Chapter Two

173 28 9
                                    

Chapter Two

BEKAL makanan yang terletak dalam beg dikeluarkan ke atas meja. Aroma makananannya dihidu dengan perut berbunyi. Selamat untuk dia makan tanpa gangguan di ruang kedai gim yang kosong ini. Dengan lafaz bismillah, kuih keria buatan emaknya di makan. Kaki bergoyang kerana gembira perut diisi dengan makanan. Sekelilingnya dipandang dengan tenang.

Qaiminin mengunyah dengan senyuman lebar namun sekejap sahaj tatkala deruman enjir kereta di luar kedai mengaum kuat.

Si gadis buat muka toya.

Siapa punya kereta lagi? Budak kecik tu punyalah. Enjin kereta macam nak runtuhkan bangunan orang sahaja.

Jam tangan dilihat. Awal betul budak kecil tu datang.

Air di dalam botol diteguk banyak. Haus sedikit, nak nak pula panas terik di luar tadi. Nasib baik di dalam gim ada penghawa dingin. Sejuk sedikit suhu badannya. Kadang-kadang badannya tidak boleh terlalu panas kerana cepat jatuh sakit. Tubuhnya agak sensitif terhadap cuaca panas.

Hello, mini mouse.”

Tangan menyelak buku kedai. Pura-pura tak dengar.

Hello, mini mouse.” Gerangan tersebut menyapa sekali lagi.

“Eh, Jason. Ingatkan budak kecil mana tadi.”

Jason ternganga.

Kedengaran gelakan lain disebelah lelaki itu. Si gadis tidak pernah nampak lagi wajah tersebut.

“Eh awak bawak kawan?”

Lelaki itu berdehem kemudian angguk.

“Fahim.”

Qaiminin senyum.

“Hai Fahim. Datang sini untuk gim ke?”

Fahim angguk.

“Ye lah, tak akan tengok zoo pulak kan.”

Berdesing telinga mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut budak kecil di hadapannya. Kini panggilan budak kecil disahkan hanya untuk lelaki yang bernama Jason. Walaupun tubuhnya sasa, tetap nampak kecil di mata si gadis.

“Nak check in? Silakan.”

Fahim mula menyibukkan diri dengan buku di atas kaunter manakala si gadis dengan bekal makanannya yang dikemaskan. Kemudian, pergi ke tandas sekejap untuk mencuci tangan. Balik ke meja semula, budak kecik itu masih tercegat lagi di mejanya.

“Ya, Jason? Boleh saya bantu?”

“Kau tengah makan ke tadi?”

Berkerut dahinya.

Kasar betul ya bahasa dengan orang yang lebih tua daripadanya.

“Haah, saya makan tadi.”

“Nah...”

Lelaki itu meletakkan beg kertas di atas meja kaunter dengan selamba. Tangan mencapai memegang beg kertas tersebut lalu di belek. Walawey! Wajah kacak lelaki itu di pandang dengan ceria dan teruja. Makanan kegemarannya!

Durian crepe.

“Untuk saya?”

Jason angguk dengan riaksi kosong.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 13, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Attraction Of A Car RacerWhere stories live. Discover now