Masih ingat Datuk Din? Seorang lelaki pertengahan usia yang tertarik dengan Anis sewaktu perjumpaan mereka di sebuah kelab malam.
Di belakang pengetahuan teman lelakinya, Anis sudah beberapa kali bertemu dengan Datuk Din. Namun sudah beberapa kali Anis mengingatkan dia bahawa ianya hanya atas urusan pekerjaan, bukan peribadi. Datuk Din menghormati keputusan Anis dan bersetuju.
Anis kini merupakan model sambilan bagi salah sebuah butik pakaian yang berada di bawah naungan Datuk Din. Sesekali dia mendapat pelawaan eksklusif daripada Datuk untuk meragakan pakaian-pakaian terkininya. Bayarannya yang agak berbaloi membuatkan Anis sukar menolak pelawaan tersebut. Malah ada ketika juga, Anis menerima pakaian-pakaian tersebut secara percuma.
Kebiasaannya, Anis bergerak terus dari tempat kerjanya ke lokasi studio selepas tamat waktu kerja. Tetapi hari ini, dia mendapat mesej daripada pekerja Datuk untuk ke lokasi yang berbeza. Mungkin pihak crew menyewa studio yang lain fikir Anis.
Setelah beberapa jam perjalanan, Anis tiba di lokasi tersebut. Agak jauh juga. Setibanya di sana, Anis terkejut kerana Datuk Din juga hadir sekali. Kebiasaanya, hanya pekerjanya sahaja yang ada, cameraman, make up artist, art director dan beberapa orang staff lain. Tersedar akan kehadiran Anis, Datuk Din mula datang mendekati.
"Glad you can make it dear. Lama saya tak jumpa Anis. So sengaja saya datang hari ini. Kebetulan saya pun free", kata Datuk Din memulakan perbualan.
"Ada sesuatu yang special ke hari ini sampai Datuk muncul hari ini?", Soal Anis.
"Nothing. Just want to meet you", balas Datuk sambil tersenyum. Anis membalas senyuman tersebut. Dia menganggap Datuk Din tidak lagi asing baginya tetapi tidak lebih daripada hubungan seorang pekerja dan majikannya.
"Okay Datuk. Saya nak jumpa staff shooting sekejap. Terima kasih kerana memberi peluang saya bekerja dengan syarikat Datuk", kata Anis lalu bergerak menuju ke staff.
Datuk Din tersenyum dari jauh, memerhatikan Anis dari belakang. Sejak Anis menjadi model bagi syarikat pakaiannya, perniagaannya semakin maju. Mereka boleh dikatakan semakin rapat. Namun begitu, Anis sudah mengingatkan banyak kali bahawa dia tidak akan curang pada teman lelakinya. Datuk Din akur namun dia suka melihat Anis. Jadi dia menyimpan Anis supaya dekat dengan dirinya.
Pada mulanya pakaian yang diperagakan oleh Anis seperti biasa. Baju kurung, baju kebaya dan lain-lain. Pakaian perempuan tradisional kaum Melayu. Tudung kepala tidak dilupakan. Anis memperagakan kesemuanya dengan baik dan Datuk Din berpuas hati.