Tring
Satu notification masuk ke dalam iPhone milik Asy'ar.Dia melihat dan mengukir senyuman.
"Es work ke tu?"
Chat daripada salah satu usernya.Tanpa menunggu lama dia pun membalas chat itu dengan senyuman yang tidak terputus daripada tadi.
"Yes sunshine i still work"
Dia pun meletakan kembali telefonnya di meja.
Tring
Sekali lagi iPhone miliknya berbunyi. Telefon di ambil kembali dan tangannya pantas membuka notification yang baru sahaja masuk sebentar tadi.
"Take care Es"
Bibirnya kembali mengukir senyuman yang lebar sambil menekan tombol keyboard satu persatu
"You too, Don't forget your lunch sunshine"
Tombol send ditekan olehnya. Tidak tahu mengapa hatinya itu berbunga-bunga setiap kali membalas chat dari usernya.
"Amboi bahagianya,Entah chat dari siapalah tu sampai buat kau senyum hingga ke telinga bukan main anak bujang sorang ni.Kau gedik-gedik dengan anak dara mana ni deen?"
mendengar sahaja pemilik suara itu dia pun cepat-cepat meletakan iPhone yang di pegang tadi masuk ke dalam pocket seluarnya.
"Nothing just watching some random video dekat YouTube"
Balasnya dengan ringkas. Ini kalau kantoi mahu di bahan satu office, Lebih baik menipu dari jujur naya kau nanti deen. Mulut si El ini bukan boleh percaya sangat silap hari bulan satu office tahu kalau aku ini single tahap kritikal.
"Nothing konon muka kau macam tak boleh percaya je deen. Kau hide something dari aku kan baik kau cakap sebelum aku sendiri korek rahsia yang kau nak sangat sembunyikan"
Amboi perempuan ini main ugut-ugut pulak dia. Nanti aku ugut balik baru dia tahu siapa Aydeen asy'ar sebenarnya.
"It's nothing lah cuba awak jangan sebuk sangat hal orang? Kalau saya sebuk hal awak tahu marah. Jangan sampai saya baling awak dekat sungai Amazon sana biar anaconda telan awak hidup-hidup nak?"
Bebelnya geram sungguh dengan sikap si El yang selalu ingin tahu apa yang dia sembunyikan. Dari tepi dia sudah melihat El sedang membuat muka cemberutnya itu. Mula sudah dia dan muka itiknya ini tidak lain tidak bukan mesti mahu merajuk.
"Merajuk lah tu macam saya tak tahu awak punya perangai kalau dah kalah. Merajuk lah lama sikit ye cik Airis Elvina nanti tak payah lah saya masakan bekal breakfast untuk awak"
Katanya sambil mengukir senyuman yang paling manis. Sebaik sahaja mendengar ayat jejaka itu dia terus mematikan niatnya yang ingin merajuk untuk seminggu.
Elvina terus membuat muka comelnya dan tersenyum manis tanda minta maaf kerana telah sibuk akan hal privacy lelaki itu.
Aydeen melepaskan tawa kecil apabila melihat karenah sahabat perempuannya itu. Kalau bab makanan laju sahaja gadis itu menurunkan egonya.
Tring
iPhone milik lelaki itu berbunyi lagi dengan pantas dia mengeluarkan kembali iPhone miliknya di dalam pocket seluarnya.
"We need to meet bro i have a tea to spill"
Berkerut dahi lelaki itu apabila membaca massage dari sepupunya. Apa pula kali ini? Ada sahaja cerita yang mahu di ceritakan oleh sepupunya yang seorang ini.
"Cool,macam biasa kau kena tunggu aku balik kerja"
Tombol send di tekan. Kepalanya kembali melihat ke arah elvina yang dari tadi memerhatikan dirinya.
"Dari riak wajah kau, aku dapat agak si aisy kan yang chat?" Soalnya dengan penuh keyakinan.
Aydeen hanya menganguk kerana kata-kata elvina semuanya benar. Siapa lagi dia berkawan kalau bukan si Aisy Ayden itu.
Oh iya, tolong jangan bertanya kenapa nama kami hampir sama. Ini semua kerana pakcik aku yang mahu nama kami serupa bak katanya biar jadi sahabat semati. Ini bukan sahabat semati sahaja ini sekali pakej sahabat naikkan darah tinggi aku.
"Apa dia nak lagi tu?" Soal gadis itu
Like always El tahu segala-galanya about him. Di sebabkan aku tidak mempunyai banyak kawan jadi aku memang bagi mereka berdua ini berkenalan Antara satu sama lain dan secara tidak sengaja mereka menjadi akrab.
"Biasalah have a tea to spill"
balasku ringkas bukan aku tidak tahu lelaki itu, Dari dulu kalau ada story baru mahu mencarinnya kalau tiada cerita mana mahu lelaki itu mencari dirinya.
"Seem like he wanna talk about man stuff?" Teka gadis itu. Kerana dia tahu apabila dirinya tidak di ajak maka lelaki yang bernama aisy itu mahukan man time sahaja.
"I guess so. Awak nak ikut ke? If nak saya boleh tanya dia." Pelawaku kasihan pulak melihat Elvina yang tidak diajak oleh aisy.
"No need, he need you and man time so just go and say at him aku kirim salam maut" katanya sambil mengukir senyuman yang mematikan cukup menunjukan bahawa dia masih tidak puas hati dengan lelaki bernama aisy itu.
"Alright cik Elvina yang manis lagi comel. Sila lah sambung kerja awak tu ye beautiful"
Sempat lagi lelaki itu mengukir senyuman kepadanya sebelum menolak kerusi kerja milik gadis itu ke arah meja kerjanya kembali.
YOU ARE READING
It's Our Fate
RomanceTelegram, Disini lah bermulanya kisah cinta Qayra Eryna dan Aydeen Asy'ar. Pertemuan yang tidak di rancang telah menyatukan hati mereka tanpa sengaja. Menjadikan bot sebagai tempat mencipta kenangan yang indah untuk mereka. Meluangkan masa bersama...