🩹 BAB 28 ❤️‍🩹

19 3 0
                                    

Faliq baru balik kerja pelik melihat Mia Qaisara diam dan mata sembab.

Kau sakit mata ke? Tegur Faliq. Risau pula tengok mata merah dan sembab dengan pakej selsema.

Hmm selsema sikit, abang jauh-jaih sikit dari saya nanti berjangkit. Tipu Mia padahal kes dia baca diari Faliq. Tak baca habis ada lagi suku. Kalau baca habis mesti kantoi dengan Faliq kang.

Tiba-tiba je, kau dah makan ubat? Tak panas tak sejuk, tak ada angin tak ada ribut Mia ni tiba je selsema. Jap dia panggil aku abang??

Dah makan dah, abang pergilah mandi. Sekejap lagi turun kita makan. Mia mulai bangun dari sofa dalam bilik.

Ehhh tak payah lah, kau rehat je dalam bilik. Nanti aku bawa makanan untuk kau. Faliq capai tuala lalu masuk tandas. Aduhh takleh jadi aku kena lari ni, hati dupdap.

Aduh ni rasa nak touching ni, selsema je pun siap nak bawa makanan. Ya Allah ini ke lelaki kiriman untuk? Terima kasih hadirkan Tengku Faliq Najmi untuku. Tak pernah lagi Mia rasa layanan ikhlas sebegini.


Mana Mia kenapa tak turun? Tanya Puan Farha melihat hanya Faliq saja turun.

Dia selsema mummy, macam nak demam. Mummy bagi dia mandi hujan ke? Faliq pergi ke arah dapur cuci tangan. Kaya kaya pun dia tak suruh mummy bawa air cuci tangan untuknya kecuali untuk daddy.

Hujan pun tak Najmi apanya nak bagi mandi hujan. Mesti dia tak biasa duduk sini kot. Nak deman terkejut. Balas Puan Farha, tadi elok saja. Ada lah tu dia terjumpa diari Faliq buatkan dia menangis. Hehehe tak sengaja mengintai tadi.

Yelah kot. Tak apalah nanti Naj bawa makanan untuk dia. Ujar Faliq duduk didepan Puan Farha.

Kerja macam mana Najmi? Tanya Encik Nizam. Dia sudah lama lepaskan syarikat 100% kepada Faliq. Kini dia hanya fokus dengan amal jariah dan program ilmiah saja.

Okay je daddy. Banyak kerja macam biasalah, ramai syarikat nak kerjasama dengan kita. Ujar Faliq. Faliq memang jarang borak dengan daddy sebab daddy tak melekat rumah lagipun waktu dia jumpa daddy masa ni je atau hari cuti.

Alhamdulillah rezeki. Jawab Tuan Nizam.

Mia turuni tangga dengan senyuman janggal. Dah semua pandang dia lagi-lagi Faliq memandang tajam.

Laa Mia tak sihat naiklah atas, Najmi bawa makanan. Kata Puan Farha.

Itulah kan aku dah cakap tadi, degil betul. Sampuk Faliq.

Apa kau aku ni Faliq kahwin dah berapa bulan cuba saya awak ke. Abang sayang ke. Celah Encik Nizam.

Faliq terdiam.

Mia okay je daddy, lagipun Faliq malu nak sweet sweet depan daddy mummy. Mia sihat je ni, dah okay. Mia basuh tangan lalu duduk disebelah Faliq.

Eh eh dia ni pandai betul cakap. Ngomel Faliq.

Sorry abang, Qaisara nak hidang tadi abang tak kasi. Kata Mia menyenduk nasi.

Uhukkkk! Tersedak Faliq dengan ucapan Mia yang lembut dengan panggilan itu. Ingat dia sesaja je panggil, tak sangka depan daddy mummy dia berani eh panggil.

Mr. Healing.Where stories live. Discover now