Chapter 3: Betrayal

5 2 0
                                    

Alfath termenung memandang siling biliknya memikirkan situasi yang dilihatnya di universiti pagi tadi.

Pagi tadi

" Astagfirullahaladzim.. " ucap Alfath melihat Aisyah yang menengking Syahira. Entah apa masalah Aisyah itu, tidak mungkin hanya kerana cinta dia ingin berbuat demikian. Biarpun dia menyatakan perasaannya kepada Alfath, tetap saja Alfath tidak akan membalas perasaannya. Alfath pun menuju ke library untuk bertemu dengan Darra. Namun, sesampainya Alfath di library, dia melihat Darra bersama seseorang dan orang tersebut amat dikenalinya. Dekat sekali mereka berdua, ya sangat dekat ingin sahaja Alfath meletup di situ namun ianya tempat awam, jadi dia bersabar saja. " Haii Darra, Gabrian. " Sapa Alfath. " Eh, Fath, eh korang kena eh? " Tanya Gabrian kepada Alfath. " Kenal, dia lah yang selalu teman saya pergi sini, Gab. " Jawab Darra.

Gabrian POV:

" Aku tahu diorang rapat, aku tahu diorang dah lama kenal. Tapi, maaf Fath aku terpaksa tikam belakang kau, aku akan dapatkan orang yang aku suka walaupun aku terpaksa berdarah sekalipun. Lagipun, korang berdua tak akan menyatu tanpa izin Tuhan. "

" Sejuk lah sini, korang tak sejuk ke? " Tanya Darra. Dengan spontan Gabrian dan Alfath membuka jaket mereka dan ingin memberikannya kepada Darra. " E-ehh. " Darra terkejut melihat tindakkan mereka berdua, dia mengambil jaket Gabrian lalu berkata " Thank you Gab, saya tahu awak sejuk Alfath, macam saya tak tahu awak demam, pakailah jaket tu haha. " Ucap Darra. Gabrian tersenyum lalu melihat Alfath. Alfath berasa sakit hati namun dia diamkan sahaja, rasa hatinya ingin sahaja lari dari situ tapi tak mengapalah lagipun dia dengan Darra tiada apa apa, mengapa dia harus cemburu?

BOOOMMM!!!

Alfath tersedar dari lamunan nya setelah mendengar bunyi dentaman di luar rumah. Dia ingin keluar tapi tak berani, seram. Tambahan pula, dia sendirian di rumah, Gabrian dan Putra pergi kerja dan balik esok pagi. Dia selubungkan badannya dengan selimut dan mencuba untuk tidak membuka matanya, dia tertidur sehingga dia mendengar telefonnya berbunyi, rupanya panggilan daripada Aisyah. Apa perempuan ni nak malam malam? Kacau orang nak tidur je.

Call

Alfath: Assalamualaikum?
Aisyah: Waalaikumsalam, Alfath! Buka pintu rumah awak boleh tak? Saya ada dekat luar.
Alfath: Hah? Apa kau buat pukul 12 tengah malam dekat luar rumah aku? Takde kerja kah?
Aisyah: Tadi saya keluar dengan kawan, tapi duit saya tak cukup nak order Grab jadi saya terpaksa jalan kaki, saya kena kejar seseorang masa dekat jalan perumahan awak.
Alfath: Astagfirullahaladzim, Aisyah! Kau buat apa lah keluar malam malam, tapi masalahnya aku seorang kat rumah, mana boleh bukan mahram duduk sama sama.
Aisyah: Please, malam ni je esok saya balik lah.
Alfath: Hmm okay lah.

End call

Aisyah POV:

" Yes! Plan berjalan lancar. So, esok kalau diorang balik nampak aku ada mesti lah Putra terkejut lepas tu salah sangka, Gabrian cerita dekat Darra lepas tu diorang distance!! Bijak juga aku ni. " Aisyah tersenyum.

Gabrian menuju ke pintu masuk rumahnya dan membuka pintu, Aisyah masuk tanpa rasa malu. Mereka berdua berborak dan sampai masa untuk tidur, Aisyah tidur di ruang tamu.

