukan main dia puji nurse itu. Bukan senang melihat lelaki ini memuji seseorang lagi-lagi perempuan.
"But aku turn off dengan kawan dia. Muka je cantik perangai serupa beruk dalam hutan."
See aku sudah kata dari tadi bukan senang dia ingin memuji orang paling tidak mesti terselit kata-kata sumbang yang cukup membuat pemilik badan Yang di gossip ingin menampar lelaki di depannya ini.
"Dahlah dia tenung aku serupa nak makan orang. Bila aku cakap dia boleh pulak perli-perli orang."
Omel Aisy sungguh terlihat tidak berpuas hati dengan nurse itu. Aku hanya mengelengkan kepala ada sahaja karenah lelaki di depannya ini.
"Kau cakap apa je kat dia?."
Soalku mesti ada sebab kenapa perempuan itu memerlinya. Paling tidak mesti si Aisy ni melontarkan kata-kata menyakitkan hati.
"Aku just cakap 'Did my face looks like your future? I'm curious why you are so attracted to my face?'. And then i give her my honestly smile"
Jelasnya sambil membuat muka selamba badak. 'Honestly smile' dengar sahaja sudah tahu senyuman menejeknya. Memang patut dia di perli sudahlah selamba badak dia lontarkan kata-kata begitu kepada stranger. Kalau aku jadi perempuan itu pun akan naik angin. Ini baru sikit entah-entah banyak lagi ayat sumbangnya yang di berikan kepada gadis itu.
"Aisy you know right you shouldn't give that kind of attitude to someone stranger?."
Kataku bukan apa sometimes kita perlu utamakan adab kepada orang-orang sekeliling tidak kisahlah kenal ataupun tidak kenal.
"You know me deen. I not the person who will give a nice attitude at the first place. Jadi baik pun tak elok jugak once you be kind to people they will carry a knives on their back."
Aku hanya terdiam mendengar kata-katanya entah kenapa ayat itu seperti menampar diriku ketika ini.
"Aku nak sleepover rumah kau malam ni"
Aku menoleh ke arahnya. Sekali lagi dia memasang muka selamba badaknya bagai tiada apa-apa yang terjadi tadi.
"Only tonight. Kalau kau bertapa lama-lama siap kau."
Ugutku bukan aku tidak tahu kalau mamat ni dah sleepover di rumah aku sudah tentu dia akan tinggal lama di rumahku.
"Not sure."
Jawabnya ringkas sudahku duga jawapannya. Ini mesti memang sudah memasang niat untuk tinggal lama di rumahku.
"Esok aku cuti aku ingat nak keluar beli buku dengan El kau nak ikut ke?."
Aku melihat Aisy dan menunggu jawapan darinya.
"Don't tell me yang kau still baca lagi buku novel?."
Soalnya tidak percaya. Kenapa? Lelaki tidak boleh membaca buku novel ke? Bukan itu hanya pekara biasa? Pelik sangat ke lelaki baca novel ini?
"Kalau ya pun kenapa? Ganggu kehidupan kau ke?."
Kini aku pulak memberikan kata-kata sumbang kepadanya. Ingat dia sorang boleh toxic? Aku pun boleh cuma tidak mahu tunjuk bakat sahaja. Takut-takut nanti dapat awards manusia paling toxic sahaja.
Dia hanya mengelengkan kepalanya.
"Kau ni deen terlampau bergaul dengan si beruk tu. Sampai minat benda sama ingat sweet lah tu?."
Omelnya sambil membuat muka minta penampar dari aku.
"She have a name Aisy. Cuba jangan suka hati panggil orang beruk. Elok-elok mak bapak dorang bagi nama sedap-sedap kau suka hati nak panggil orang tu beruk. Kalau dia orang beruk kau apa? Proboscis monkey begitu?."
Omelku geram betul aku tengok si Aisy ini suka sangat panggil orang begitu. Sudah di pesan awal-awal jangan biasakan diri panggil orang dengan perkataan tidak sopan. Tetapi tetap sahaja di lakukan olehnya seolah-oleh itu pekara biasa baginya.
"Bla bla bla dahlah aku nak balik."
Dia pun lantas bangun dari kerusinya dan berlalu pergi meninggalkan aku sendirian. Tanpa menunggu lama aku mengikutinya dari belakang. Kami pun pulang ke rumah.
YOU ARE READING
It's Our Fate
RomanceTelegram, Disini lah bermulanya kisah cinta Qayra Eryna dan Aydeen Asy'ar. Pertemuan yang tidak di rancang telah menyatukan hati mereka tanpa sengaja. Menjadikan bot sebagai tempat mencipta kenangan yang indah untuk mereka. Meluangkan masa bersama...