Bab 31|marriage license

24 0 0
                                    

Di saat satu persatu bahagia mulai datang,

Memori hitam kembali lagi,menghantui diri,

Dan saat itu,kau tak boleh lari .

Pilihan yang kau ada hanyalah untuk menangani.

Namun,adakah kebahagiaan itu benar benar sebuah bahagia?

ataupun ia cuma kata kosong yang menyembunyikan memori hitam itu.

Ia hanya sebuah alasan supaya memori hitam itu bertandang lagi,

Lagi

Dan lagi

***

'seorang gadis muda berumur 25 tahun dilaporkan membunuh diri pada hari khamis lalu.Tempat kejadian ialah di hotel Milina, Kuala Lumpur.'

Berita yang baru sahaja kedengaran keluar dari mulut penyampai radio amat mengejut kan aku.Asalnya,aku membuka radio hanya untuk mengisi kekosongan pagi itu.

Eh bukan.Bukan radio milikku.Tapi milik Syirah, memandang kan aku sekarang sedang berada di rumah Mikael.

Tidak sangka pula boleh terdengar berita sebegini.

Aku jatuh terduduk.Entah untuk yang ke berapa kali,aku dirundung kebuntuan.Kekeliruan.Akal ku mula memproses segala benda.

Satu persatu orang yang aku kenal mati.Tiara.Kini,Dania.

Ya,berita yang aku dengar tadi tentang Dania.Budak tu,...dah mati?Dalam tak sedar,mataku mula memerah. Kekadang,aku mengeluh panjang atas apa yang berlaku dalam hidupku.Ujian yang diberikan padaku boleh tahan banyak.

Namun,aku pasti,di tempat lain,yang aku tak ketahui ,ada lagi manusia yang mempunyai nasib lebih teruk dari aku.

Kerana itu,aku masih bersyukur.Sekurang kurang nya,aku masih punya pendorong.Keluarga.Benteng ku?Doa.

"Ai?kenapa duduk kat sini?are you crying?"suara seseorang memecahkan lamunan ku sedari tadi.

Aku toleh belakang.Ah,aku lupa aku sudah bergelar isteri orang.Sekarang,di rumah mama Mikael pula.Sudah 5 hari termasuk hari ini.

Oh,lupa bagitau.Datin Aliyana suruh aku panggil dia ibu.Sebab aku panggil mama kan,mama.Takda lah keliru nanti.

"Eh,ibu .Takdalah,Ai tak nangis pun.Terkejut je,ada orang meninggal"perlahan nada ku berkata.

"Innalillahiwainnailaihirojiun,kawan Ai ke?"tanya ibu.

Mahu saja aku jawab,'musuh Ai ibu'.Tapi,bila di fikir fikir kan balik,aku tak nak jadi antagonis dalam cerita hidup ku sendiri.

"Sepupu Syirah.Oh ya,Mikael mana ya,ibu?Ai tak nampak dia lagi pagi ni"giliran ku pula bertanya

"Ibu nampak Mikael keluar dengan Syirah pagi tadi.Mungkin ke kuburan lah tu.Ai tak pergi sekali?"riak ibu kehairanan

Ibu oh ibu.Andai Ai boleh jawab,Ai dah lama jawab.Masalahnya,Mikael tu keluar langsung tak bagitau aku.

Dengan Syirah?
HUSNUZON,Ai.Fikiran negatif aku tolak tepi.Tak mungkin Syirah dan Mikael ada something kan?mereka hanya adik beradik angkat saja.

No no.

"Ai?"

Ternaik bulu keningku tatkala ibu memanggil lagi.

"Ye ibu.Tak,Mikael kata tak payah ikut ke perkuburan tu"balasku seraya menguntum senyuman yang ikhlas tapi tak berapa ikhlas

Dapat aku tangkap ibu mengangguk kecil lalu beredar dari situ.Aku pula terus berdiri dan melangkah ke bilik tidur ku dan Mikael.Ingin bersiap siap.

Nak ke mana?KELUAR.

Yang aku sendiri pun tak tahu nak pergi mana.Pergi makan kut rasanya.

Selepas bersiap,aku turun ke tingkat bawah dan memberitahu ibu bahawa aku ingin keluar.

