BAB 2

416 87 6
                                    

"Dia panggil kau jaring?" Soal Adib tak percaya.

Jangankan Adib, dia sendiri masih tak percaya yang Cik Melati itu memanggilnya jaring namun tetap dia anggukkan kepala, "Tapi aku fahamlah dia marah tu."

"Kau memang tak ganti ke air dia tu?"

Soalan Is buat Ned menggelengkan kepala, "Tak. Aku kejar juga dia tadi tapi tak sempat. Dia naik kereta, lepas tu kereta tu terus pecut. Tak sempat aku nak buat apa-apa pun."

"Kadang-kadang aku menyesal suruh kau buat live TikTok dulu. Peminat kau punya obses, menakutkan betul," keluh Adib, sedikit rasa bersalah dengan apa yang sudah terjadi.

"Sebelum dia buat live TikTok untuk kafe kita, dia dah famous pun. Kau patut minta maaf sebab ambil kesempatan atas populariti Ned," potong Is, dengan muka kering tak ada perasaan.

Ned ketawa bila Adib dah angkat penumbuk pada Is, "Aku okay je. Aku yang patut minta maaf sebab dah burukkan nama GULP! Cafe."

"Bukan salah kau pun, Ned. Kita tak boleh kawal apa orang rasa terhadap kita. Kita boleh kawal perlakuan kita terhadap orang sekeliling saja," Is tepuk bahu Ned sebelum berlalu masuk ke kitchen.

"Aku kan, kadang-kadang tak percaya yang Is tu lagi muda daripada kau," ujar Ned pada Adib yang sedang terkumat-kamit mengejek kata-kata Is.

"Oi, kau tu darjah tiga! Hormat sikit orang darjah lima," separuh serius Adib bersuara, mengikut dialog video yang pernah viral suatu ketika dahulu, "Fikirlah sikit!"

"Bongok. Kau yang tak bagi aku panggil kau abang."

Dulu sewaktu dia dan Firdaus mula bekerja di kafe itu, mereka berdua memanggil Adib dan Is dengan panggilan abang, sebagai tanda hormat kerana perbezaan umur mereka yang agak jauh.

Namun Adib menolak, tidak mahu dipanggil abang. Katanya dulu, "Isteri aku pun panggil aku abang. Kalau kau pun panggil aku abang, apa beza kau dengan isteri aku. Abang tu isteri aku je boleh panggil. Kau panggil aku nama aje, sudah."

"Ned!"

"Ha?"

"Kau termenung apa? Teringat awek tadi ke?" Tanya Adib sambil tersengih jahat.

"Tak adalah. Aku dah lupa pun muka dia macam mana," tipu Ned yang mencapai penimbang khas untuk menimbang biji kopi. Tipu kalau kata Ned lupa wajah putih yang memerah saat dia menghamburkan amarahnya tadi.

"Ned, aku tanya ni- kau jangan marah eh?"

"Manalah aku berani marah kau. Tak bergaji aku bulan ni kalau aku marah," seloroh Ned yang baru selesai menimbang biji kopi kisar. Tangannya lincah menuang biji kopi yang dikisar halus itu ke dalam pota filter.

"Kau tak rindu ke dunia glamour kau dulu? Bekas tunang aku tak sanggup nak tinggalkan dunia tu, sampai suruh aku cari decent job- supaya setanding dengan kerjaya dia. Iyalah, barista cabuk dengan pengacara wanita popular, mana sekutu dengan dia," Adib tersengih kecil mengingatkan kisah cinta tidak kesampaiannya dengan Nida.

"Sekutu kepala otak kau. Sekufu," Is yang baru keluar dari kitchen mengetuk sikit kepala Adib sebelum sepinggan Spaghetti Napolitan dihulurkan kepada sepupunya itu.

"Sakit, tenuk!" Marah Adib namun tetap dia capai pinggan yang dihulur Is. Sepupunya itu kemudian masuk kembali ke dalam kitchen dan keluar dengan dua pinggan yang berisi pasta yang popular di Jepun itu.

"Makan dulu, Ned!" Pelawa Is kepada Ned yang baru selesai menyeduh kopi.

Ned menganggukkan kepalanya. Pati kopi yang baru selesai diseduh dituangkan ke dalam gelas yang sudah diisi dengan susu dan ais batu. Dia kemudiannya mengambil tempat di sebelah Adib lalu pinggan Spaghetti Napolitan yang masih berasap di atas meja dicapai.

"Aku tak rindu dah dunia tu, Adib," ujar Ned dengan senyuman nipis. Kalau diberi peluang, dia tak akan masuk pun ke dalam dunia penuh sandiwara itu. Sungguh, dia menyesal!