Esok pagi

Iqbaal dan Gabrian baru sahaja sampai di rumah lalu memberi salam, " Assalamualaikum. " Ucap Putra. " Waalaikumsalam. " Jawab satu suara perempuan dari dalam. Kedua dua mereka terkejut lalu masuk ke dalam rumah. Mereka bertambah terkejut apabila melihat Aisyah berada di dalam rumah. Kalau Aisyah dalam rumah, Alfath seorang je semalam, diorang berdua je lah? Apa diorang buat? Diorang ada apa apa hubungan ke? Macam macam pertanyaan yang muncul di otak kedua dua rakan Alfath pada waktu itu. Sudahlah si Aisyah dengan selambanya pakai tudung tidak ada pin, nampak rambut dan lehernya. Alfath berjalan keluar dari biliknya dalam keadaan lalai kerana masih mengantuk, Iqbaal menolak Alfath masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintu bilik Alfath. " Astagfirullahaladzim, Fath kenapa kau bawa Aisyah masuk rumah kita???!!! Dahlah bukan mahram, kau tahu kan hukum-. " Belum sempat dia habiskan ayatnya Alfath menjawab. " Dia dalam bahaya semalam lagipun aku tak nak suruh dia masuk tapi dia yang nak masuk sangat, takkan aku nak suruh dia kat luar, makin bahaya lah. " Jawab Alfath sambil menguap. " Huh, okaylah. Korang ada buat sesuatu tak semalam? Risau aku. " Tanya Iqbaal. " Gila kau, tak ada lah, takde nya aku nak buat maksiat. Astagfirullahaladzim. " Jawab Alfath. " Mana tahu. " Kata Iqbaal lalu keluar. Walaupun dia masih bengang tapi dia tahu Alfath dipaksa, masalah betul lah Aisyah ni.

Selepas kejadian itu, Alfath mencuba untuk menghubungi Darra namun, dia tidak pernah jawab message atau call Alfath. Tapi, Alfath berfikiran positif sajalah mana tahu dia sibuk.

Di university

Namun, fikiran Alfath berubah selepas melihat Gabrian dan Darra masih bersama dan kelihatan seperti Darra tidak sibuk namun masih sahaja panggilan dan message nya tidak dijawab. Dia pun lalu pergi ke arah Darra ingin bertanya khabarnya. "
Hai Darra, lama awak tak chat, awak apa khabar? " Tanya Alfath. " Sihat. Sorry, lama tak chat sebab Gabrian cakap Aisyah tak suka saya dengan awak, korang couple kan? Takut lah nanti dia fikir lain, awak jagalah hati girlfriend awak dulu. " Terkejut Alfath mendengar alasan Darra. Dia? Couple dengan Aisyah? Apa yang Gabrian tu beritahu dekat Darra? Gila, tak boleh dibiarkan. " Sejak bila saya couple dengan Aisyah? " Jawab Alfath. " Bro, kau tak pernah berubah, mengaku je lah yang kau couple dengan Aisyah. Korang selalu gaduh sejak Darra ada. " Sahut Gabrian spontan. Tanpa teragak agak Alfath memukul Gabrian. " Tak, masalah kau apa sebenarnya dengan aku Gab? Aku lama sabar dengan kau tahu, sejak dulu lagi dengan perangai engkau macam ni, kalau aku tak fikir bapa kau tampung rumah dan transportation aku memang aku dah kerjakan kau sampai mati! Kau fikir aku tak makan hati ke dengan kau?! Kau nak tuduh aku couple dengan Aisyah? Cakap lah kau dengki aku rapat dengan Darra!! " Tengking Alfath. " Andaikan aku tak tuduh kau, tak dengki, tak kacau friendship korang. KORANG TETAP TAK AKAN MENYATU! Kau ingat aku tak tahu kau suka Darra? Hah? Sedar diri, Fath, KORANG BEDA AGAMA. Faham? " Alfath terdiam lalu memukul Gabrian lagi.

Tiba-tiba..

Cinta yang tiada restuWhere stories live. Discover now