"Ibu ,Ai keluar dulu ,ya.Nak pergi makan"

"Ye,pergilah.Nanti tolong belikan ibu Maggie asam pedas satu pack tau,dah lama nak makan.Tapi asyik lupa nak beli.Mikael pun bukan bagi sangat ibu makan.Nanti Ai tolong beli eh?"pesan ibu kepadaku

Tersenyum kecil aku mendengarkan itu."ya, ibu.Nanti Ai beli"balasku ringkas lalu menyalam ibu.

*****

"Nak order apa ,cik?"tanya salah seorang budak perempuan yang bertugas sebagai pelayan di restoran Masakan Kampong ini.

Cik?aku ni nampak macam belum kahwin eh?hahahh,muda sangat kut nampaknya

"Saya nak ikan bakar markonah satu ya"pesan ku .Air?tak tak.Aku ni minum air putih ja.

Selepas sahaja pelayan tadi berlalu pergi,aku tersenyum seperti kerang busuk.Yelah,macam lucu je nama markonah masuk dalam menu

Masih menunggu datangnya makanan yang aku pesan tadi,aku hanya termenung.Banyak yang aku menungkan.Pasal Mikael,pasal Syirah ,pasal Dania lagi.

"Puan Ai?"tegur satu suara yang tiba tiba menjengah halwa telingaku

Aku toleh kebelakang.Lelaki ini.....aku ...macam pernah lihat.Irsyad!bukan dia ka?

"Irsyad ke?"soalku untuk kepastian.

Lelaki tadi mengangguk pantas."Ada apa ke sini?Nak makan ?"

"Ya,nak makan tengahari kejap.Lepastu,nak pergi market beli barang.Irsyad buat apa kat sini?makam juga?"aku bertanya kembali

"Ha'ah,singgah sini nak makan lah.Tau tau jumpa puan Ai kat sini.Erm,saya dengar...Dania dan Tiara dah ..."

"Arwah"ayat Irsyad aku potong pantas .Boleh tak sehari,aku tak nak ingat?Aku ,nak rehat.

Aku lihat dia hanya mengangguk perlahan.Bagus lah kalau dia faham .Malas nak terang panjang panjang.

"Puan ingat tak tentang cerita yang saya bagitahu puan semasa kita terserempak di Kuala Lumpur?"

Ah,yang itu! Oh, please.Aku ingat kan dah terlupa.Tapi tak rupanya.

Aku ingat lagi,dia cakap yang Syirah tu, sebenarnya ada rahsia hitam.Apa dia?budak ni suruh aku discover sendiri.

"Oh, ingat"balasku.

"Pas--"

"Puan, ni makanan nya ya." Tak sempat Irsyad berbicara,makanan yang aku tunggu telah sampai di depan mata.Baik makan cepat cepat.

Seketika kemudian,makanan Irsyad pula sampai.Alang alang itu,aku dan dia hanya makan semeja.

Semasa makan,aku memilih untuk tidak banyak bercakap.Hanya bunyi angin yang mengisi masa makan kami.

Kalau ada yang bercakap pun,pasti hanya tentang makanan.Begitu juga dengan Irsyad.

Adab makan,memang kena diam pun kan?heh

****
Hekkk~

Alhamdulillah, selepas makan bersama Irsyad tadi,aku dah kenyang.Sedap betul ikan bakar markonah tu.

Barang barang pun aku dah beli.Maggi ibu?eh, mustahil aku belum beli.

Selain maggi,ada juga barang lain yang aku beli.Biasa lah, perempuan kan.Kalau dah masuk kedai, not 50 ke atas mesti terbang macam tu je.Haa,ye.Makanan lah tu.

Mata aku fokuskan ke pemanduan.Ah,aku lupa nak jenguk telefon aku.Dari tadi asyik mengelamun saja.

Telefon di tepi aku capai.Eh,jalan jammed okey,boleh lah aku tengok tengok kejap.

EH?
EH?
EHHH?

20 MISSED CALLS FROM MIKAEL?

Kenapa aku tak dengar langsung?ohhh,lupa.Vibrate.

Aplikasi what's app aku laju buka dan voila!

Eh?

One message only? tu pun dari Mikael?aih?call dia bukan main sampai 20 , message dia satu je?

+Home now, Ayla!

Ya,itu ayat nya.Walaupun cuma satu,cukup untuk buat aku bergoncang.

Oh my Allah,aku lupa minta izin dia masa nak keluar tadi!

Mampus kau , Ai!

TAK TERUNGKAP (Unedited)Where stories live. Discover now