BAB 68 - Till Death Do Us Part

1K 78 7
                                        


VINCENT dengan segera cuba mengejar Angel yang sudah berada jauh darinya.

" Angel! " panggil Vincent.

Angel tidak mengendahkan panggilan Vincent namun langkahnya terhenti apabila dia mendengar satu suara yang bergema dari tingkat atas.

" Cepatlah " suara Camelia bergema di dalam bangunan itu

" Kau cari Brodie. Sekarang. " arah Angel.

Vincent ingin membantah namun terbatal apabila mendapat renungan tajam daripada Angel. Angel dengan segera berlari menuju ke arah tangga yang berdekatan tidak mengendahkan api yang semakin merebak.

CAMELIA berlari di koridor dengan laju sambil diekori oleh budak-budaknya di belakang. Niatnya untuk bersembunyi di istana itu terbatal apabila api mula naik ke tingkat atas. Sejujurnya, dia tidak tahu pun api itu mampu merebak ke tempat lain dengan cepat. Dia tahu istana itu masih berdindingkan kayu tapi dia ingatkan yang api itu akan segera padam.

Sekarang, dengan dia sendiri yang terpaksa keluar dari situ. Mereka menuruni tangga dengan cepat namun tiba-tiba mereka mendengar bunyi tembakan dari arah belakang mereka. Salah seorang budak Camelia jatuh menggelongsori tangga dengan satu kesan tembakan di belakangnya.

" Buat apa lagi? Tengoklah! " jerkah Camelia.

Budak-budaknya naik anak tangga semula untuk membalas serangan. Camelia tanpa berlengah meneruskan langkahnya. Dia berlari dengan laju tanpa menghiraukan budak-budaknya yang ketinggalan. Saat dia berlari melimpasi satu bilik, badannya ditarik masuk ke dalam bilik tersebut. Badannya dihentak ke dinding selepas pintu bilik itu ditutup rapat.

Camelia melihat gerangan di hadapannya lalu serta-merta dia melihat sepucuk pistol dihalakan ke arahnya. Angel merenung Camelia tepat di matanya.

" Mana Brodie? " soal Angel.

" Kau cakap apa ni? "

" Mana dia? " soal Angel lagi.

" Aku tak tahulah! Mana laki aku?!" jerkah Camelia.

Mendengar ayat yang keluar dari mulut Camelia membuatkan Angel rasa hendak menembak sahaja kepala Camelia.

" kau memang tak sedar diri kan? Buatlah apa-apa pun, dia takkan jatuh melutut kat kau. Dia takkan cintakan kau. " kata Angel.

Camelia tidak lepas memandang Angel dengan pandangan tajam. Namun senyuman sinis mula terukir di bibirnya.

" ouh yeke? Tapi aku pasti dia akan melutut depan aku. "

Camelia perlahan-lahan melangkah ke arah Angel.

" bila aku bunuh kau. "

Tanpa diduga oleh Angel, Camelia menyepak pistol di tangannya menyebabkan pistol itu tercampak jauh. Camelia mengeluarkan pisaunya dan dihayungkan ke arah Angel. Angel yang belum bersedia hanya mampu mengundur sedikit ke belakang menyebabkan lengannya terkena. Camelia ketawa sinis sambil memandang ke arah Angel.

" lemah. "

Tanpa menunggu lama, Camelia sekali lagi menerpa ke arah Angel. Camelia menghayunkan pisaunya ke arah Angel namun Angel tangkas menepis serangan Camelia. Dia menumbuk Camelia di perutnya menyebabkan Camelia terundur ke belakang.

His Angel [Complete]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang