bab 8|loveydovey

36 3 0
                                    

Entah kenapa,tapi dia terasa sebak apabila dirinya dilayan sebegitu rupa.Kenapa?Kenapa Ai sanggup layan dia begitu? dengan kasar,buat tidak kenal dan macam macam lagi.Mungkinkah disebabkan oleh .....kesilapannya yang lama?

Okay,okay,dia mengaku dia salah.Mulut dia jahat sangat kan?!sampai cakap nak bunuh Ayla semua!ha,mulut dia yang salah...so,dia lah yang salah kan?

"I'm sorry Ayla...."

"Dah lah!aku nak balik!daripada aku menghadap orang yang suka tunding jari macam kau ni!"

"Eh,pergilah!kau ingat aku kesah sangat?!mulai hari ni,kita putus kawan!i hate you Tengku Ayla Rosella! I never have a friend named Ayla!anyway,if i have,i will kill her!"

Tanpa dipinta,memori lalu menerjah kotak fikiran.Begitu juga air matanya yang mengalir laju tanpa segan secara tiba tiba

"Maafkan aku!"Tiara yang sedari tadi dalam posisi berdiri kini sudah terduduk lemah

Dia meraup mukanya.Rambutnya dikuak kebelakang.

Dalam banyak banyak benda yang dia sedihkan,sekurang kurangnya ada yang buat dia gembira.Ayla dah berhijab,sama seperti dia.Alhamdulillah,dua dua telah berubah ke arah yang lebih baik.Dia pun dah jadi model hijab sekarang,huh...bersyukur sangat.

Sekilas,dia menggapai telefon pintarnya yang sedari tadi mendendangkan lagu barbie,'what if i shine'.Ya,itu ringtone nya.Ringtone untuk panggilan telefon.

Skrin telefon dipandang dan terpapar nama insan yang baru sahaja diimbas dalam fikirannya.Ya,Ayla.
Dengan laju,dia mengangkat panggilan itu.

"Assalamualaikum,Ayla"

"Waaalaikumsalam,"Ayla menjawab dalam panggilan

"Alhamdulillah,ka...kau telefon juga aku..aku risau tau ,kau t..tak maafkan aku pa..pasal...."Tiara yang masih menangis itu menyeka air matanya sendiri.Sungguh,tidak dapat dibayangkan betapa bahagianya dia apabila mendapat panggilan dari orang yang tersayang

"Erm,Tiara...aku tak boleh lama ni..aku telefon pun sebab nak ajak kau jumpa esok,nak cakap pasal..."

"Syirah?okey,boleh...esok jumpa"suara Tiara yang masih tersedu sedan itu menarik perhatian rakannya,Ayla

"Tiara?kau... nangis ke?"

"Erm,tak...tak adalah..."jawab Tiara acuh tak acuh

"okey,kalau macam tu ...aku letak dulu tau,ada tetamu datang rumah ni,night"

"Eh,Ayla..kejap"

"Ye?"

"Terima kasih call aku,aku gembira sangat"

"Okey"talian diputuskan.

"Thank you Allah"ucap Tiara perlahan.

Dalam tidak sedar,senyumnya makin melebar ... Alhamdulillah...

**

'dia nangis ke?.. mungkin dia menyesal,eh...takpelah..esok jumpa juga'desisku

"Mama, siapa tetamu yang nak datang malam ni?"

"Oh,sepupu mama dengan aunty Serra ....diaorang kata ada perkara nak bincang dengan mama.Kenapa Ai tanya?"

Mendengarkan itu,bulu roma ku terus tegak 90°.Okey,tenang tenang... positive, positive

"Ai?kenapa tu?hah! bermonolog la tu"usik mama

"Ma..."

"Ye?"

"Erm,yang sepupu mama tu pemilik hotel Milina tu ke?"tanyaku penuh suspen.

Ye lah,cuba fikir balik eh..kalau sepupu mama yang tu datang,mesti anak dia datang kan?!encik TUXEDO?eh,salah.Mikael Fakeeh.Nama sedap,muka hensem,perangai setan.Ppuihh!

"Ye lah...and the best part is,anak dia yang pengurus hotel tu pun ikut sekali....Eh,jap!Ai dah jumpa dia kan?macam mana?hensem tak ?"

