Teaser - Kenduri Kak Long

122 10 0
                                    

"Wei, wei… kau nak pergi mana? Sinilah kami nak tengok muka hodoh kau tu. Korang, korang. Tengok ahh… Dia make up wei. Dia ingat dia cantik lah tu.” Anita tarik bahu aku sehingga aku menghadapnya. Rambut panjangku yang menutupi pipi, dia tolak kasar ke belakang. Konon nak tunjuk muka aku yang ditata oleh mak andam itu pada geng dia.

Memang sebelum majlis bermula tadi Kak Eton, mak andam yang diupah kak long solekkan aku sama. Dia cakap kami sekeluarga kenalah cantik-cantik di hari bahagia kak long. Kak Eton siap puji yang aku ni cantik. Cuma tak pandai berhias muka aje. Kak Eton janji nak ajar aku teknik solekan. Aku akui aku memang sukakan solekan. Selama ini aku memang diam-diam bermake-up tapi depan cermin saja. Tak pernah aku bersolek depan orang kecuali hari ini.

“Tebal siot make up dia. Ini kalau aku sepak, berjerebu satu kampung,” sahut seorang lagi perempuan tak guna.
Aku lurut semula rambutku menutupi pipi. Walaupun Kak Eton puji aku cantic, aku masih rasa rendah diri.

“Hei, korang ni kenapa? Jangan nak rosakkan majlis orang!” Kak Eton datang membela aku. Agaknya dia perasan Anita ganggu aku.

“Alah, mana kita orang rosakkan majlis orang. Kita nak tengok muka budak ni je. Hebatlah, boleh hilang rupanya tanda merah dia tu. Tapi tulah, kalau dah hodoh tu hodoh juga. Tutuplah macam mana pun. Semua orang tahu dia tu cacat.” Anita pandang aku dengan sinis. Tangannya bersilang ke dada dengan angkuh. Seperti biasa bibirnya penuh dengan cemuhan.

“Ish! Kamu nilah. Kamu apa tahu? Tanda merah tu yang akan bawa tuah pada Tini tau.” Kak Eton sudah bercekak pinggang. Marah betul dia Anita mengata aku.

“Dahlah kak…” Aku tarik tangan Kak Eton. Aku tak mahu ada kekecohan di hari bahagia kak long ini.

“Kita makan laksa jom?” ajak aku tersengih pada dia. Aku heret Kak Eton menuju ke arah tempat makanan sampingan disediakan.

“Akak geram betullah dengan mulut budak Anita tu. Budak-budak zaman sekarang memang kurang ajar agaknya.” Kak Eton masih membebel sambil cedok kuah laksa ke mangkuk.
Bibir aku terkoyak senyuman kecil. Ini kali pertama orang membela aku terang-terangan begini. Syukurlah masih ada orang baik dalam dunia ini.

Kami kembali duduk di meja. Si Anita dan kawan-kawannya duduk di meja hujung khemah sambil perhatikan aku dengan pandangan sinis.

“Terima kasih bela Tini. Akak tak payahlah gaduh dengan Anita tu. Dia memang suka kacau Tini. Tini pun tak tahu apa yang dia benci sangat dengan Tini.” Aku tunduk menghirup kuah laksa dengan perlahan. Berhati-hati tak mahu gincu yang aku pakai comot jadinya.

“Sebab kamu ni sebenarnya cantik. Itulah yang dia dengki,” ujar Kak Eton memuji aku.

“Cantik apa kak? Betullah kata Anita tu, tutup macam mana pun tanda lahir ni semua orang tahu yang Tini ni hodoh.” Kelat aku rasa laksa yang masuk ke tekak. Terpaksa aku akui kata-kata Anita tadi.

“Kamu ni perlukan confidence. Jangan dengar cakap orang yang dengkikan kamu. Akak tengok kamu macam suka dengan solekan. Kalau kamu nak, akak boleh cadangkan tempat untuk kamu belajar.” Bersungguh Kak Eton berikan cadangan.

“Tak naklah Tini. Mak mesti tak bagi,” tolak aku perlahan. Bukan aku tak mahu, tapi mak pastinya membangkang. Lagi pula dengan wajah aku dengan tanda lahir ini pastilah jadi bahan ketawa orang saja nanti.

“Hurm... ikut kamulah. Akak bagi cadangan je. Kamu dah mohon masuk universiti?” Kak Eton ubah arah perbualan.
Aku angguk. Beberapa bulan ini memang aku buat permohonan dari pelbagai universiti dengan harapan yang aku dapat keluar dari kampung ini.

“Baguslah. Dengan ilmu aje kamu dapat ubah diri kamu.” Kak Eton tepuk bahu memberi semangat.
Bibir aku membentuk senyum nipis. Hakikatnya aku mohon hanya untuk pergi dari sini. Aku dah muak tengok muka-muka orang kampung yang membenci aku. Tengoklah, semua pun tertoleh-toleh pada aku serupa aku buat dosa besar hari ini. Aku cuma bersolek saja. Bukannya aku berb0g3l..

“Datang juga kamu Tariq. Pak cik ingat kamu tak datang tadi.” Aku dengar suara ayah dari arah belakangku.
Toleh ke belakang, anak mataku bertembung dengan anak mata Tariq yang sedang berjabat tangan dengan ayah.

“Singgah kejap je pak cik.” Sopan Tariq membalas. Bibirnya mengukir senyum buat ayah. Anak matanya kembali berlari dari memandang aku.

Aku tunduk kembali. Tiba-tiba pipi rasa panas bila ingatkan yang aku menangis dan mengadu di dada dia tempohari. Sejak dari hari kejadian itu aku belum lagi ucap terima kasih pada dia kerana selamatkan aku dari lemaskan diri.

“Pergi makan. Pak cik tahu kamu ada banyak hal nak buat lagi.”
“Pak cik dah makan?”
“Dah, kenyang dah.”
Dahi aku berkerut hairan saat mencuri dengar perbualan ayah dan Tariq. Sejak bila Tariq rapat dengan ayah?

Aku toleh ke belakang semula. Tapi bayang Tariq sudah tidak kelihatan. Meliar anak mataku mencari susuk dia sebelum ada tubuh yang menghalang. Aku angkat kepala. Abang Aydin sedang tersenyum manis dalam persalinan baju pengantinnya.

“Abang Aydin…” Aku tersenyum kekok.
“Lepas ni, Tini kenalah panggil abang, abang long. Abang kan dah jadi suami kak long…”
Pahit senyuman aku mendengar permintaan dari dia.

#memorikartini #ebook

Ws : 017-3255126

Ws : 017-3255126

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MEMORI KARTINI (EBOOK)Where stories live. Discover now