-5-

48 8 1
                                    

Kawasan pasar tani yang sibuk dipandang silih berganti.Isyrat mata diberikan kebeberapa ahli anggota yang lain.

"Tango, pukul 3 . Target pakai topi hitam". Suara yang silih berganti hanya dibiarkan sepi. Mata galak memandang beberapa individual lain dihadapan.

"Shadow,kau dah boleh buat move". Mendengar sahaja arah yang diucapkan oleh Badri terus laju kaki aku melangkah kearah suspect.

Gerak-geri yang lemah tadi serta merta menjadi laju. Aku terus mengejar langkah tersebut.

"Gagak target kat depan".Suara yang diatur semasa berlari cuba diseratakan. Gagak dan tango terus keluar dari tempat persembunyian.

Keadaan pasar tani yang tenang sebentar tadi terus bertukar menjadi kacau bilau. Suara suspek yang menjerit membuat situasi yang sedia ada terus bertambah keruh.

Larian semakin dipantaskan. Tanpa berfikir panjang,terus aku lompat kehadapan. Kaki sempat menendang belakang suspek.

Berlaku aksi pergelutan yang agak sengit antara aku dan individu tersebut. Selang beberapa minit berlawan, suspek yang dikehendaki dapat direbahkan.

Beberapa pihak polis yang lain juga turut menghampiri kami.

"Terima kasih tuan,". Tabik hormat yang aku dapat terus disambut dengan anggukan. Nafas cuba diselarikan semula dengan rentak jantung.

Pihak polis terus membawa individual tersebut ke kereta. Badri yang menghampiri ,aku abaikan.

"Kesian dho kau, off day kena tolong polis". Aku hanya menjeling badri sekilas . Topi dikepala ditanggal buat sementara waktu.

"Sama bidang pekerjaan ,lagipun penjahat tu kan salah satu lanun yang kita buru. Kau dah lupa?." Aku angkat kening kearah badri.

"Haah lah dho, aku rasa kan lanun tu semua dah bosan duduk laut. Tu yang naik darat ini". Tangan badri yang ada diatas bahu,aku tepis perlahan. Gelengan malas aku berikan kepadanya.

"Jangan nak buat lawak hambar kat sini. Dah jom! Tadi kata nak belanja aku makan ".

"Bila masa syaiton?". Muka tak puas hati badri jelas terpancar diwajahnya.

KIRIMAN ILAHIWhere stories live. Discover now