Bab 3

11 0 0
                                    

"Cik? Cik okay?" Tiba-tiba seseorang menegur Ardina membuatkan telefon yang berada di tangannya terpelanting agak jauh. Dengan persekitaran yang agak sunyi lagi lah membuatkan dia berasa terkejut.

"Eh maaf, cik. Saya tak berniat nak buat cik terkejut." Lelaki yang menegurnya itu menjadi gelabah dan cepat-cepat berlari anak mengambil telefon yang tercampak itu.

"Dina? Okay tak tu? Apa jadi?" Zarif yang masih di talian itu juga sudah gelabah mendengar apa yang terjadi di sebalik talian. Buatnya ada sesuatu yang berlaku kepada adiknya, dia tak akan pernah maafkan dirinya dan terutama sekali Firhan. 

"Tak, abang. Tak ada apa-apa. Nanti Dina telefon balik bila dah sampai rumah." Panggilan ditutup laju dan dia cepat-cepat bangun dari duduknya. Air mata dilap laju dan dia berdehem perlahan. Siapa sahaja tak kekok jika berada di situasi ini.

"Saya okay. Terima kasih." Ardina cuba untuk pergi dari situ tetapi malangnya kakinya tidak mengizinkan. Dia pasti sudah tergolek di atas jalan itu jika tiada pokok yang berada berdekatan dengannya. Malu tak terkata apabila terang-terangan lelaki itu menjadi saksi betapa tak terurusnya dia pada malam itu.

Lelaki itu pula sudah semakin risau melihat badan Ardina yang berpaut pada pokok supaya tidak terjatuh. Dia juga agak kesian melihat Ardina walaupun dia tak tahu apa yang sedang terjadi dalam hidup perempuan itu.

"Cik? Apa kata saya hantar cik? Saya janji saya bukan orang jahat." Ardina memandang lelaki itu atas bawah. Kalau lah kakinya kuat sekarang, dia sudah jauh lari meninggalkan lelaki itu.

"Mana ada orang jahat nak mengaku dia orang jahat." Kata-kata Ardina membuatkan lelaki itu berkerut lalu memegang dadanya untuk menunjukkan bahawa dia agak terluka dengan kata-kata Ardina.

"Nama saya Ariq Zafran. Cik boleh panggil saya Ariq. Saya umur 24. Saya seorang freelancer. Saya ada bela dua ekor kucing. Satu nama Henry dan yang saya pegang ni nama dia Lily. Henry dengan Lily tu bukan-" Kata-kata Ariq itu terhenti apabila Ardina meletakkan tangannya betul-betul di hadapan muka lelaki itu. Ardina mengeluh. Dia memandang Lily, si kucing berbulu putih itu sekejap. Baru dia perasan kewujudan kucing itu.

"Saya tak tanya."

"Saya ni nampak macam orang jahat ke cik? Ada ke orang jahat bawa kucing putih yang gebu dan comel ni?" Ardina sudah memandang Ariq semacam. Makin lama makin pelik lelaki itu. Muka hensem tapi perangai pelik. Tiba-tiba perutnya berkeroncong kuat membuatkan Ariq tersenyum mengusik.

"Senyap. Nak pegang Lily." Tangannya dihulurkan tanpa teragak-agak. Dia sudah cukup malu dengan apa yang jadi tadi jadi biarlah apa pun nak jadi. Lelaki itu pula tergelak kecil dan menghulurkan Lily kepadanya.

"Nama cik siapa?" Ariq bertanya sambil melihat Lily di pelukan Ardina. Dia terasa seperti jatuh cinta pandang pertama pada perempuan yang dia tak tahu pun namanya siapa.

"Saya Ardina. Boleh panggil Dina." Kucing yang bernama Lily itu sangatlah comel dan gebu sehingga dia langsung tidak memandang lelaki itu. 

"Comelnya dia! Baik je." Ardina mengangkat Lily seperti dia sedang memegang bayi kecil membuatkan Ariq semakin suka akan wanita itu. Dia juga merasa lega Ardina sudah lebih gembira berbanding keadaannya yang tadi.

"Okeylah Cik Dina. Mari saya belanja awak makan." Ardina memandang Ariq laju dan menggeleng.

"Tak ap-"

"Tak boleh. Nanti kalau awak bawa saya ke balai polis sebab biar awak lapar macam mana? Jom jom." Ariq terus berjalan beberapa blok untuk ke restoran tanpa menunggu balasan Ardina membuatkan wanita itu terpaksa mengekorinya.

Ardina memandang restoran itu sekilas. Restoran itu sangatlah meriah dengan meja yang hampir penuh dengan pelanggan.

"Cik Dina? Sini." Ariq memanggil dari tempat duduk yang dia sudah pilih.

Dear DWhere stories live. Discover now