Teaser 6

95 1 0
                                    

"Aku dah kemaskan bilik aku. Kau tidur dalam bilik aku. Aku tidur luar. Kau stay sini seminggu dua. Bila kau dah sihat nanti, aku sendiri hantar kau balik rumah mak kau. Makan minum kau aku siapkan. Baju kau... nanti aku beli." Seboleh-boleh Bard tak mahu Boo jejakkan lagi kaki ke rumah sewa itu.


Diam. Boo masih kaku di situ.


"Kenapa? Kau takut dengan aku? Bukan kau ke yang perangkap aku tidur sebilik dengan kau masa dekat Cameron Highlands?"


Tak semena-mena Boo ketawa. Teringat kenakalannya. Nakal sangat. Akhirnya Boo juga yang terima padah. Perlahan-lahan senyum Boo mati.


Boo bukan takutkan Bard. Boo takut kepada diri sendiri. Takut kalau Boo jatuh cinta lagi. Kecewa lagi. Berdendam lagi. Dan paling Boo takut, menjadi perosak hubungan Bard dan Zuzu.Bard kembali dengan baju lengan panjang dan kain pelekat.


"Nah. Tukar baju dulu. Aku buat air."


Boo ikutkan sahaja. Mencapai segala yang Bard serahkan lalu menghilang ke kamar. Memang Kak Teh pun ada pesan. Walaupun gugur, tetap kena berpantang seperti benar-benar melahirkan. Setidak-tidaknya untuk dua minggu, perlu jaga betul-betul. Kena jaga apa yang boleh dimakan, apa yang tidak. Perlu makan yang berkhasiat agar luka dalaman kembali baik. Harus jaga pergerakan, jangan melasak sangat tak tentu hala. Jangan angkat yang berat-berat. Dan kalau ada yang tidak kena, demam, pendarahan berlebihan atau lelehan berbau yang keluar dari faraj, perlu segera bertemu dengan doktor.


"Boo? Dah ke belum?" Terdengar suara Bard memanggil dari luar bersama ketukan pintu perlahan.


"Dah. Masuklah. Pintu tak kunci."


Lelaki itu memulas tombol pintu, mendekati Boo yang duduk di birai katil bersama secawan milo panas. Cawan itu diletakkan di atas meja di sisi katil. Bard melabuhkan punggung di sisi Boo. Di tangan itu ada sepasang setokin putih.


"Duduk sandar dekat sini. Angkat kaki."


"Nak buat apa?" Boo kerut dahi. Namun dalam pada yang sama tetap mengikutkan sahaja arahan lelaki itu. Bersandar di kepala katil, Bard membantu meletakkan bantal di belakang Boo agar lebih selesa dan tak sakit pinggang. Perlahan-lahan Boo mengangkat, melunjurkan kaki lurus.


Stokin putih bersih yang ada di tangan, Bard sarungkan ke kaki Boo satu demi satu. Selepas kanan, kiri. Mengemaskan letak duduk setokin itu, kemudian menarik hujung kain pelekat miliknya yang Boo pakai sehingga ke buku lali.


"Boo..." seru Bard. Memanggil Boo yang asyik memerhatikan gerak gerinya.


"Hah?" Pantas Boo menyahut. Sedikit terperanjat juga kerana tadinya dia sudah mulai hanyut dengan cara Bard menyantuninya.


Tak terus meneruskan kata-katanya, Bard merenung tepat ke mata Boo. Lama pandangan mereka bertaut sebelum Boo tunduk. Kalah dengan renungan tenang yang mampu membuatkan jantung Boo berdegup laju.


"Boo... kahwin dengan aku, Boo."


Pantas Boo angkat wajah. Bulat mata memandang Bard. Liur diteguk berkali-kali. Kali ini jantungnya bukan berdetak laju dari normal, namun terasa berhenti berdegup terus.

MY BABY BOOWhere stories live. Discover now