Hi!
Kamu juga membalas dengan "Hi"
Lalu kita berlangsung secara sedar,
kita lelah, penat, kecewa, hampa, dan lucu.Kamu lebih menghalang aku untuk membuka pagar rumah mu.
Tapi
Aku punyai bungkusan untuk kamu,
mana mungkin aku biarkan saja ianya di luaran rumah mu.
Tidak sekali mungkin.Bungkusan tersebut rapi.
Berat, ianya kelihatan berharga.
Kamu hanya terdiam.
Aku risau kamu akan kehilangannya.Mengerti akan kecewa kamu,
aku juga sama.
Sama merasa disituasi berbeza.
Tahu akan erti ranapnya dunia,
tahu akan rasa rindu yang disia,
tahu akan kecewa yang tak terubat.
Tahu akan mati sebelum Tuhan mencabut nyawa."Nah"
Ambikah bungkusan ini,
senyumlah setiap hari.Kerana tiada yang lebih indah di dunia ini selain melihat kamu terbang dan bahagia bernyawa.