SINOPSIS

993 16 0
                                    

BOO, gadis cantik dan digilai ramai namun serik untuk memberikan 'setia'nya pada makhluk bernama lelaki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BOO, gadis cantik dan digilai ramai namun serik untuk memberikan 'setia'nya pada makhluk bernama lelaki. Ditinggalkan setelah memberi seluruh cinta dan setia, membuatkan Boo merasa bodoh, hina dan sia-sia.

Bagi Boo, semua lelaki yang cuba mendekatinya pasti punya niat buruk. Lelaki-lelaki itu pasti hanya mahu mempermainkannya. Lelaki-lelaki itu suatu hari nanti pasti akan meninggalkannya dan pergi bersama perempuan lain. Lelaki-lelaki itu pasti hanya mahu menikmati kecantikan luaran miliknya. Setelah bosan dan puas, Boo pasti ditinggalkan.

Berbeza bagi BARD, lelaki yang tak serik-serik mencurahkan setia kepada insan yang tak pernah menghargai. Berkali-kali dicurangi, ditinggalkan dan dipermainkan, tidak menggoyahkan setia milik Bard. Lelaki itu tetap menunggu, tetap memaafkan, tetap memberi ruang dan peluang.

Sehinggalah takdir menemukan kedua-duanya. Bard si pencinta setia. Dan Boo si penagih sebuah kesetiaannya. Dua hati yang cukup sempurna dan saling melengkapi.
Namun laluan untuk bersama tak semudah yang disangka apabila kedua-duanya terjerat dalam hubungan cinta yang salah. Dengan orang yang salah.

Mampukah kedua-duanya melepaskan diri dari jerat itu dan bersatu? Sedang hati sungguh-sungguh yakin, inilah pemilik 'setia' milik mereka.

MY BABY BOOWhere stories live. Discover now