Part 4

14 0 0
                                    

Di suatu lokasi yang tidak diketahui..

Sebuah enjin kereta dimatikan. Bayang-bayang seorang lelaki bergerak pantas mengikut empunya dalam keadaan malam yang gelap gelita. Setelah dia meyakini bahawa tiada orang yang memerhatikan tindak-tanduknya, dia mengeluarkan lampu suluh dari telefon bimbitnya. 

Sedang dia leka menyuluh ke suatu tempat, hatinya mula berdegup kencang. Beberapa minit sudah berlalu namun dia mula berasa panik. apabila barang yang dicarinya tidak ditemui.

" Aku yakin aku meletakkanya di sini ! " getus hatinya.

"Cari barang ini ke ?" sapa suatu suara dari belakang.

Dia terkejut dan segera berpaling ke belakang, tiba-tiba sebuah cahaya yang sungguh terang menyilau matanya dari semua arah.

"Kasut ini ke yang kamu cari, Konstabel Zaquan ?"

Mata Zaquan kaku melihat kasut yang berada di tangan Mustapha.

" Pada 15 tahun yang lalu, terdapat sebuah penculikan yang berlaku. Mangsa-mangsa yang terlibat ialah arwah Cik Sarah, arwah Puan Izzati, Encik Ali dan yang keempat ialah kamu sendiri, Zaquan. Betul bukan ?

" Saya kurang pasti tentang motif kamu melakukan semua pembunuhan ini, tetapi kamu terlalu yakin bahawa pihak polis tidak mampu mengesyaki kamu dan tanpa sedar kamu telah jatuh ke dalam perangkap yang kamu sendiri sediakan.Mangsa kedua, Puan Izzati ketika dia diculik 15 tahun yang lalu, dia berumur 15 tahun bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat. Disebabkan itu kamu meletakkan mayat Cik Sarah di situ untuk menyatakan bahawa mangsa seterusnya ialah seseorang yang bersekolah di situ . Begitu juga Puan Izzati, mayatnya diletakkan di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Serai , iaitu sekolah Ali dan menunjukkan bahawa Ali mangsa seterusnya namun kamu tidak dapat membunuhnya kerana dia masih berada di luar negara. " jelasnya panjang lebar.

"Mereka sudah mengenali kamu, jadi jikalau kamu mengajak mereka untuk minum kopi , pasti mereka akan tidak menolak. Rumah lama kamu di Sungai Tangkas, belakangnya ada sebuah perigi bukan? Kamu tolak mereka jatuh ke dalam perigi yang dalam. Apabila hujan turun, perigi mula berisi air dan mereka lemas. Ia memudahkan kamu untuk mengangkat mereka keluar dari perigi apabila perigi air sudah penuh. Kuku Cik Sarah tercabut kerana berusaha keluar dari situ, manakala Puan Izzati mengalami hentakan yang kuat dikepala sehingga dia mati tanpa sempat berusaha keluar.Tapi kamu terlupa perkara yang paling penting. Kasut ini dan gari. Seperti yangdiperkatakan Doktor Aliya, tangan mereka diikat oleh suatu besi . Luka pada tangan mereka mengingatkan saya pada penjenayah-penjenayah sebelum ini yang berusaha melepaskan tangan mereka dari gari ini. Kasut pula, bagaimana kamu begitu cuai ? Membiarkan mayat memakai kasut yang dipenuhi air lumpur, daun dan pacat yang pasti akan membongkarkan lokasi hutan dan cap jari kamu. Apabila pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Serai menemui mayat, kasut itu masih lagi disarungnya. Namun menyedari kesilapan yang telah kamu lakukan, kamu segera menyorokkan kasut itu di sekitar sekolah sini sebelum saya datang pada hari itu.Kamu fikir setelah kami menangkap Doktor Aliya, kami akan menutup kes , kerana itulah kamu segera ke sini , Sekolah Kebangsaan Sungai Serai bagi menghapuskan bukti kasut itu. Kami telah jalankan ujian darah DNA pada gari di dalam laci meja kamu dan ianya 99.9% menunjukkan darah tersebut milik Puan Izzati, Begitu juga cap jari pada kasut, ianya milik kamu. Adakah pernyataan saya cukup jelas, Pegawai Zaquan ? "

"Wah saya sangat kagum, namun Tuan tersilap. Saya bukanlah mangsa penculikan 15 tahun yang lalu. Mangsa yang sebenar adalah adik kembar saya."

Sarjan Mejar Mustapha tergamam.

"Adik saya diculik, namun hidup dia paling sengsara berbanding mangsa yang lain. Kenapa adik saya perlu jatuh gaung dan hilang sebulan lamanya sebelum ditemui mati lemas ? Disebabkan peristiwa itu, ibu bapa saya membunuh diri dan saya ? Hidup saya menjadi sebatang kara sejak dari kecil lagi ! Tapi kenapa mereka yang lain perlu hidup bahagia dengan keluarga mereka dan saya dibiarkan seorang diri! "

" Adakah kamu menyangka dengan kemusnahan hidup orang lain, ianya menjadi kebahagian kamu ? Adakah kamu mengecapi bahagia sekarang ? " tanya Sarjan Mejar Mustapha tegas.

" Kita tidak perlu melihat orang lain untuk mencari kebahagian, sebaliknya kebahagiaan kamu ada dalam diri kamu sendiri, Zaq. "

Zaquan terkedu dan dia terduduk di tanah, di mula berasa insaf.

AdikWhere stories live. Discover now