Part 3

9 0 0
                                    

Unit Forensik Hospital Kajang .

" Pertama sekali, apabila kita membandingkan cara kematian Cik Sarah dan Puan Izzati, kedua-duanya menunjukkan cara kematian yang hampir 80% sama. Setelah saya melakukan pemeriksaan, mereka berdua ada menerima dadah dalam tempoh 24 jam sebelum kematian." Kata Doktor Aliya sambil menunjukkan laporan analisis kandungan makanan dalam badan mangsa. 

" Dadah? Ubat tidur ? Kalau begitu, kedua-kedua mangsa pasti mengenali pembunuh. Seseorang itu tidak akan sewenang-wenangnya menerima minuman daripada orang yang tidak dikenali. Pembunuh tidak melakukan cara paksaan untuk menculik mangsa dapat menunjukkan bahawa dia sudah menetapkan sasarannya terlebih dahulu ."

Doktor Aliya mengangguk setuju. 

" Kedua, kami telah melakukan ujian x-ray sebentar tadi dan mendapati kedua-dua mangsa mengalami keretakan tulang belakang. Puan Izzati turut mengalami hentakan yang teruk di bahagian kepala. Keretakan tidak terlalu serius, jadi kita boleh anggarkan mereka terjatuh dari ketinggian 4-6 meter. Seterusnya, cuba Tuan perhatikan tangan mangsa. Hampir semua kuku Cik Sarah tercabut, tetapi kenapa Puan Izzati punya biasa-biasa sahaja? " 

Pertanyaan Doktor Aliya ibarat angin lalu.

 Melihatkan Sarjan Mejar Mustapha hanya senyap, dia menyambung kembali.

"Kedua-dua mangsa dipercayai bukan mati akibat jatuh dari tempat tinggi, namun kesesakan nafas merupakan punca utama kematian. Dengan kata lain, mereka telah dilemaskan .Anggaran kematian masing-masing ialah kurang daripada 72 jam setelah mereka diculik. Agak sukar untuk menentukan masa sebenar mereka terbunuh kerana suhu mayat akan berkurang 1.5 darjah celsius setiap 5 jam setelah mereka berhenti bernafas, namun disebabkan mereka dilemaskan maka suhu mereka menurun dengan lebih pantas dan proses pereputan terhenti seketika."

"Sebelum tu, boleh saya tahu ini kesan apa ? Kesan ikatan ya ?" tanya Sarjan Mejar Mustapha sambil menujukkan kesan luka pada pergelangan tangan mangsa.

" Ya, tapi ada suatu kelainan pada kes ini."Kata Doktor Aliya sambil memicit dahinya."

 Berdasarkan kes-kes penculikan sebelum ini, kebanyakan mangsa akan diikat menggunakan tali biasa sahaja. Dalam kes ini, mangsa tidak diikat dengan menggunakan tali, tetapi diikat dengan sesuatu yang agak keras dan tajam. Seperti besi mungkin ? Jikalau mangsa diikat menggunakan tali biasa, sekuat mana pun mereka cuba meleraikan ikatan, ia tidak akan sampai ke tahap mampu mengoyakkan kulit epidermis luar. Paling teruk mereka hanya akan kelihatan kesan kemerah-merah sahaja."

Sarjan Mejar Mustapha memerhatikan kulit pada pergelangan tangan kedua-dua mangsa berdarah dan terkoyak menampakkan sebahagian isi dagingnya. " Aku macam pernah melihat kesan luka seperti ini tetapi di mana ya ?" bisik hatinya.

------------------

Taman Perumahan Seri Seroja

" Aduhai , kenapa nasib yang menimpa anakku sungguh malang ! " Rintihan Puan Halimaton kedengaran. 

Sekali-sekala ahli keluarganya turut menghulurkan tisu bagi mengelap air mata Puan Halimaton yang mengalir deras.

" Banyakkan bersabar Puan. Saya yakin arwah Puan Izzati tidak mahu emaknya bersedih terlalu lama." Ujar Sarjan Mejar Mustapha.

 Puan Halimaton mengangguk kecil. "Baiklah, perbualan kita terhenti di mana tadi ? "

"Adakah puan tahu sekiranya terdapat sesiapa yang berdendam dengan arwah?"

Puan Halimaton berfikir sejenak sebelum menggeleng-geleng. Perbualan mereka diteruskan dan anggota penyiasat mencatat segala pernyataan yang dikeluarkan oleh Puan Halimaton.

" Baiklah , terima kasih kerana memberikan kerjasama dalam kami menjalankan penyiasatan. Harap puan sekeluarga tabah dan kuat..."

Sarjan Mejar Mustapha sedang menyarung kasutnya di luar rumah 

"Eh, kasut ?.Kenapa mayat arwah Puan Izzati tidak memakai sebarang kasut ? Adakah pembunuh sengaja menanggalkannya kerana terdapat bukti penting di situ ?" Bisik hatinya.

Dia termenung seketika sebelum abang kepada arwah Izzati memanggilnya.

"Tuan saya nak bertanyakan sesuatu. Sebelum kes arwah adik saya , tidak silap saya ada kes pembunuhan yang sama juga kan ? Kes yang mayat dijumpai di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat."

"Ya betul. Mengapa kamu bertanya ?"

"Saya tidak pasti jika ingatan saya betul tetapi saya pasti mangsa sebelum ini merupakan kenalan arwah adik saya."

" Maksud kamu arwah Cik Sarah dan Puan Izzati mengenali antara satu sama lain ?." Mustapha terkejut mengetahui berita yang didengarinya itu.

"15 tahun yang lalu, arwah adik saya pernah diculik ketika dia bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat. Sekolah yang sama dengan arwah Cik Sarah dijumpai. Cik Sarah juga merupakan salah seorang mangsa culik ketika itu."

Sarjan Mejar Mustapha tergamam.Beliau segera mencari maklumat di internet berkaitan kes penculikan 15 tahun yang lalu dan terkejut mengetahui kebenarannya. 

---------------

Unit Forensik Hospital Kajang 

" Doktor Aliya ada sebarang maklumat terkini?"" Ya, ada. Cuba Tuan perhatikan data yang saya baru perolehi ini ."

Mustapha tersenyum sinis dan melangkah menghampiri Doktor Aliya

."Adakah doktor ingin terus berbohong di sini atau di makhamah ?" Sarjan Mejar Mustapha mengeluarkan gari yang berada di poketnya dan menggari tangan doktor Aliya.

Air muka Doktor Aliya berubah.

"Tuan ! Apa semua ini ?" jeritnya tanpa sedar.

"Sila ikut kami ke balai sekarang." kata Konstabel Zaquan yang rupanya sedang menunggu di luar bilik forensik bersama-sama anggota polis yang lain.

 "Pihak polis tidak berhak menangkap selagi tidak mempunyai bukti kukuh ! "Doktor Aliya separa menjerit sambil meronta-ronta ingin dilepaskan.

"Doktor... doktor. Doktor fikir pihak polis akan tertipu apabila doktor menyembunyikan data yang sebenar dan menukarkannya dengan yang palsu ? " kata Sarjan Mejar Mustapha tersenyum misteri sambil mengenyitkan matanya kepada Aliya.

Air muka Doktor Aliya menujukkan kemarahan namun dalam hatinya tersenyum . 

AdikWhere stories live. Discover now