🩹 BAB 8 ❤️‍🩹

17 2 0
                                    

Amir duduk disebelahku didepan tv. Lalu menegur ke arah kedua ibu bapa yang duduk di atas karpet.

Ayah Mak, Amir nak bawa kakak pergi kl tau. Dia dapat kerja. Kata Amir bersungguh dan serius.

Laju Mia memandang adik bongsunya. Kaca televisyen didepan sudah tidak menarik lagi. Kau dah kenapa? Sejak bila aku nak kerja ni??? Tanya Mia dengan dahi mengerut.

Ayah okay je, jaga kakak kamu ni walaupun 27 tahun perangai tak macam 27. Kata Encik Malik memandang anak bongsunya itu. Bukan dia layan pun tv ni, saja duduk bersahaja.

Encik Malik fikir sampai bila nak biar anaknya terperap dan melekat saja dengan mereka. Susah juga kalau dibiarkan, sudahlah aku dah tua.

Haah Amir jaga kakak kamu tu baik-baik. Mak okay je lagipun kakak kamu perlu kenal dunia juga asyik dekat kampung je. Sokong Puan Irah disebelah suaminya itu, dia lebih selesa duduk dibawah berbanding dikerusi.

Umur makin meningkat, jika dibiarkan saja Mia disini. Hidup takkan berubah, lagipun dia takut kalau dia meninggal siapa nak lagi nak beri semangat kepada anaknya ini. Mak mana nak tengok anak dia sendirian saja.

Amir tersenyum puas lagipun dia dapat kerja di Kuala Lumpur sekali gus dia apply kerja untuk kakak dia dibantu oleh kak Dhia. Hahahaha aku kan adik terbaik didunia.

Kau Amir! Mia menjengkil matanya.  Kena pasarah lah ni sebab mak ayah setuju. Yang si gedik ni apply aku kerja apa ntah! Aku duduk kampung pun bukan kacau hidup orang, orang je kacau hidup aku!

Kak jangan risau kerja biasa je, tak main otak sangat. Kata Amir. Kalau kerja ambil bidang kakak dia memang serabut otak lagipun kakak dia mana boleh fikir banyak nanti mental rosak hahaha.

Erhhhhh! Bentak Mia. Mata memandang di kaca tv walaupun fikiran sudah melayang.

Pergilah Mia, kamu duduk sini orang duk mengata kami. Kamu yelah pekakkan saha mereka yang mak dengan ayah yang koyak mental dengar. Kata Puan Irah dengan gaya pening.

Hmmm....jawab Mia redha. Itulah masalah mak dengan ayah jenis kisah buah mulut orang.

Amir yakin kakak dia akan ikut sebab kakak dia dah mereput kat sini 3 tahun kalau stay lagi mesti dah 4 tahun oiii tapi egoo tak nak kejar dunia luar. Kalau tak disebabkan bekas abang ipar tak guna tu tak adalah kakak aku jadi macam ni.



Malam tu Mia sudah pack baju, adik aku memang gila cakap last minute. Semua benda aku tak buat tapi tulah dia bijak, dia buat resume aku, dialah buat cover letter dan sebagainya. Dia dah lama rancang aku je lalai.

Tinggal tangkap gambar passport je siang tadi.

Kerja apa ntah si Amir ni apply aku pun tak tahu. Tak risau lah pergi sebab Kak Lisa aku nak berpantang kat sini tak lama lagi anak kedua.

Mia keluar dari melihat si Amir goyang kaki atas sofa.

Amir esok kau tinggal motor ke? Rumah kau dah urus ke? Tanya ku duduk disebelahnya.

Mestilaaa bawa baby oren aku kak, nanti masukkan baby oren dalam bas haa. Bab rumah jangan risau, kita tinggal duduk je nanti. Kata Amir dia tidak mahu cakap detail.

Okayla, kau biar betul aku dapat kerja? Kau apply cleaner dekat aku ke? Tanya Mia curious.

Kau tak percaya aku kak? Tengoklah nanti, jangan risau kerja kau boekkk punya. Amir menaikkn tumb up.

Pape jelahh dikk, aku nak tidur dulu. Mia sudah bangkit, malas paksa Amir dia juga penat nak paksa. Baik tidur ada juga faedahnya.

Goodnight my lovely sister. Sempat Amir wishes before kakak dia tidur.

Mr. Healing.Where stories live. Discover now