bab 28|siblings goal 2

21 1 2
                                    

Mataku aku buka perlahan lahan.Kepalaku masih terasa pening.Keadaan sekeliling sunyi.Apabila aku lirikkan mata ke arah meja kerja,along masih di situ,mata nya tekun menghadap komputer.Aku pula dibaringkan di sofa empuk ini

"Erh"keluhan ku kedengaran perlahan saat aku cuba menggerakkan badanku

"Ai, you're awake?"tegur along.Dia berjalan ke arahku

"Hmm"balasku ringkas lalu bergerak perlahan untuk duduk.Seriously, aku pening namatey ni

"Hey, it's okay if you can't get up . Don't force yourself"

"Nah, I'm good.jom balik,Ai lagi suka rehat kat rumah"pintaku

"Ai boleh gerak ke? Ke,nak along dukung?,hahahah"sempat along melawak . Mungkin cuma ingin menceriakan ku

Aku tersenyum"boleh je ni.Masih ada kaki ni ha,"

"Ha,jomlah.Perlahan tau jalan tu"

***
Badan aku hempaskan di katil empukku.Hatiku tak henti mengeluh dari tadi.

Setiap kali teringatkan hal kelmarin,aku beristighfar panjang.Perbuatan ku itu hanya memalukan diri ku sendiri

"Tch"jari telunjuk ku bermain main di hujung rambut ikal mayang milikku.Buka telefon pun aku malas.Mode 'do not disturb' selesai ditetapkan

Tok tok tok,

Pintu bilikku diketuk tiga kali."kak,Ayra ni.Boleh masuk tak?"

"Masuk lah"

Pintu bilikku dibuka dan ditutup semula.Ayra masuk dengan muka sedih nya membuatkan aku bangkit dari baring ku

"Apa hal pulak dengan muka tu?Sedih sedih pula"ujarku.Ayra mengambil tempat duduk di sebelah ku

"Akak okey tak?"Ayra tidak menjawab persoalanku, tetapi menukarkan nya dengan soalannya pula

Aku menunjal kepalaku sendiri perlahan lalu aku ketawa kecil."akak okey je ni.Kenapa?muka tu,kenapa?"tanyaku sekali lagi.

"I heard you're hurts"

Aku terkedu.Lain macam adik aku ni nangis sebab aku tersakiti.Ceh,

"No, I'm not.Dengar dari mana ni?"pujukku apabila air matanya mula menitis satu persatu.Belakangnya aku gosok perlahan berkali kali

"What've she done?Tiara buat apa sampai akak nangis kelmarin?"

"Lah,along lah ni cerita kan.Siapa lagi yang tau?"

"Answer my question, please"ujarnya lagi.Eish,aku cepuk kejap lagi ni.Bosan aku dengar soalan sama aje

"I'm okay.See? I'm okay.Even if i have problem with Tiara, that's kinda private okay?"pujukku

"Kak Syirah knows.All of it.She want to meet you too."

Matilah aku.

****

Syirah tarik mukanya.Sedetik pun tak nak pandang aku.

"Syirah, I'm sorry"

Diam,masih sunyi .Dia kecewa mungkin aku bertindak terburu buru seperti kelmarin

"Why are you doing this?suka terburu buru la kau ni,Ai"kata Syirah.

"Aku tak tau , Syirah.Masa tu,aku geram sangat dengan dia,aku benci tengok muka dia"tangan Syirah aku genggam tanda meminta maaf.Syirah jenisnya agak lembut,jadi...

"Apa apa pun,kau tak patut jerit jerit macam tu,tak manis lah"

Aku angguk kecil,malu dengan diri sendiri .Dalam hati,berbakul kutukan aku tujukan pada diri sendiri.

Sebelum buat apa apa,aku tak fikir dulu.Kejadah apa benda nya?

"Sorry again?"

Syirah koyak senyum.Melihatkan aku,rakannya yang manja tahap ayah pink ni

"Its okay.Tapi kan,ada satu benda yang aku tak faham la,Tiara menangis kan masa tu?"

