Teaser 3

265 5 0
                                    

"Zakwan, dah nak Maghrib ni. Masuk dulu. Kejap lagi sambung. Tu pun dah okey tu."

Jelas suara emak memanggil menantu kesayangan.

"Okey mak. Sekejap. Sikit je lagi."

Bulat mata Boo. Awalnya panggil 'emak'? Baru lampu kuning. Belum hijau lagi.

"Emak, ada tuala tak? Saya ingat nak mandi. Seluar saya kotor dah ni. Saya ingat nak tumpang solat dekat rumah mak."

Dari dalam bilik, Boo pasang telinga lagi. Solat? Terasa sejuk sedikit hati Boo. Jika benar Zakwan seorang yang menjaga solatnya, Boo bersyukur. Kerana ciri-ciri itu termasuk dalam syarat wajib untuk menjadi suami kepada Boo.

Untuk seketika, terdetik di hati. Mungkin, memang inilah jodoh yang Allah tetapkan untuk Boo. Bukannya Bard.

Seperti yang emak katakan, Boo yang harus pupuk rasa cinta itu.

Tiba-tiba pintu bilik Boo diketuk dari luar.

"Boo... buka kejap pintu ni," suara emak yang memanggil. Segera Boo atur langkah menuju ke pintu.

"Ya, mak?"

"Ni, tunang kamu nak solat. Tolong bentangkan sejadah untuk dia. Biar dia solat dalam bilik kamu. Luar ni sempit. Tak ada ruang."

Memang pun rumah Boo agak sempit. Hanya ada ruang tamu kecil, dapur kecil, dua bilik dan satu bilik air. Ruang untuk solat memang ada di bilik masing-masing sahaja. Secara logiknya, takkanlah Zakwan hendak masuk ke bilik emak. Kan?

Zakwan tiba dengan wajah basah. Bekas wudhu mungkin. Berkain pelekat arwah ayah Boo.

"Saya dah bentangkan sejadah. Awak solatlah dulu. Saya tunggu dekat luar."

***

Usai solat fardhu Maghrib tiga rakaat, Boo melangkah keluar dari kamar emak. Menunggu di ruang tamu sehingga Zakwan keluar.

Namun hampir setengah jam Boo menanti, lelaki itu masih tidak keluar dari bilik. Dari bawah pintu, Boo dapat lihat lampu kamarnya menyala.

Haih! Takkan solat Maghrib sampai setengah jam? Baca surah Al-Baqarah? Boo sengih. Jahatnya memerli Zakwan di dalam hati.

Agaknya, tak apa ke kalau Boo pergi ketuk pintu? Tak apa kut kan? Takkan dah setengah jam tak selesai lagi.

"Zakwan...? Awak dah ke belum?" Boo mengetuk pintu sambil memanggil dari luar.

"Yup. Dah. Bukalah pintu."

Setelah mendapat izin dari lelaki  yang baru sahaja bergelar tunangnya itu, Boo memulas tombol. Takut juga hendak terus ceroboh masuk. Buatnya lelaki itu sedang menyalin pakaian?

Boo menjengukkan kepala sebaik sahaja daun pintu ditolak. Melihat Zakwan yang sedang duduk di birai katil sambil memegang telefon bimbit Boo. Lelaki itu juga sudah menukar kain pelekat kepada seluar yang dipakai tadi.

Bermakna, Zakwan sudah lama selesai solat.

Riak wajah Boo berubah ketika melihat Zakwan sedang membelek isi telefon bimbit Boo.

"Awak buat apa dengan handphone saya?" Ada bara yang mulai menyala sumbunya. Tak suka dengan sikap Zakwan yang baru beberapa jam menjadi tunangannya, sudah berani mengganggu privasinya.

Tak terus menjawab, lelaki itu merenung Boo tajam. Kemudian pandangannya beralih semula ke telefon bimbit milik Boo. Sudah habis semua dijelajah.

Geram dengan Zakwan yang tidak mempedulikan pertanyaannya, Boo melangkah masuk. Mendekati Zakwan. Cuba merampas semula telefon bimbitnya. Namun gagal.

"Zakwan, saya tak suka orang usik hak saya. Handphone saya, hak saya."

"Saya pun tak suka lelaki lain 'usik' hak saya. Awak tunang saya, awak hak saya. Saya dah delete semua nombor telefon dan mesej jantan lain dalam handphone awak. Mulai daripada hari, saya tak nak tengok satu pun nama lelaki dalam handphone awak. Saya tak izinkan awak berkawan dengan mana-mana lelaki pun. Hanya saya sorang je lelaki dalam hidup awak."

Keras suara lelaki itu sekeras renungannya.

"Awak hak saya. Bermakna segala milik awak adalah milik saya juga. Termasuk apa yang ada dalam telefon awak. Faham?"

Tunduk, Boo teguk liur. Dalam hati membantah keras. Namun tak berani untuk menggeleng.

"Sekali je saya ingatkan awak tentang ni. Jangan sampai saya jumpa apa yang saya tak nak jumpa."

Berminat komen NAK ♥️

MY BABY BOOWhere stories live. Discover now