Punggung terus dilabuhkan sambil mata memandang persembahan yang tengah berlangsung. Tangan terus mencapai gelas yang tersedia diatas meja. Gerakan tangan terhenti apabila ada suara yang menegur.
"Kau kemana lid? Tadi tuan cari kau tau. Merayau pahal!". Aku hanya buat bodoh sambil mata masih memandang kearah pentas.
"Saja ambil angin luar. Dalam ni sesak sangat,tak selesa aku " . Badri hanya mengeluh lemah. Dah naik malas nak bercakap mungkin.
Mata dilarikan ke segenap pelusuk dewan. Bebola mata terus terhenti apabila ternampak satu sosok yang melangkah masuk.
No wonder dia kat sini. Rupanya ikut majlis ni sekali, badri turut menoleh kearah yang aku pandang.
"Ewah kau, kemain cakap jaga mata!Last-last pandang juga anak dara orang ." Aku hanya berdecit kearahnya. Bila masa aku pandang. Aku tertengok okay.
Badri menarik rapat kerusinya kearah ku. Kebelakang jugalah kepala ni bila dia mendekat. Pandangan hairan aku berikan kepadanya.
"Dengar cerita,kawan Akmi tu cantik. " .Aku hanya pamerkan wajah hairan. Jadi apa kena mengena dengan aku?
Kening diangkat tanda menyoal badri.
"Jangan lembab sangat lah bodo! Tak faham lagi ke? ". Wajah badri yang kegeraman aku pandang hairan.
Badri yang melihat muka kebinggungan aku terus menarik nafas sedalam-dalamnya.
"Gi ler usha. Kau nak tunggu apa lagi? Bulan jatuh keriba ke ,baru nak buat move?". Mata serta merta bulat apabila mendengar ayat badri tadi.
Dia yang bodoh ke atau aku yang bodoh? Kerja gila nak ngorat anak dara orang!.
Pandangan tak puas hati aku berikan. Badri yang faham terus mengangkat tangan tanda menyerah.
Badri yang mahu membuka mulut semula terus terdiam apabila ternampak kelibat beberapa manusia melangkah mendekati meja kami.
"Tuan Khalid dengan Tuan Badri pun join sekali ye event ni". Suara halus tersebut kedengaran dicuping telinga aku.
Badri hanya tersenyum lantas mengangguk kepala kearah dua wanita yang datang mendekati kami tadi. Aku hanya kekal diam disisi badri,mata tekun memandang kearah pentas.
YOU ARE READING
KIRIMAN ILAHI
Romance{ Book Two } Muhammad Khalid × Nur Atikah Solehah Kehilangan yang lama telah membuatkan pintu hati tertutup serapat-rapatnya. Dia Nur Atikah Solehah. Gadis yang pandai menyembunyaikan perasaan. Dimana si gadis masih dihantuai memori lama yang m...