"Kedai kita buka pukul sembilan pagi tapi kena datang awal lah. Nak buat opening, sapu kedai. Supplier akan hantar fresh flowers setiap hari Rabu, based on our order. Kita cuti setiap hari Isnin. Pukul enam petang kedai tutup tapi selalu lajak sikit balik, sebab nak kemas apa yang patut, nak tutup account lagi. Setakat ni you faham?"
EZ angguk kepala, "Faham."
Syazana menganggukkan kepala, "You pandai gubah bunga?"
"Sejujurnya, tak pandai tapi... I am willing to learn."
Syazana menganggukkan kepalanya sambil tersenyum puas hati, "Jadi florist ni kena kreatif. Kena tahu colour combination apa yang sesuai. Bunga apa yang sesuai dengan satu sama lain. Yang paling penting, kena tahan dengan kerenah pelanggan. Tapi jangan bagi muka juga dekat pelanggan. Customer is not always right."
EZ menganggukkan kepala, tanda memahami apa yang disampaikan Syazana.
"You boleh panggil I Kak Syaz aje. Tak payah panggil puan ke apa."
"Baik, Kak Syaz."
"Ezaty ada apa-apa nak tanya?"
"Er... bila saya boleh mula kerja?"
Syazana ketawa kecil dengan soalan EZ, "Esok you dah boleh start kerja. Oh, I forgot to tell you! Dekat sini ada tiga orang staff tak termasuk I. Ada Nina, Didi dan Lia, supervisor. Esok I tak ada, you lapor diri dekat Lia ya?"
EZ mengangguk dengan senyuman lebar, "Alhamdulillah. Thank you Kak Syaz. Thank you so much."
EZ berpamitan dengan Syazana sebelum keluar dari bilik pejabat yang terletak di belakang kedai bunga itu.
Sewaktu mahu keluar daripada premis itu, EZ berpapasan dengan seorang lelaki yang memakai hoodie coklat.
"Hi, Nadhir. Bunga macam biasa?" Suara pekerja dari kaunter buat EZ menoleh ke belakang.
EZ spontan tersengih sendiri. Bunga macam biasa. Mesti lelaki tu dah selalu beli bunga untuk buah hati dia. Bertuahnya badan...
Tidak mahu mempedulikan desis hatinya, EZ cepat-cepat keluar dari kedai bunga itu lalu dia menapak menuju ke kafe yang berada berhadapan dengan lot kedai bunga.
Pintu kafe ditolak dan baru selangkah dia menapak, dia tersentak sikit apabila pekerja kafe itu menyapanya dengan ceria.
"HAI, SELAMAT DATANG!"
"EZ! EZ! Sini... sini...!" Laungan dari meja yang berada di tepi dindin kaca buat EZ menoleh.
Laju dia menapak dan terus bahu manusia yang melaungkan namanya tadi dipukul, "Kau nak announce dekat satu kafe ni ke nama aku?"
Aufa tersengih, "Ingat kau tak nampak aku."
"Kalau kau tu sebesar kuman, memang aku tak nampak. Ni besar macam anak gajah, tak nampak apanya."
"Body shaming! Aku report polis," seloroh Aufa sebelum dia menunjukkan pinggannya yang berisi pasta kepada EZ, "Nak? Sedap."
"Tak apalah. Nanti aku order."
"Macam mana interview tadi?"
Baru EZ nak jawab, seorang pelayan datang ke meja mereka lalu memberikan buku menunya kepada EZ, "Ini buku menu, cik."
"Ada jasmine green tea?" Tanya EZ tanpa membuka buku menu tadi.
"Ada."
"Bagi iced jasmine green tea. No sugar and also, aglio olio pasta."
"Itu saja?"
EZ mengangguk dan kembali menghulurkan buku menu itu kepada pelayan tadi, "Thank you."
"Okey, cepat jawab soalan aku tadi!" Gesa Aufa apabila pelayan tadi sudah berlalu pergi.
