Part 1

28 0 0
                                    

Bunyi dentuman kilat diiringi hujan yang lebat membuatkan ramai penghuni rumah tidak dapat melelapkan mata. Kesejukan mula menguasai diri , alat kawalan terus dicapai untuk mematikan suis pendingin hawa. Selimut pula ditarik sehingga ke paras leher. Di saat orang lain sedang leka menikmati tidur, seseorang menekan brek kereta apabila sudah tiba di destinasinya. Bonet kereta dibuka, kelihatan sebuah beg hitam yang agak besar dan berat. Dia memerhatikan keadaan sekeliling sebelum memasukkan beg tersebut dengan penuh berhati-hati ke dalam sebuah tong sampah. Keadaan malam yang gelap gelita pasti menyukarkan orang lain untuk melihat tindak tanduknya. Dia mencebik. Dia tidak mahu melengahkan masa, sarung tangannya ditanggal sebelum meletakkan tangan di streng kereta dan memandu pergi .

----------------

"Semua mintak tolong ketepi ! " Arah Tuan Sarjan Mustapha tergesa-gesa. Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat yang berada di situ turut menjerit lantang. "Semua pelajar diminta masuk semula ke sekolah ! Bagi laluan dekat pihak polis . Pengawas , sila pastikan tiada pelajar melangkah keluar dari kawasan sekolah! "

Tuan Sarjan Mustapha segera menghampiri kawasan kejadian . Matanya kaku dan menggeleng-geleng.

"Selamat pagi tuan ! " Hormat Pegawai Zaquan dan pegawai polis yang lain.

Tuan Sarjan Mustapha mengangguk dan meminta laporan dari anak buahnya.

"Mangsa bernama Izzati Binti Anuar, berumur 30 tahun dan sedang bekerja sebagai pengurus saham . " Lapor Pegawai Zaquan.

Tuan Sarjan Mustapha mengangkat kening. " Bila pakar forensik akan datang? "

"Mereka dalam perjalana.. ha itu pun mereka."

Pakar forensik tidak melengahkan masa, mereka segera melakukan tugas masing-masing dalam mencari bukti atau kesan yang dapat dijadikan sebagai petunjuk. Salah seorang dari mereka mula membuka zip hitam dengan tangan yang bersarung. Dia mengeluarkan sejenis botol yang mengandungi campuran bahan kimia fenolftalein dan menyembur pada bahagian beg. Tujuannya berbuat demikian adalah untuk mengenal pasti jenis darah pada beg yang mungkin berkemungkinan merupakan milik penjenayah. Sampel darah akan diambil dan diuji di dalam makmal bagi mengetahui DNA nya. Di sebelahnya, seseorang sedang mengesan sebarang cap jari yang ditanggalkan dengan penuh teliti. Malah, terdapat pakar forensik yang ditugaskan meletakkan nombor-nombor pada setiap objek dan mengambil gambarnya. Mereka saling bekerjasama dalam memastikan tiada sebarang bukti yang terlepas pandang.Salah seorang daripada mereka menghampiri Sarjan Mejar Mustapha

"Tuan, saya rasa kita perlu berbincang dengan lebih lanjut, tetapi bukan di sini. " Kata salah seorang pakar forensik.

"Apakah? Bagi jela tahu sekarang, nak tunggu bila pula?" Pegawai Zaquan mengerutkan kening tidak puas hati.

"Shhh jangan menyampuk . Rasanya haritu baru je ada kes pembunuhan, tak sampai sebulan sekarang dah ada kes baru pula haih.. " Luah Tuan Sarjana Mustapha.

" Saya bukan nak mengganggu siasatan tuan, tapi kes kali ini, saya pasti memang berkait rapat dengan kes pembunuhan Cik Sarah sebelum ni . "

Kata-katanya menarik perhatian pegawai-pegawai polis yang lain di situ.

AdikWhere stories live. Discover now