-6-

55 6 1
                                    

Penerangan yang sedang berjalan aku perhatikan dengan tekun. Beberapa kakitangan engineer yang lain juga turut melakukan hal yang sama denganku.

Suraya yang berada disamping aku tatap sekilas. Tangan terus mencuit bahunya.

"Ye Dr ati, ada apa-apa ke?." Wajah bingung suraya jelas dimataku.

"Saya lapar dan ngantuk ". Wajah sedih aku berikan kearanya. Suraya terus tersenyum kecil,ditepuk perlahan permukaan tanganku.

Wajah kembali tekun memandang kehadapan semula. Dalam kepala otak,dah sibuk merangka apa yang perlu dimakan semasa lunch hour nanti. Dalam sibuk berangan..nama aku diseru oleh orang atasan.

"Dr.Ati tak kisah kan?". Dalam sesaat,semua anak mata memandang tepat kearahku. Tubir mata yang layu tadi terus segar serta-merta.

Anak mata dilarikan kearah suraya dan akmi disamping. Wajah bingung aku jelas terpacar sekarang ni. Tak boleh nak sorok langsung dah ini!.

"Maaf tuan, saya terleka tadi. Boleh saya tahu...apa tugasan yang perlu saya buat ?". Suara terus diserius sehabis mungkin.

"Saya perlukan pertolongan kamu dan team untuk menolong En Akmi dalam program kita kali ini?."

Kepala terus dianggukkan tanda memahami atas arahan yang diberi. Tangan laju mencatat segala arahan yang bakal diterima sebentar lagi.

"Kemungkinan..kamu kena ke Sabah selama beberapa minggu. Sebab kali ini kita akan adakan banyak tugasan disana." Tangan yang lincah bermain dengan pen tadi terus kejung.

Sabah! Biar betul,bukan semenanjung tu. Mata terus memandang kearah akmi. Akmi yang perasan dengan tanda tanya diwajah aku terus menganggukkan kepalanya.

"Tapi kenapa sabah Encik?." Mata tepat memandang kearah orang atasan aku.

"Kita akan ada kan kerjasama dengan pasukan TLDM yang berpangkalan disana. Jadi setuju atau tidak... Team kamu dan Akmi akan berada disana selama program ini berlangsung. Yang saya boleh beri tempoh adalah selama 3 bulan." Anak mata terus terbeliak mendengar arahan tadi. Jangan dikatakan aku, akmi dan suraya juga terkejut.

KIRIMAN ILAHIWhere stories live. Discover now