"Kau berhenti dari dunia tu waktu nama kau tengah mencanak naik. Drama kau meletup gila tapi tengah orang bercakap pasal kau, kau tiba-tiba hilang. Kau hilang macam tu je, macam Spiderman hilang lepas Thanos petik jari dia. Tak ada goodbye, tak ada kata-kata akhir, kau hilang. Kecoh satu Malaysia waktu tu. Peah tu hari-hari scroll Instagram, cari cerita kau, cari akaun IG kau. Sampai cemburulah aku ni dengan perhatian yang Peah bagi dekat kau. Kecik hati kita, wak!" Sungut Adib sambil memuncungkan mulutnya, konon merajuk.

"Ah, kau memang kaki cemburu pun. Peah tu senyum dekat pak cik jual ikan kat pasar pun kau cemburu," ejek Is sebelum menyuap pasta ke dalam mulutnya.

"Malas layan kau!" Adib buat muka sebelum dia pandang Ned, "Kenapa sebenarnya kau berhenti dari dunia hiburan, Ned?"

Soalan Adib buat senyuman Ned memudar. Perlukah dia membuka kisah hitamnya kembali? Andai kata kisah sebenar dia ceritakan kepada mereka, masih mampukah mereka bersahabat dengannya seperti sekarang?
.
.
.
.
.
"Macam mana temuduga tadi kakak?"

EZ yang sedang menghirup air teh hijau suam tersedak sikit dengan soalan Encik Mahadi, "Uhuk!"

"Pelan-pelan minum tu, kakak. Nak kejar apa minum laju-laju?" Tegur Puan Khadijah yang duduk di sebelah Encik Mahadi.

"Dia tersedak bukan sebab minum laju tapi soalan abah tu, ibu!" Ujar abang sulung EZ, Ezham dengan senyuman mengejek.

"Diamlah, along!" Marah EZ.

"Baru interview kan. keputusan pun tak dapat lagi. Tenang je, kakak. Usaha, usaha dah. Tinggal nak tawakal pada Allah saja," pujuk Puan Khadijah sambil menggosok belakang EZ.

EZ mengeluh lalu dia menongkat dagunya pada lutut ibunya yang duduk di atas sofa, "Ibu dengan abah tak kisah ke kalau kakak tak dapat kerja tu? Kakak rasa kakak tak dapatlah kerja tu. Rasa macam nak kena reject lagi."

"Tak apa, kakak. Kalau bukan dekat situ, mungkin ada rezeki kakak dekat tempat lain," pujuk Encik Mahadi pulak.

"Kau cari calon suami ajelah kakak, mana tahu rezeki kau dapat suami kaya. Tak payah kerja, goyang kaki je."

"Along!" Serentak Puan Khadijah dan Encik Mahadi bersuara.

Ezham tersengih serba-salah, "Sorry ibu, sorry abah."

EZ ukir senyum mengejek pada abangnya sebelum dia memandang ibu bapanya, "Kalau kata kakak kerja biasa-biasa saja, ibu abah okey ke?"

"Kakak nak kerja apa pun, kerja aje kakak. Asalkan kerja halal dan tak melanggar hukum agama," ujar Puan Khadijah sambil membelai rambut EZ.

"Eh, kakak! Syafinaz bagitahu along yang kedai bunga kakak dia nak cari pekerja. Cubalah apply kerja dekat situ. Sementara nak tunggu kerja tetap, kau kerjalah situ dulu," ujar Ezham, memberi cadangan kepada EZ.

"Tapi kakak mana reti nak gubah bunga, takut layu semua bunga kat kedai tu kalau kakak handle."

"Benda boleh belajar, kan? Kau ni, tak cuba lagi dah pesimis. Cuba positif sikit, fikir yang baik-baik, doa yang baik-baik," bebel Ezham sebelum dia menghulurkan sekeping kad nama kepada EZ, "Ambil kad ni, cuba call dulu. Tanya macam mana nak apply, apa yang nak kena isi. Cuba aje dulu. Mana tahu, ada rezeki kau kerja situ."

Kad nama yang dihulur Ezham diambil lalu dia baca nama kedai bunga yang tertera di atas kad nama itu dibaca lama. Blooming Bunga by Syazana.

"Jangan lupa call, kakak."

EZ pandang Ezham sekilas lalu dia mengangguk, "Okey, esok kakak call. Thank you along."
.
.
.
.
.
Agak-agak, apa kisah gelap seorang Ned ya? Agitchu, misteriussss.

Jangan lupa like, komen dan share ya <3

Putih-putih MelatiWhere stories live. Discover now