Bahagian 2

10 1 0
                                    

Tidak jelas sebenarnya untuk aku ceritakan dari mana aku mula mengetahui istilah-istilah seperti introvert ini, kerana aku sendiri tidak ingat dari mana aku terjumpa istilah itu. Hehe.
Pada awal waktu aku mengetahui wujud istilah-istilah seperti ekstorvert, ambivert dan introvert beserta dengan maksud istilah tersebut, hati aku amat tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut aku berada di kategori mana. Sejak dari itu, aku mengambil tahu maksud-maksud istilah psikologi itu dari Internet. Aku buat carian dan membaca banyak  info-info dan ciri-ciri keperibadian tersebut.
Setelah itu, aku mendapati bahawa aku introvert. Aku merupakan individu yang pendiam, tidak banyak cakap. Tetapi yang menghairankan aku, selalu terlintas dalam benak fikiran kenapa aku seolah-olah mati idea untuk berbicara di hadapan orang, sedangkan aku amat cemerlang meluahkannya di dalam hati, fikiran dan tulisan. Namun pertanyaan itu terbiar sepi. Aku tidak mendapatkan jawapan untuk pertanyaan itu.

TextrovertWhere stories live. Discover now