Sudah 5 hari kau bekerja, akhirnya kau mempunyai hari cuti iaitu Sabtu dan Ahad. Kau berjanji bahawa ingin menjadi lebih produktif pada hari ini.
Kau akhirnya menolong ibu di kedainya. Sudah 2 bulan ibu membuka kedai bunga, inilah kali pertama kau akan membantunya di kedai.
"Ibu, orkid ni nak letak kat mana?" -y/n
"Letak saja dekat tepi tingkap" -ibu
Kau membuka tingkap untuk mendapatkan udara segar. Bunyi kicauan burung mendatangkan perasaan rindu kepada hobi kau.
Sudah lama kau tidak mengarang cerita, puisi, sajak dan kata-kata puitis semenjak kau bekerja.
"Ahhhhhh seronok cuaca pagi ni. Tak panas, tak mendung. Just nice gituuu. Kan seronok kalau menaip cerita dekat laptop, sambil menghirup secangkir kopi. Rindunya dengan aroma kopi" -kata kau seorang diri
"y/nnnnnnnnn"
"y/nnnnnnnnn"
"y/nnnnnnnnn awak dekat mana?"
Kau menjenguk ke tingkat bawah. Jejaka berhoodie kelabu, bersama motor CB250T 50cc model. Tidak lain tidak bukan. SANO MANJIROU.
Kau berlari anak menuju ke tingkat bawah. Pintu kedai kau buka, dan kehadiran Mikey memecahkan suasana sunyi di dalam kedai.
Mikey: y/n awak busy ke?
y/n: Busy
Mikey: Kalau macamtu, biar saya tolong awak dekat kedai
y/n: Tak paya-
Ibu: Omooo chincahhh baiknya. Alhamdulillah, ada jugak orang tolong ibu alihkan pasu berat ni
Mikey: Boleh je ibu- eh makcikMikey tersengih kepada kau. Kau menjelingnya kerana gagal mengusirnya dari kedai ini. "y/n, awak cantik harini. Macam emas tempawan" -Sempat Mikey memuji kau.
Toman's pov :
Taman permainan dimeriahkan dengan kehadiran Toman. Sangat ajaib, mereka mampu menghalau budak-budak yang sedang giat bermain disitu tanpa membazir tenaga untuk menyergah mereka.
"Bak sini la lato-lato tu, aku pun nak main" -Baji
"Ini kalau Mikey tengok lato-lato, memang takde peluang la korang nak main" -Draken
"Yelah, Mikey kan tengah dalam proses cubaan mengorat jodohnya" -Kazutora
"Aduhh Pah, nanti la kau main" -Baji
"Dari tadi kau main! Aku lah pulak" -Pah
"Daripada hengko berebut ngan lato-lato tu, baik kau ambik kepala botak Draken ngan Hakkai buat lato-lato" -Mitsuya
"Ini melampau dah joke ni" -Draken
"Hmmm rasa macam ada orang mengumpat" Gumam Mikey seorang diri. Lamunannya tersentak apabila kau menarik kerusi dan duduk di hadapannya.
y/n: Mikey-
Mikey: Jom kawin
y/n: Ko dahde duit nak jaga aku?
Mikey: Itu takde masalah, Shin boleh sara kehidupan kita
y/n: Mikey, carik lah orang lain
Mikey: Alaaaa kenapaaaaa
y/n: Aku tak suka kauMikey termenung sejenak. Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh wanita di hadapannya. Mikey cuba menukar topik perbualan.
Mikey: Sampai hati
y/n: Asal pulak?
Mikey: Saya pakai awak saya, awak pakai aku kau
y/n: Haih apa masalahnya
Mikey: Tak sweet la macamtu-
y/n: Suka hati aku la!Kau tersedar bahawa kau baru saja menengking Mikey. Kau diselubungi rasa serba salah dek kerana perbuatan kau sebentar tadi. Namun apakan daya, itu saja cara untuk menjauhkan diri Mikey dari kau. Kau tidak ingin dia berharap lebih kepada kau kerana kau tidak dapat membalas cintanya. Namun, kau masih bingung dengan perasaan sendiri.
YOU ARE READING
Semesta Yang Bercanda [Sano Manjirou]
FanfictionKukira kita memang ditakdirkan bersama Ternyata Semesta Yang Bercanda