Flashback-
Alaaaa Baji buat betul-betul laa buat macam ada bunyi muzik" -Mikey mendesak Baji lagi dan lagi.
Baji: Ye buat betul-betul lah ni
Mikey: Sanzu pukul botol tu macam bunyi drum tau
Sanzu: Ye yeeSetelah memberi arahan, Mikey memulakan konsertnya. "Mana kau campak kan hatiku, hati yang ku berikan padamu kasih... Semua jawapannya, ada padamu"
Suara Mikey memenuhi ruang taman tersebut mengalahkan kicauan burung dan bahasa angin yang sepoi-sepoi bahasanya. Mikey yang berumur 7 tahun, merupakan peminat tegar Aiman Tino.
Mata Mikey berhenti ke arah susuk tubuh seorang budak perempuan. Mikey berhenti menyanyi dan melihat gerak-geri budak tersebut.
Baji: Siapa tu
Sanzu: Tu y/n. Jiran aku
Baji: Jiran kau?
Sanzu: Ha ah. Diorang balik sini waktu cuti je
Baji: Sedapnya choki choki yang dia makan
Sanzu: Aku takde duit nak beli choki choki
Baji: Baru tadi kau beli kinder joyMikey berdiri di atas bangku taman, dan memakai kaca mata hitam Takeomi yang dia curi.
"Menghitung menunggu matiiiii, agar kau jumpa yang dinanti~"
"Ahh sudah dia jadi Aiman Tino balik"-Baji
"Biasala, ada awek kat sana" - Sanzu
-end flashback-
"Nanti kalau dah buat keputusan, bagitahu abang tau" Kau hanya mengangguk kepada Shin. Kau berjalan pulang ke rumah sambil memikirkan pelawaan Shin sebentar tadi.
Sementara kau menunggu tawaran daripada penerbit buku, kau ingin mencari kerja separuh masa. Untungnya, Shin mempelawa kau bekerja di kedai motornya untuk menjadi kerani.
Jika kau menerima pelawaan Shin, kuranglah sikit penat Shin. Kerana sebelum ini, dialah yang mengira duit, dialah yang membaiki motor, dialah melayan pelanggan. Walaupun Shin mempunyai 2 orang pekerja, dia masih memerlukan seorang kerani.
"Ibu, princess dah balik ni"
Ibu: Princess kepala hotak kau
y/n: Tadi dah bincang dah dengan abang Shin
Ibu: Rezeki jangan ditolak. Selalunya orang yang datang nak mintak kerja. Kau ni untung, tauke kedai sendiri yang pelawa kau bekerja
y/n: Belum ready lah nak kerja
Ibu: Engkau jangan eh nak jadi penganggur. Alahai, apalah guna ibu dan ayah hantar kau pergi belajar
y/n: Apa susah, y/n jual je lah ijazah y/nWajah ibu berubah. Urat di dahi ibu mula timbul. Aura kemarahannya jelas terpapar pada wajahnya.
"Prepare apa yang patut, esok ibu nak y/n kerja terus dekat kedai cucu Sano tu. Bila lagi kau nak kerja. Kira untung dia suruh kerja kira-kira duit.
"Tapi ibu-" -y/n
"Takde tapi-tapi. Kalau kau takmau kerja, ibu dan ayah kawinkan kau dengan Kisaki" -ibu
"Yelah yelahhh" -y/n
Kau masuk ke dalam bilik lalu menghempaskan badan ke atas tilam yang empuk. "Tak payahhh lah kerjaaa. Lambat betul mafia nak culik aku ni"
Kau mengeluh panjang. Mengenang nasib. Bukannya kau tidak mahu bekerja, kau cuma malu dengan abang Shin. Kalau Shin perempuan, sudah pasti sudah lama kau bekerja disitu. Tambahan pula, ada lagi 2 orang pekerja yang bekerja di bahagian bengkel.
----
"Ibuuuuuuuu baju ni sesuai tak?"
Kau menatap pantulan diri sendiri pada cermin. Melihat penampilan diri yang agak lain daripada sebelumnya, membuatkan kau sedikit teruja.
Ibu: Ni baru anak ibu. Pagi-pagi dah ready nak pergi kerja
y/n: Blouse ni sesuai tak ibu?
Ibu: Sesuai lah tu blouse hijau tu
y/n: Agak-agak, kalau ketiak basah, nampak tak nanti kat blouse ni
Ibu: Takdenya orang nak hairan ketiak kau basahKau menuju ke dapur untuk sarapan terlebih dahulu. Kau menghirup secangkir kopi. Kau melahap nasi goreng telur yang ibu masak. Baru sahaja kau ingin menikmati sarapan, Mawi menerjah kau dari belakang.
"AKAKKKKK"
"Tak baik kejutkan kakak macamtu" Kata ayah sambil duduk lalu menghirup secangkir kopi. Mawi juga turut menjamah sarapan sebelum pergi ke sekolah.
Ayah: Ayah bangga sebab y/n dah mula bekerja
y/n: Tak payah bangga, bini ayah tu ugut nak kawinkan y/n dengan Kisaki
Mawi: Abang Kisaki kan kaya, dahla dulu study dekat London. Sekarang dah jadi ceoSelesai sarapan, kau menerima panggilan daripada Emma. Kau tersenyum lalu mengangkat panggilan tersebut.
Emma: Congrats y/n!!!
y/n: Mekasihh Emma
Emma: Jangan awal sangat tau terjatuh hati dekat Shin
y/n: Kalau terjatuh hati?
Emma: Aku baru nak jodohkan kau dengan abang nombor 2 aku
y/n: Yang mana satu
Emma: Izana. Tapi jangan terjatuh hati dekat Mikey, sebab dia macam monyet. Nanti kau stress
y/n: Mengarut lah kau. Aku tengah tunggu mafia culik akuSetelah bersembang dengan Emma, kau memakai selipar sandal. Kau bersalaman dengan ibu dan menumpang ayah untuk pergi kerja.
Kau menarik nafas panjang dan bersedia untuk menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Mawi yang sedang asyik menyakat kau di sebelah sudah dihantarkan ke sekolah.
Kini giliran kau pula yang akan dihantar oleh ayah ke tempat kerja. Kau berdoa supaya kau dapat berkhidmat dengan amanah di kedai S.S Motor.
-Jangan terlalu baik denganku, kerana jatuh hati itu berat-
Next.
YOU ARE READING
Semesta Yang Bercanda [Sano Manjirou]
FanfictionKukira kita memang ditakdirkan bersama Ternyata Semesta Yang Bercanda