Chapter One

396 48 11
                                    

***Bab ni saya dah siap lama dah, dari tahun lepas tapi saya tak ada masa nak edit. Jadi tatabahasa memang teruk. Maaf sangat-sangat sebab buat korang tunggu terlalu lama like one year and a few months maybe. Before you guys get confuse, saya tak tahu macam mana operations of gym so saya hentam aje sebab tak pernah pergi gym. Jangan gelak tau.***

This story is so cringe and cliche.

Chapter One

HOODIE berwarna hitam itu aku capai lalu disarung ke tubuh badan. Pakaian pada hari ini lebih baik daripada yang sebelum kerana orang tidak tahu siapa disebalik hoodie tersebut jika bersiar-siar.

"Mak! Ayah! Mel pergi dulu," jeritku sambil berlari anak mendekati pintu rumah. Tak sempat aku mahu mengambil basikal di bawah rumah, mak terlebih dahulu memanggil namaku.

"Qaiminin Camellia!" Jam ditangan aku tilik.

Dah lambat.

Habislah..

"Ya, mak?" Mak menghulurkan beg kertas berwarna coklat ke arahku.

"Makan nanti. Jaga kesihatan. Mak tak nak awak pengsan lagi." Aku menyambut huluran dengan tergesa-gesa.

"Love you, mom."

Baru sahaja menapak beberapa langkah untuk pergi aku pusing seratus lapan puluh darjah. Aku mendekati mak semula lalu melabuhkan ciuman pada pipinya. Terlupa pula akan perkara tersebut. Langkahku terus berdesup laju mengambil basikal dan mengayuh ke tempat ayahku binakan untuk diriku iaitu gym. Setelah dua puluh minit berlalu, akhirnya sampai ke destinasi yang dimaksudkan.

Sudah ramai yang berkumpul dihadapan gym besar itu. Basikal aku tongkatkan agar tidak terjatuh. Segugus kunci di dalam beg, aku keluarkan lalu mendekati pintu gym.

"Maaf lambat. Saya ada hal." Aku memohon maaf. Kesian mereka perlu jemurkan diri di tempat yang tiada atap.

"Perkara kecil aje tu. Lagipun kami baru sahaja sampai." Kak Nina tolong menjawabkan bagi pihak mereka.

Kak Nina telah menjadi jiran rumah kami selama lima tahun. Dia seorang yang sangat baik dan pemurah. Dia juga sering menghantar makanan ke rumah kami dan rumah yang lain. Rumahnya terletak selang dua rumah dari rumahku. Dia muda dua tahun daripadaku dan sama umur dengan abang.

"Sila menggunakan peralatan dengan baik," pesanku mesra.

Setiap kali pelanggan mahu bersenam di gym ini aku pasti mengingatkan mereka agar menjaga peralatan. Gim yang besar lagi cantik ini ayah yang binakan kerana aku mahu membuat bisnes secara kecil-kecilan.

Ayah memperoleh duit yang banyak di dalam banknya kerana peruntukan bisnesnya cecah lima juta. Ayah mempunyai syarikat getah di bandar dan syarikat ayah terkenal di seluruh kawasan kampungku yang luas.

Sibuk menulis catatan tidak sedar masuk seorang pelanggan, terasa sekelilingnya menjadi gelap seperti mempunyai aura gelap yang menyelubungi dirinya tetapi tidak pula mahu mengakat kepala untuk periksa.

Aku menggeleng perlahan, mungkin hayalan sahaja.

"Excuse me." Suara garau itu menegur. Aku mendongak dan terasa seakan segalanya terhenti.

Siapakah lelaki yang kacak di hadapannya ini? Matanya berwarna hazel itu aku tilik sebentar. Mata yang menawan itu aku periksa jika dia memakai contact lens ataupun tidak namun warnanya nampak asli. Badannya pula tegap dan sasa seperti ahli bina badan.

"Pervert."

Terbuntang mataku saat dia menuduhku merenungnya. Terasa  dirinya dicabar.

"Why are you staring at me like that, lady?" Tersentak lamunanku. Aku pandang dia semula berserta senyuman ringkas.

The Attraction Of A Car RacerWhere stories live. Discover now