"Eyy,ma!tak nak lah kawen kawen ni"aku menggerakkan badanku serupa cacing kepanasan

"Eh,mana ada mama cakap pasal kahwin.Ai yang cakap.Ha, maksud nya,Ai yang nak kahwin kan"

"Mana ada lah ma,..lagi satu,aunty Serra bawa anak dia tak?"

"Amboi,anak mama seorang ni...dua orang teruna nak kebas eh?"

"Ish,mana adalah ma...mama ni,fikiran kolot laa"

Aku membuat muka cemberut dan meninggalkan mama yang masih ketawa berdekah dekah di situ

Dalam berjalan,aku terfikir ,kalau anak aunty serra,si alien khalif tu pun ada .Uish,mampus aku!satu minta nombor telefon,satu lagi suruh labuhkan tudung.Ha!cakap pasal tudung,baik aku pakai tudung cepat.kang teruna dua orang tu dapat tengok aku free free

Pap!

"Aduh,sakitnya..."sedang aku berlari anak ke tangga bilik ku,aku terlanggar sesuatu,sampai sakit kepala aku!nak kata dinding,tak keras sangat.
Aku menggosok kepalaku yang terhantuk itu

"Are you okay miss?"suara garau menyergah telinga.

Eh?Jangan cakap aku terhantuk dekat dada bidang dia ni

"Humh! alien khalif rupanya"gumamku perlahan

"Aku dengar apa kau cakap ,okey.Ha,ni..ambek kain ni"tanpa amaran,dia membaling satu kain ke arahku.Lebih tepat,kain itu telah terlekap di bahagian kepalaku

"Kau kenapa hah alien?!"ish geram pula aku,yang dia serang aku tetiba ni kenapa

"Hari tu,aku jumpa kau,tudung kau pendek mengalahkan langsir,hari ni,tak pakai tudung pula?ish,tercemar mata aku tengok orang macam kau ni,dah dah!pergi pakai tudung!"

Aku telan air liur.Aduh,aku lupa !tadi,aku dalam perjalanan nak pergi pakai tudung lah.

Muka aku berubah jadi tomato ke sekarang ni?

Ya Allah..tambah dosa hari ni

Aku berpaling dan laju bergerak ke tingkat atas.

...

"Ma..."panggilku lemah.

Ceh,pura pura lemah je

"Ha,turun pun Ai;...mama nak bagitau ni,mama kena keluar dengan aunty serra dan sepupu mama...Ai tak nak ikut?"

Melebar senyuman ku...Maksudnya,2 ekor teruna tu ikut mak doranglah kan?yes!!!

"Erm,tak apa ma...Ai tak nak ikut ma.."

"Ha, kalau macam tu,Ai keluarlah dengan Mikael dan Khalif..sebab,diorang berdua pun tak ikut"

Macam ni lah hidup aku,malang dia berkuasa kuasa banyak tau..Baru nak lepas dari bala,bala datang balik

"Ai tak nak keluar lah ma,lagipun ,esok Ai nak keluar awal"

Okay,mari aku ingatkan balik,esok aku ada dating dengan Tiara!

"Ah,takde takde..ikut juga diaorang dua,kenal kenal sikit"

Aku mengeluh panjang..

"Mama pergi dulu eh,take care jalan dengan diorang"mama mempamit diri untuk pergi

Aku?aku terdiam kat sini je lah!

Eh,jap!aku tetiba dapat satu akal;apa kata ,kita naik bilik je...Dua orang teruna tu bukan tahu pun

Langkah kaki aku lajukan tetapi satu suara garau membuatku terhenti

"Oi!nak ke mana tu?kau jangan nak macam macam eh,malam ni..kau dalam jagaan kitaorang berdua"

Ah,sudahhh

Aku mengatur langkah ke arah mereka

"Hi dear"Mikael yang sedari tadi menjadi pemerhati antara aku dan Khalif bersuara akhirnya

Aku menjelikkan muka ke arahnya.

Dear nenek engkau!

Kami bertiga menaiki kereta Honda Civic milik Khalif.

Seketika,keretanya mula membelah jalan.

Dalam hati,aku berdoa;

'Ya Allah,selamatkan aku dari niat jahat dua orang lelaki ini'

TAK TERUNGKAP (Unedited)Where stories live. Discover now