Part 2

10 0 0
                                    

"Maksud kamu? Jangan cakap yang pembunuh dia orang yang sama ?" Badan Tuan Sarjana Mustapha sudah berdiri tegak.

"Sebelum itu, ada beberapa perkara penting yang Tuan perlu tahu, sebab tu saya bercadang mengajak Tuan berbincang di Unit Forensik Hospital Kajang , senang sebab lepas dapat keputusan boleh terus saya beri. "

"Sekejap, kau ni siapa? Kenapa suara lain dari Puan Mazlina? " Tanya Pegawai Zaquan yang bijak mengecam suara.

"Boleh panggil saya Cik Aliya, pengganti Puan Mazlina. Beliau ada urusan kecemasan yang tidak dapat dielakkan." Doktor Aliya membuka penutup mukanya.

"Aku minta maaf, tapi kami pihak polis tidak akan berurusan dengan orang yang tidak dikenali dan seorang yang masih baru dalam bidang ini, lebih-lebih lagi kes yang tidak lagi diketahui siapa pembunuhnya." Mata Pegawai Zaquan merenung syak wasangka.

Sebuah ketukan diberikan tepat ke kepala pegawai Zaquan.

"Minta maaflah ya Doktor, dia memang macam ni sikit perangai. Petang ni juga saya akan ke Hospital Kajang. " Tuan Sarjana Mustapha tersengih.

Doktor Aliya mengangguk faham dan kembali menyambung tugasnya di tempat kejadian.

-----------------

Balai Polis Kajang, Selangor.

" Kamu semua tidak rasa ke yang pembunuhan ni macam ada sesuatu yang tidak kena ? " Tanya seseorang kepada Pegawai-Pegawai polis di Balai Polis itu.

Kata-katanya tidak dipedulikan oleh Polis-polis di situ kerana masing-masing sibuk menyelesaikan tugasan.

" Adakah ini merupakan suatu kebetulan, Cik Sarah dan Puan Izzati kedua-duanya ditemui mati di depan sebuah sekolah ? Tanpa sebarang petunjuk tentang siapa pembunuhnya? " sambungnya lagi.

Pegawai Zaquan mengangkat mukanya dan matanya terbeliak.

" Siapa benarkan wartawan berada di sini ? " soalnya terkejut.

Cik Dina tersengih seperti kerang busuk. " Maaflah Tuan, tapi kalau saya pulang dengan tangan kosong tanpa sebarang laporan, habis saya kena pecat dengan ketua saya. "

" Pertama sekali, kami pihak polis masih lagi menjalankan siasatan, kami ada petunjuk berkaitan pembunuh tapi kami tidak akan sesekali berikan maklumat kepada pihak luar. Kedua, pembunuhan ini pasti merupakan sebuah kebetulan , mungkin ada seseorang sengaja bermain dengan pihak polis dengan meletakkan mayat di hadapan sekolah-sekolah. Saya pasti pembunuh tidaklah sebodoh itu untuk meletakkan mayat di kawasan yang mudah dijumpai oleh orang ramai. " kata Pegawai Zaquan tegas.

" Tapi, pada pandangan saya Tuan Zaquan, pembunuh tu macam sengaja meletakkannya di sekolah-sekolah tertentu untuk memberikan gambaran atau petunjuk tentang siapa dirinya ? "

" Hah ? Cik Dina yakin ? Kenapa pembunuh tu nak dedahkan siapa dirinya pula, nanti dirinya ditangkap bagaimana ? " bangkangnya.

" Hati Tuan Zaquan sendiri juga ada berbisik bahawa pembunuh merupakan seorang yang bukan calang-calang orangnya bukan ? Tidak meninggalkan sebarang cap jari , malah tidak dapat dikesan keberadaanya. Kes pembunuhan ini merupakan pembunuhan bersiri , betul bukan ? " Cik Dina melontarkan soalan yang mengandungi kebenaran sehingga membuatkan Pegawai Zaquan tergamam.

AdikWhere stories live. Discover now