BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN
Angel berdiri di balkoni biliknya, merasakan cahaya matahari pagi yang terasa hangat menyentuh wajahnya. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup rambutnya, mengundang senyuman halus di bibinya. Lima tahun telah berlalu, dia akhirnya merasakan hidupnya lengkap dan sempurna.
"Sayang?" Suara Hayes mengalih perhatiannya. Dia menoleh ke belakang dan melihat Hayes bersandar pada pintu biliknya dengan satu senyuman halus di wajahnya.
Hati Angel berdegup kencang, sama seperti apa yang dia rasakan setiap kali dia menatap wajah suaminya, tidak pernah berubah.
"Hmm?" Soalnya.
"Tadi sayang cakap nak tolong abang kat bawah. Tapi tak gerak lagi ni?" usik Hayes sambil mendekati Angel.
Angel ketawa kecil, membiarkan dirinya ditarik oleh Hayes ke dalam dakapannya. Dia merehatkan kepalanya di dada Hayes sambil mendengar degupan jantung lelaki itu. Siapa sangka, lelaki yang dia benci akhirnya menjadi lelaki yang dia cinta dengan seluruh jiwa raganya.
Sekarang, Hayeslah jiwanya, Hayeslah kedamaiannya, Hayeslah rumahnya. Dan dia yakin bahawa Hayes juga merasakan perkara yang sama.
"Nanti sayang tolong." Jawabnya.
Hayes hanya mengangguk. Dia mencium dahi isterinya dengan lembut.
Tiba-tiba, suara kecil memecahkan kesunyian di dalam bilik itu.
"Mama! Papa!"
Mereka berdua menoleh serentak melihat anak kecil berlari ke arah mereka. Rambut hitamnya kelihatan serabut menandakan dia baru sahaja selesai bermain. Adrian, cahaya mata mereka yang pertama, memandang ibu dan ayahnya dengan sepasang mata hazel yang tampak bersinar.
"Ya, sayang?" Hayes merendahkan badannya untuk merapikan rambut Adrian.
"Uncle Ryan cakap ada pancakes!" jawabnya dengan riang.
Angel hanya mampu ketawa kecil. Mengenali sikap si Ryan, Ryan mungkin berkata begitu untuk mengalih perhatian Adrian.
"Ouh uncle Ryan cakap ada pancakes. Jom makan pancakes. Kalau tak ada pancakes, kita makan uncle Ryan ye?" jawab Hayes.
"Uncle Ryan boleh makan ke?"
Jawapan Hayes itu mengundang satu cubitan di lengannya. Hayes hanya mampu tersengih melihat Angel sudah menjeling ke arahnya. Mereka bertiga sama-sama keluar dari bilik dan turun ke bawah.
°°°°°
Sementara itu di dapur, meja makan yang panjang dan besar itu penuh dengan timbunan dokumen, fail dan kertas yang diconteng. Suara Ryan dan Vincent memenuhi ruang dapur tersebut, sibuk membincangkan strategi perniagaan mereka.
"Kesian budak tu kau halau." kata Vincent.
"Kau nampak ni? Koyak kertas ni, aku yang naya tau." jawab Ryan sambil memegang sehelai kertas yang penuh dengan tulisan...dan sedikit contengan yang berwarna-warni.
Ryan, yang dahulunya hanyalah seorang remaja, kini telah menjadi seorang lelaki yang lebih matang. Kematangannya jelas dilihat dari percakapannya dan ideanya dalam merangka strategi perniagaan mereka. Dia kini menjadi lebih fokus dan serius dalam menguruskan empayar keluarganya.
"Aku still tak faham kenapa kau percaya yang aku boleh urus bisnes keluarga ni," Ryan menggelengkan kepala namun suaranya penuh dengan keyakinan.
"Tapi, aku akan buat yang terbaik."
"Kau dah buktikan yang kau mampu." Jawab Vincent dengan senyuman yang bangga.
Vincent yang dahulunya suka berfoya-foya dan tidak pernah serius, kini menjadi matang dan rasional walaupun masih menjengkelkan seperti dulu.
ANDA SEDANG MEMBACA
His Angel [Complete]
RomansaMafia Romance ⚔️ Perkahwinan ini hanyalah sebuah strategi bagi Hayes, dan satu penjara bagi Angel. Diikat atas motif terselindung, mereka terjebak dalam perang ego yang tidak berkesudahan. Namun, di sebalik perang ego dan motif terselindung, tembo...
![His Angel [Complete]](https://img.wattpad.com/cover/281215489-64-k66828.jpg)