"Alhamdulillah, aku dapat wei kerja. Esok dah boleh mula, insyaAllah."
"Yeay, alhamdulillah! Lepas ni nak ngacah ada boyfriend, aku roger kau jelah ek. Mintak buat delivery bunga dekat ofis aku."
"Boleh. Aku bagi bunga taik ayam dekat kau."
"Cis, bagilah baby breath kat aku! Letak red rose kat tengah-tengah jambangan tu. Lepas tu, letak kad dan tulis, 'I love you, dear self'."
EZ ketawa dengan ocehan Aufa, "By the way Fa..."
"Awat?"
"Thank you tolong bawa aku datang interview padahal aku boleh je naik Grab."
"Ah, buat teruk. Kita bukan duduk negeri lain-lain pun. Rumah kau dengan rumah aku, sekangkang kera je. Kau susah aku tolong, aku susah nanti kau pula tolong."
"Kasi canlah aku drama sikit."
"Tapikan Ez..."
EZ pandang Aufa yang tersengih memandangnya, "Kenapa?"
"Kau nak pergi kerja hari-hari macam mana? Takkan nak naik Grab hari-hari? Habis gaji dekat Grab aje."
EZ terdiam. Betul juga kan? Macam mana dia nak pergi kerja nanti?
.
.
.
.
.
"Hai, Nadhir. Bunga macam biasa?"Soalan daripada Lia itu buat Ned menganggukkan kepalanya.
"Pink carnations with pink gerberas and white roses?"
Ned angguk kepalanya sekali lagi, "Dah tahu tapi masih nak tanya lagi kan?"
Lia ketawa kecil, "Nina tengah gubah dekat dalam. Tunggu kejap eh."
"Sure, no problem. Take your time."
"Nadhir, saya nak tanya sikit boleh?"
"Sure. Nak tanya apa tu?"
"Firdaus, barista part time kafe you tu... single lagi ke?"
Ned tersengih serba-salah, "You suka dia ke?"
"Eh, bukan I! Orang lain. I tanyakan bagi pihak orang tu je," laju Lia menafikan. Tak mahu Ned salah faham.
"Firdaus dah ada yang punya. You boleh cakap dekat kawan you tu, boleh nak letak harapan but not too high, I guess."
"Oh, iya ke? Too bad," Lia tersenyum nipis sebelum dia melirik pada Ned, "You pula, dah ada yang punya?"
Ned yang tidak menjangkakan soalan itu hanya ketawa kecil, "Tibeh sangat soalan you ni."
"Pun I bertanya bagi pihak orang," laju Lia mencelah namun wajahnya yang memerah buat sesiapa yang memandang pasti tahu siapa yang ada di hati wanita itu.
"I tak kata apa-apa pun. Untuk soalan you tu, I'm still single cuma I'm not ready to be in a relationship."
Riak wajah Lia yang ceria tadi terus berubah jadi mendung namun cepat-cepat dia neutralkan wajahnya, "Eh, you duduk dulu kat kerusi tu! Let me check on your bouquet. Lama pulak Nina ni."
Tak sempat Ned nak balas, Lia sudah berlalu ke bahagian belakang kedai. Di saat kelibat Lia menghilang, Ned menghela nafas panjang.
Tipulah kalau hatinya tak terusik dengan Lia tapi dia sedar diri. Dia tak sesuai dengan Lia. Lia perlukan lelaki yang lebih baik dan bukan lelaki seperti dia...
.
.
.
.
.
Lia vs EZ#tibeh.
Jangan lupa komen share dan likw 🤎🤎🤎
YOU ARE READING
Putih-putih Melati
RomanceEzaty a.k.a EZ (read; Easy), hanya gadis biasa. Hidupnya biasa-biasa tapi tetap ada perisa. Mempunyai teman berkongsi cerita, kucing gemuk- bantal peluk yang bernyawa dan keluarga yang bahagia- itu sudah cukup baginya. EZ dah tak perlukan apa-apa la...