"Ha'ah,muka dia,bapak innosen gila"balasku,cuba meniru sound yang berada di tik tok tetapi,kata saja Ai,mana pernah jadi

"Tak apalah,nanti aku jumpa dengan dia,cakap elok elok dulu,kalau tak nak mengaku juga, baru kita paksa dia"ujar Syirah.Terlakar satu senyuman sinis di hujung bibir merah nya

Kling,kling,kling

Bunyi loceng rumahku mengejut kan aku dan Syirah yang sedang duduk di halaman rumah.Yelah,kau bayangkan je lah ,suasana tengah sunyi sunyi,ada pula yang menekan loceng.Kuat pula bunyinya

"Bik,tolong buka pintu"ujarku apabila terlihat sosok bik Santi sedang mengemas di situ

"Baik,cik Ai"pantas bibik itu pergi membuka pintu.

"Hiks,hiks,hiks.....,Ai--Ayl--Ayla,hikss"

Dari kejauhan,dapat aku dengar pintu rumah dibuka.Namun ,tidak berapa lama kemudian,aku terdengar suara orang menangis tersedu sedan memanggil namaku

Aku dan Syirah berpaut pandangan kejap sebelum kami bergegas pergi ke ruang tamu.

Alangkah terkejutnya aku melihat gerangan gadis yang berada di hadapan ku ini sudah terjelopok menyembah bumi.

Air mata yang berjejeran keluar dari kelopak matanya menyebabkan tudung yang dipakai oleh nya kuyup.

Nampak sangat dia dah lama menangis.Tubuhnya yang longlai amat ketara.

Aku memberi isyarat kepada bik Santi yang memerhati dari tadi."Cik Tiara masuk melulu tadi,Cik Ai.Dia nak sangat jumpa dengan Cik Ai"itu saja balasan Bik Santi

"Kenapa datang sini tiara?kau nak apa?"soal ku.Aku memandang ke arahnya yang masih setia duduk dihadapanku

Tanpa aba aba,Tiara menarik lenganku dan menyebabkan aku terjatuh sekali dengannya di lantai itu.Tubuhku pula seperti dibawa angin,lembik sangat.Syirah pun tak sempat menyambut

"Ai!"

Tanganku kini dipegang kemas oleh Tiara .Pantas dia menarikku ke dalam dakapan nya.Dia menangis teresak esak di bahuku.Untuk beberapa ketika,aku hanya membiarkan nya dan kepala ku yang masih ligat mencari solusi

Perlahan lahan,aku cuba meleraikan pelukannya.Akhirnya,pelukan terlerai.

Aku berdiri kembali di posisi ku,iaitu di sebelah Syirah.

Syirah menggenggam tanganku kemas."apa lagi yang kau nak ,Tiara?"kini, Syirah pula menyoal

"Aku tak buat,aku.. tak buat,sumpah!"kata Tiara lalu mengangkat tangannya ke awangan tanda bersumpah

Saat tangannya diangkat,lengan bajunya terlorot ke bawah telah menampakkan banyak bekas torehan di situ

Luka luka itu tampak seperti masih baru,masih banyak darah yang tertumpah

Aku terkejut.Sebaik melihat luka luka itu,nafasku turun naik.Terasa sesak dan sukar untuk bernafas.

Ya,dia datang lagi

HEMOPHOBIA

Terakhir kali dia menyerang ialah ketika aku berada di kenduri rumah Mikael.

Aku memegang dadaku.Seperti biasa,aku tahu pada saat ini,aku pasti akan pengsan.

Aku cuba tahan,namun tidak.Penyakit itu lebih kuat dariku.

Sebelum kegelapan mulai mengambil alih, dapat aku dengar suara Syirah bergaduh dengan Tiara,menyalahkan satu sama lain.

*******

Tit

Tit

Tit

____/\_/\___

Garisan di mesin ECG lurus.Tiada lagi garisan yang bengkok atau tersimpang.Bunyi 'tit' terhasil berterusan menandakan kecemasan

________________

Tit

Tit

Tit

Innalillahiwainnailaihirojiun

-'sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati'-

TAK TERUNGKAP (Unedited)Where stories live. Discover now