SERAUT wajah tampan itu aku pandang dengan senyuman sinis buatnya. Serba salah dia mahu memandang diriku yang tidak teratur atau lebih tepat seperti orang tak betul. Bajuku tercalit dengan lumpur yang kotor manakala seluarku dibahagian lutut terkoyak akibat jatuh daripada pokok.
A mess.
“Jangan pandang saya macam tu,” larangku tegas. Tidak selesa jika dipandang begitu lama.
“Kenapa tak bagitahu aku yang kau nak keluar?” Dia mengerling sekilas koyakan dibahagian lututku. Tidak menjawab soalanku malah dia balas dengan soalan.
“Saya nampak awak sibuk...” Aku berjalan sambil terhinjut-hinjut mendekati kerusi panjang yang ayah buat dibelakang rumah. Dia turut melakukan perkara yang sama.
“Dan sila hormat saya, saya lebih tua daripada awak.” sambungku.
Dia ketawa kecil seperti apa yang baru sahaja dia dengar itu tak masuk akal.
Ada aku buat lawak ke?
Sampai sahaja di kerusi panjang, aku melabuhkan punggung dengan berhati-hati kerana tidak mahu luka di lutut semakin ternganga.
Luka di lutut aku perhatikan dan tidak terlalu teruk kerana hanya terkoyak lima sentimeter sahaja. Tatkala aku mahu memeriksa luka, tangannya lebih tangkas menahan lenganku yang berlapik dengan baju hoodie. Mata hazel yang menawan itu bertemu dengan mata coklat pekat milikku.
“Let me take first aid.”
Tidak sempat menghalang, dia terlebih dahulu melesap masuk ke dalam rumah. Suka membuat keputusan tanpa mendengar pihak suara daripadaku. Semestinya mak akan membantu budak tu. Tidak sampai seminit, kelibatnya muncul semula.
“Tegakkan kaki,” arahnya sambil membuka kotak first aid yang diletakkan di atas kerusi. Dia mengeluarkan povidone iodin, kapas, bandage dan kain kasa.
Terkejut aku apabila dia mula menyentuh seluarku dan melihatnya berura-ura mahu mengoyakkan seluar di paras lutut, aku terlebih dahulu menepuk dahinya kuat.
“Aduh!”
Badannya terjatuh kebelakang kerana tidak menduga dengan tindakanku dan tidak dapat mengawal berat badannya. Ia berlaku dengan pantas kerana tindakan refleks dariku.
“Don't touch me you kiddo!” marahku. Tidak sangka kerana kalau seluar tu terkoyak, habis auratnya akan terdedah pada seorang ajnabi.
“I'm not kid and I'm a grown up man, mini.” Aku tersenyum sinis.
Aku tahu dia paling tidak suka kalau dipanggil budak kecil, tak matang, belum dewasa dan seangkatan dengannya. Disebabkan itu, aku gemar buli atau lebih tepat menyakat dia kerana dia mudah memberi reaksi yang comel.
“Dalam mata saya, awak hanya budak tak matang,”
Tetapi tidak tahu pula dia boleh menjadi segarang ini dan agak... attractive.
Dapat dilihat rahangnya bergerak dan mengetap kuat sehingga timbul urat hijau dilehernya. Mata helangnya tajam merenungku.
Dia sedang menahan marah.
Ops!
Akan datang.
16 NOVEMBER 2020
How the teaser?
Comment 'yes' for chapter one.
YOU ARE READING
The Attraction Of A Car Racer
Romansa❦ 𝐓𝐡𝐞 𝐫𝐚𝐜𝐞𝐫 𝐚𝐧𝐝 𝐞𝐱𝐭𝐫𝐚𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐫𝐲 𝐠𝐢𝐫𝐥 ❦ Distraction and attraction. Qaiminin Camellia tidak pernah dalam hidupnya bertemu lelaki yang mempunyai seraut wajah tampan yang kelihatan seperti anak kacuk kerana dia tahu tidak ada...