Bab 39|official climax

8 0 0
                                    

Mikael POV

Kelopak mata yang berat aku buka perlahan.Cahaya berwarna kuning kini berebut rebut masuk menerobos di celah celah kelopak mata.

Terkebil kebil aku dibuatnya. Betapa terkejut nya aku dengan keadaan kedua dua tanganku yang diikat di belakangku.

Aku menoleh perlahan, cuba memeriksa keadaan tanganku.

'Ah,sah penculik ni belajar ikatan simpul masa kem darjah dia.Bukan main kuat dia ikat tangan aku' detik hatiku.

"Oh ,dah bangun prince charming"sapa suara seseorang

Aku mendongak.Hah,dah agak!

Syirah!

Aku senyum sinis,sengaja memanaskan hati wanita itu.

"dah mampus pun masih nak senyum senyum. Dah kenapa?dah nampak kematian ke?" ujar Syirah.

Dasar perempuan mulut tak ada insurans betul.Kurang adab!

"Puih! Kematian apa?kau ingat kau tu malaikat maut ke? Eh , perempuan!kau jangan ingat aku tak tau la perangai syaitan kau tu.Aku tau sangat lah"tempelakku.

"Bagus lah ,dah tau.Sekarang ni,mudah kerja aku...Jadi,biarlah semua nya jelas eh sekarang.Aku benci kau,Mikael Fakeeh! Aku benci!"Syirah sudah mula menjerit seakan orang hilang akal disitu

"Yang aku tau,aku tak ada buat salah apa pun dekat kau, Syirah.Mama dah ambil kau sebagai anak angkat tau! Kau ni memang tak kenang budi langsung!"kini,aku pula yang menaikkan suara

Aku lihat Syirah tergelak kecil. "Aku tak minta pun?"

Aku mendengus,memalingkan wajahku ke arah lain.

"Masa aku hilang,aku dah tau yang itu impak kepada perbuatan mak aku yang selalu melakukan perbuatan syirik.Aku tak sangka pulak,ada insan yang terlebih baik nak jadikan aku anak angkat.Eh,aku tak hairan lah dengan duit korang tu! Tak hairan langsung! Berduit,tapi bukannya keluarga bahagia pun.BAPAK KAU TU,CURANG!"

"Nur Hasyirah Aleeya! Melampau betul! Kau hidup dalam penipuan,kau tikam kawan kawan kau sendiri!" ton suaraku naik seoktaf.Nasib saja tangaku diikat tika ini.Kalau tidak,nahas makhluk ni!

"Kawan? Maksud kau,Ayla eh?....aku tak pernah anggap dia kawan aku lah!dia tu,semua benda dia ada!dia ada kasih sayang,duit,kebahagiaan!semua ada! Korang semua ingat,dengan duit boleh jatuhkan aku ke hah?!"

Aku terkejut mendengarkan itu. Sah,Syirah bertindak sebegini disebabkan oleh kekurangan kasih sayang

"TIARA. Dia mati disebabkan kau jugak kan?!" semburku.

Sekali lagi,wanita dihadapanku ini tergelak."Tiara tu kambing hitam aku je lah!dia muncul dalam hidup Ayla pun, SEBAB AKU! aku yang suruh! dan bila aku nak dia mati,dia mati!"

Aku mengeluh berat. "Kau salah,Syirah. Itu semua ,kerja Tuhan.Itu semua takdir dan takdir tak pernah dalam tangan sesiapa pun!"balasku.

Entah dari mana,seorang lelaki yang tingginya mungkin 20 cm lebih daripada Syirah datang kepadanya.

"Bos,bini dia dah nak bersalin"pesan lelaki itu,aku masih boleh mendengarnya.

Saat itu,aku terkejut.Bini yang dia cakapkan tu....bini aku ke?!

"Woi perempuan! Ayla dah nak bersalin ke?kau lepaskan aku sekarang lah! Kalau tak.."

"Kalau tak ,apa? Eh ,Mikael! Kau nak buat apa pergi sana lagi?aku rasa bini kau tu dah benci dekat kau. Kau curang dengan dia kot!"bidas Syirah pula

"Aku tak pernah curang dengan dia! Aku tau semua tu kerja kau! Penipu!"

Syirah meninggalkan bilik itu.

Dengan semua kekuatan yang tersisa padaku, aku cuba sedaya upaya meleraikan ikatan tanganku.Perlahan lahan,ikatan itu terlerai.

Kini,pistol yang sedari tadi terselit pada tali pinggangku aku tarik keluar.

Penjaga penjaga yang berjaga di situ aku tembak.Namun,tidak sekali pun aku melihat batang hidup Syirah.

Biarlah,bukan itu tujuan utama ku. Pantas aku menghidupkan kereta kancil yang diparkingkan berdekatan dengan tempat itu.Kunci nya sudah aku ambil dari penjaga tadi.

Tujuan aku kini ialah hospital.

Sayang,tunggu abang.

****

" Jadi ,Syirah dekat mana sekarang?" kini,isteriku bertanya kepadaku.Keadaannya masih lemah namun aku dapat lihat dia cuba sedaya upaya untuk terlihat kuat dihadapanku.

" abang tak tahu. Tapi,polis dah cuba cari perempuan tu. Sayang,abang minta maaf ya?abang lambat sampai masa sayang beranak haritu"aku membuat permohonan maaf kepadanya

"kenapa nak minta maaf? abang tak salah langsung.."

"So,how's the first week?"soalku,hanya ingin memastikan keadaan isteriku baik baik sahaja

"Macam tu lah. Badan masih sakit sakit lagi...Luka pun tak sembuh lagi ni.Sakit tau masa beranak tu.Macam nak tercabut je separuh badan "adu nya.

Aku tersenyum kecil. "Nasib baik abang ada kan? hehe"balasku

"eii ,yakin betul eh dia ni"Ayla meletuskan tawa nya.

Pantas ,aku meletakkan jari telunjukku pada bibirku. "Shh,baby tidur"pesanku.

Kami berdua tersenyum.

Selalunya,minggu pertama selepas bersalin, para ibu memang akan mengalami stres. Namun,aku belum melihat simptom itu pada seorang Ayla Rosella.

Kalau ada pun,aku tahu dia kuat.

Aku tahu dia boleh laluinya dan aku ,sebagai seorang suami akan terus berada dengannya.

***

TAK TERUNGKAP (Unedited)Where stories live. Discover now