🩹 BAB 5 ❤️‍🩹

23 3 0
                                    

Menangis si mak melihat anaknya keding, sudahlah kurus ni bertambah kering.

Bang anak kita macam mana boleh jadi macam. Teresak Puan Irah.

Sabar kita akan ubatkan anak kita. Ujar Encik Malik sayu apabila dengar cerita kawan anaknya itu. Ayah mana suka tengok anak dia sakit?

Mak....ayah....Mia minta maaf...tskkk....tak dengar cakap mak ayah....menangis sendu Mia.

Dah dah Mia mak ada ni nak...sudah kamu okay jee...kami janji akan sihatkan kamu kembali. Puan Irah menepuk bahu anaknya itu.

Khalisa memandu kereta, setelah diberitahu oleh kawan adiknya iaitu Dhia kemarin.

Katanya Mia dibuat oleh orang sehingga teruk. Baru mereka buka mulut selepas dua bulan berlalu.

Pening kepala Encik Malik. Punca anaknya masih tidak ketahui.

Hahahaha orang tua, biar aku bunuh anak kau perlahan-lahan nak? Dia ni rampas lelaki orang, itulah padahnya. Aku lah yang makan nasi selama ni, sebab tu anak kau kurus. Aku tumpang badan dia. Gelak Mia.

Encik Malik membaca ayat-ayat al-quran.

Panas bodo!!!!! Jerkah Mia. 

Amir pegang kakak kamu! Takut dia buka pintu! Ujar si ayah. Kamu pun Irah pegang Mia sekali.

Lisa cepat bawa kereta kita terus berubat ke rumah tok cik kamu. Ujar si ayah.

Khalisa gelabah lalu menangguk kepala. Mujur dari PJ ke pahang kalau dari kelantan mampus. Tinggal lagi satu jam nak sampai.

Adiknya baru bangun tadi cas bateri sebab letih.

Ayah....Mia minta maaf...tsk....tsk....menangis Mia dia sudah sedar, penat berlawan dengan diri sendiri.

Ayah ada Mia, Mia kuat kan? Ayah tak marah Mia. Mia rehat dan lawan ya. Lembut bicara Encik Malik dengan sebak.

Kita berubat ye Mia? Ayah kamu ada dengan kamu nak. Puan Irah mengelus kepala anaknya lembut.

Hahahaha kau nak rawat anak kau? Anak akan boleh sihat bila dia kahwin sahaja. Gelak Mia terkekek.

Amir disitu terasa nak tampar saja kakaknya. Dia tidak rasa takut langsung, kalau lah aku boleh nampak jin ni memang aku bagi penampar bedas-das.

Mia mengalir airmatanya. Dia sudah silap langkah menerima Azri dan beri gambar kepada Azri.

Ayah sudah pesan dulu jangan beri gambar atau post di social media tapi sikap degil aku....belum lagi pesan ayah jangan bercinta itu...



Arghhhhhhhh!!!!Sakit!!!!!!!! Jerit kuat Mia Qaisara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arghhhhhhhh!!!!Sakit!!!!!!!! Jerit kuat Mia Qaisara. Padahal toksu tu hanya meletak buluh kecil dan tebal diantara jari kakinya saja.

Mr. Healing.Where stories live. Discover now