"Bismillahirrahmanirrahim. Dengan izin Allah, aku cumalah penganggur yang ingin mencari rezeki yang halal. Dan menahan diri daripada menjual ijazah. Tujuan aku kat sini, nak bekerja. Bukan mencari jodoh. Dengan harapan, balik nanti ada mafia culik aku" -y/n
Kau berdiri di hadapan pintu kedai S.S Motor. Kehadiran kau disambut oleh seorang lelaki yang berparut di wajahnya.
"Cik y/n? Pekerja baru?"
Kau hanya mengangguk kepadanya.
"Saya Seishu. Bekerja dekat bahagian bengkel. Rakan sekerja saya, awak dah kenal kan?" -Seishu
"Kenal, pakwe Emma- EH- Ryuguji Ken
Seishu ketawa kecil. Sedang rancak bersembang, satu suara memanggil nama kau.
"y/n?? Wahh abang tak sangka y/n sudi bekerja dekat kedai abang ni. Jomlah masuk, abang tunjuk tempat y/n kerja"
Kau mengangguk dan mengikuti Shin dari belakang. Kau bekerja di kaunter untuk bahagian kewangan. Jika ada pelanggan yang ingin berurusan, kaulah orang yang akan dicari.
"Not bad, kedai ni bau wangi. Kat luar tadi bau minyak, lagi wangi. Cantik kedai ni, kemas je" -kata kau dalam hati
Setelah berbincang dengan Shin, kau duduk di kaunter. Kau membuka komputer riba, dan giat mengerjakan sesuatu tugasan. Pekerjaan kau agak tenang, kerana jarang ada orang yang ingin berurusan ataupun membeli motor.
Selalunya, bahagian bengkel yang paling sibuk. Setengah jam kau disitu, pintu kedai dibuka.
"Haiii y/n, awak nampak Shin?"
"Abang Shin pergi keluar kejap, ada urusan" -y/n
"Owhhh, oke y/n"
Lelaki tersebut duduk di sofa yang terdapat dalam kedai tersebut. Kau berfikir sejenak. "Itu ke Mikey yang Emma cakap?" Melihat dari gaya rambutnya, rupa parasnya, sah! Tidak lain tidak bukan, dialah orang yang bernama Mikey.
Flashback- 6.30 pagi
"Uhuk uhuk. Haih awal kau bangun harini Manjirou. Selalunya lepas subuh, kau tidur balik" -atok Sano
"Nanti Manjirou nak pergi dekat tempat kerja Shin -Mikey
"Haaaa jangan nak kacau y/n eh" -Emma
"Biarlah aku nak tengok jodoh aku" -Mikey
"Jangan uhuk uhuk jangan kacau anak dara orang" -atok Sano
"Atok pun sama, bukan atok nak jadi abah gula ke" -Izana
"Cucu tidak beradab! Mana tongkat aku! Sini aku korek otak kau" -atok Sano
"Kau jangn macam-macam Mikey, aku nak ship-kan y/n dengan Izana" -Emma
"Wuiii y/n tu jodoh aku! Kalau Izana curi y/n aku, kita lawan 1 by 1 jutaria" -Mikey
End flashback-
Jam menunjukkan pukul 9 malam, dan masa bekerja telah tamat. Kau membantu Seishu dan Draken membersihkan kawasan kedai sebelum beredar pulang. Shin pula sibuk mengemas peralatan bengkel.
"Seronok ke kerja kat sini y/n?" -Shin
"Seronok. Tapi..." -y/n
"Tapi apa y/n? Ada masalah?" -Shin
"y/n nak bincang fasal gaji" -y/n
"Kenapa y/n? Gaji yang abang tetapkan tak cukup? Nak tambah tak?" -Shin
YOU ARE READING
Semesta Yang Bercanda [Sano Manjirou]
FanfictionKukira kita memang ditakdirkan bersama Ternyata Semesta Yang Bercanda