Lama terbiar sepi, (baca bahagian 2)..
Walaupun hati sudah sarat ingin mengetahui apa yang terjadi pada aku sebenarnya. Mengapa aku berasa tiada masalah untuk ramah di dalam tulisanku, idea serta otak sendiri. Sedangkan tatkala aku ingin berkomunikasi dengan orang secara berhadapan, semua itu tidak berlaku. Otak aku seolah-olah beku dan kematian idea untuk berbicara. Berkali-kali aku menyesali keadaanku sendiri. Aku merasa tidak berguna, "apa gunanya aku hebat berbicara melalui tulisanku, serta fikiranku tetapi semua itu langsung tidak membantuku untuk berkomunikasi secara langsung dengan orang lain". Kesal. Aku manusia tidak berguna. Keluhku. Pernah juga aku menyalahkan takdir tentang diri aku. Seolah-olah aku tidak bersyukur dengan kurniaan Tuhan kepadaku. Aku malu dengan kekurangan ini.
YOU ARE READING
Textrovert
Non-Fiction"Textrovert", istilah yang masih lagi belum familiar ataupun belum diketahui oleh kebanyakan orang. Jika sebelum ini anda pernah mendengar tentang ekstrovert dan introvert, anda juga perlu ketahui bahawa wujud satu istilah lain yang dipanggil textro...