BAB 6

387 57 5
                                    

Ting!

Bunyi loceng pintu buat EZ yang sedang membalut jambangan bunga mengangkat kepala. Tak sempat dia nak menyapa pelanggan yang masuk, Didi terlebih dahulu menyapa.

"Hi, Ned!"

EZ pandang lelaki yang dipanggil Ned oleh Didi namun cepat-cepat dia melarikan pandangannya apabila mata mereka bertemu.

"Order you," suara si lelaki buat EZ kembali mencuri pandang.

"Oh, thank you! Susahkan aje hantar," Didi dah tersenyum manis kepada Ned sambil menyambut minuman yang dihantar Ned.

"Not a problem pun. I should get going," Ned tundukkan badannya sikit, tanda pamit namun langkahnya terhenti sikit bila Didi menyeru namanya.

"Eh, Ned!"

"Ya?"

"I nak tanya boleh? Not a weird question or anything... cuma..."

Ayat Didi mati apabila Ned terus menyampuk, "Tanyalah. Kalau I boleh jawab, I jawab."

"Emm..." Didi gigit bibirnya sikit, cuba tampil menggoda.

"Ya?"

"Kenapa you dah lama tak live kat Tik Tok? Rasa macam dah lama you dengan Daus tak buat live. Seronok I dengar you guys borak pasal kopi," oceh Didi sambil mengukir senyum.

"Oh..." Ned angguk kepala, "Tak sempat nak live sekarang."

Didi baru nak bersuara lagi namun mati apabila Ned terus menegur Lia yang baru keluar dari bilik belakang.

"Hey, Lia!"

"Eh, hi Nadhir!" Lia tersenyum terus saat ditegur Ned.

Didi yang berdiri tegak itu langsung memasamkan wajahnya. Tahulah Lia tu cantik, putih mulus- aku ni dia buat macam batu je.

"Busy?" Tanya Ned namun matanya memandang Cik Melati yang tekun menggubah bunga.

"Bolehlah. Lagipun I kena train staff baru. You tak busy ke? Siap boleh borak lagi dengan Didi tadi," jawab Lia sambil melirik sikit pada Didi yang sudah berada di sisi EZ.

"Waktu macam ni tak busy lagi. Lepas habis waktu kerja nanti, ramailah orang," jawab Ned sebelum dia meminta diri, "I gerak dululah. Lama sangat kat sini, nanti Daus ingat I nak jual minyak pula."

Lia ketawa lalu dia menganggukkan kepalanya, "See you when I see you."

"Sure!" Ned senyum dan terus saja berlalu tanpa berpamitan dengan Didi dan EZ.
.
.
.
.
.
"EZ hari ni datang kerja naik apa? Balik ni naik apa?" Soalan Lia yang sedang mengunci pintu kedai buat EZ yang ralit membalas mesej Aufa memanggungkan kepalanya.

"Pagi tadi abang saya yang hantar. Balik ni, balik dengan kawan. Dia satu hala nak balik ke rumah," balas EZ dengan senyuman. Aufa baru beritahu yang dia sudah on the way tetapi mungkin sampai lambat sikit sebab ada kesesakkan trafik berdekatan tempat kerjanya.

"Oh, patutlah. Kalau nanti EZ datang drive sendiri, boleh aje parking dekat belakang lot ni. Belakang ni tak payah pakai kupon parking ke apa."

EZ angguk saja sambil tersenyum. Malu nak mengaku yang dia sebenarnya tak pandai bawa kereta.

"Lia balik dulu, tau? Jumpa esok. EZ pergilah tunggu dekat kafe depan ni dulu. Bahaya juga kalau berdiri kat sini je," pesan Lia sebelum dia berpamitan dan berlalu pergi.

EZ mengangguk lagi sambil melambaikan tangannya. Memang tadi Aufa suruh dia menunggu di kafe yang berhadapan dengan tempat kerjanya cuma dia saja yang tidak mahu.

Namun niatnya berubah apabila seorang lelaki yang tidak terurus berada di hujung lot kedai dan kelihatan seperti melangkah ke arahnya.

Tidak mahu tidak, laju saja kakinya berjalan menuju ke kafe itu.

"Selamat datang!"

Suara sapaan penuh ceria itu buat EZ tersenyum nipis lalu dia terus mencari meja yang masih tidak berorang.

Usai melabuhkan punggungnya, telefon yang ada di dalam beg dikeluarkan lalu satu pesanan suara dihantar kepada Aufa.

"Fa, aku ada dalam kafe hari tu tau. Tak jadi tunggu depan kedai, aku takut tunggu sorang-sorang. Hehe..."

Tak lama kemudian, satu notifikasi daripada aplikasi Whatsapp naik di skrin telefon pintarnya.

"Okey, bebeh! Sat na... sat lagi I sampai. Tunggu tau, baby."

EZ baru nak membalas pesanan suara Aufa itu apabila tiba-tiba sebuah gelas berisi air Jasmine Green Tea diletakkan di hadapannya.

"Eh, bukan air saya ni! Saya tak order lagi."

Firdaus yang menghantar air minuman itu tersenyum nipis, "Air ni barista kami bagi. Dia cakap ganti air cik yang tumpah hari tu."

EZ kerutkan dahi lalu dia memandang ke arah kaunter minuman. Dia tercengang. Betullah! Ned tu Mat Jaring!

Dan semalam dia ada puji Mat Jaring tu handsome! Oh no!!!
.
.
.
.
.
Bersambung 🤎

Putih-putih MelatiWhere stories live. Discover now