Chapter 4: Semuanya terbongkar.

6 2 0
                                    

" Eh, aku kat mana ni? " Alfath bicara sendiri. Dia dikelilingi dengan langsir putih yang seakan ditutup. Dia melihat ke tepinya, terlihat hos yang disambungkan pada tangannya. Pedih, sangat pedih rasa tangannya, apabila ditinjau sekali lagi dia baru sedar bahawa dia berada di hospital....

Sebulan berlalu selepas pergaduhan Alfath dan Gabrian, mereka berdua digantung oleh pihak universiti selama seminggu kerana membuat kecoh di sana. Balik sahaja Alfath ke rumah, dia mengemas barangnya dan mencapai kunci motorbike miliknya. Dia baru sahaja beli motor tersebut minggu lepas setelah mendapat gajinya. Oleh sebab tidak mahu memakai kereta milik keluarga Gabrian lagi, dia memutuskan untuk membeli motorbike.

 Oleh sebab tidak mahu memakai kereta milik keluarga Gabrian lagi, dia memutuskan untuk membeli motorbike

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia tanpa hala tuju, memecut untuk ke jambatan berdekatan. Dia memutuskan untuk melihat suasana malam di jambatan itu. Kata orang, sesuai untuk healing. Setersunya, dia bercadang ingin check in hotel menggunakan duit belanja daripada abinya dan lebihan duit gajinya.

Beberapa minit kemudian di jambatan

Alfath turun dari motorbike untuk ke arah tepi jambatan, motor diparkirkan dengan cermat. Beberapa minit kemudian, terdapat sebuah motorbike parkir di tepi Alfath. " Jadi, awak dekat sini rupanya. Penat saya cari. " Tegur suara tersebut. Alfath seakan kenal suara tersebut, ya.. lembut dan ayu. Dia menoleh dan melihat Darra di belakangnya. " Lari rumah? Atau healing sahaja? Tak ajak. " Kata Darra lagi.

" Sudah masanya saya keluar dari rumah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Sudah masanya saya keluar dari rumah itu. Tiada siapa lagi yang saya akan percaya. " Ujar Alfath kepada Darra. " Ke mana? Rumah kekasih hati? Atau bermalam tepi jalan? Mari ikut saya. " Darra menaiki motorbike miliknya dan memakai semula helmet. Alfath ikutkan saja. Namun, tanpa mereka sedar ada seseorang dari jauh memerhati dan menangkap gambar mereka.

" Siaplah kau, Alfath. "

Alfath mengikuti Darra dari belakang. Dia kebingungan ingin ke mana. Namun, dia juga seronok kerana dapat ride bersama dengan Darra. Luar dari jangkaannya tentang Darra yang pandai menunggang motorbike, selama ini dia hanya melihat luaran gadis tersebut yang lembut.

 Luar dari jangkaannya tentang Darra yang pandai menunggang motorbike, selama ini dia hanya melihat luaran gadis tersebut yang lembut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiba tiba.. BOOM!!! Berlaku kemalangan..

??? POV:

" A-apa aku dah buat ni? Aisyah!! Apa kau dah buat ni?? D-diorang mati ke?? Macam mana ni. Arghhh! Aku lari sajalah!!! Yang penting diorang tak boleh bahagia!!! "

" Oh!! Kau dah bangun kah, Alfath? Baguslah. Lama kau dah koma. Ingat aku tak? " Tanya Iqbaal. " Tak. " Jawab Alfath ingin mengusik. " Aku ni, Iqbaal. Teman lelaki kau-. " Belum sempat Putra jawab dia ditengking Alfath. " WOI WOI AKU INGAT KAU, JANGAN MACAM MACAM. " Iqbaal ketawa terbahak bahak, dia tahu Alfath sengaja mengusiknya, tiada pula doktor beritahu kepadanya bahawa Alfath hilang ingatan. " Darra.. mana? " Tanya Alfath. " Kamu asyik Darra, Darra, Darra!! " Dia ditengking satu suara, ya suara abi nya. " Sudahlah tu, bang. Dia baru sahaja sedar. " Ibu Alfath cuba menenangkan suasana. Abinya hanya bisa mendengus lalu mengeluh. " Abi? Sejak bila sampai, Alfath duduk tegak. " Sebulan yang lalu selepas Iqbaal telefon abi. Kamu okay? " Tanya abinya. Dia terkejut dengar soalan itu, tidak pernah lagi abi dia bertanyakan soalan itu. Serisau itukah abi dia kepadanya? " O-okay saja. Cuma pening. Jadi, saya koma sebulan..? " Tanya Alfath. " Ya, kau hampir sahaja mati. Kau ingat apa apa tak, Fath? " Tanya Iqbaal. " Tak, aku ingat kali terakhir aku dan Darra ride sama sama sahaja. " Jawab Alfath. " Astagfirullahaladzim, bahayanya.. Sayang, lain kali hati hati.. " Jawab ibunya. " Siapa Darra? " Tanya abinya pula. " Kawan saya. " Jawab Alfath ringkas. " Darra yang ada dekat wad ICU tu, pakcik. " Jawab Iqbaal pula. Mendengar jawapan Iqbaal itu, Alfath terlopong lalu bertanya " ICU? Teruk kah dia cedera? " Nada nya kedengaran risau. " Ya, doktor kata otaknya tidak berfungsi. Namun, pelik kerana selalunya jika situasi begitu pasti mangsa sudah meninggal. Tambahan pula, Darra penghidap penyakit jantung. Kesian nya dia, ibu dan ayahnya sudah lama meninggal. " Terang Iqbaal kepada Alfath. " Sekarang, siapa yang selalu lawatnya? " Tanya Alfath lagi. " Tiada, ibu tengok tiada orang yang lawatnya. Kesian sungguh gadis itu, ibu sesekali jenguk dia di sana, tangan dia sesekali bergerak namun matanya tidak terbuka. Kesian sekali. " Beritahu ibunya, air mata beliau menitis sedikit apabila mengingatkan nasib gadis yang malang itu. Abi Alfath juga turut bersedih. Beliau tahu anaknya, Alfath mencintai Darra. Niatnya ingin marah namun telah dinasihati isteri nya agar tidak marah. Dia juga berasa kesian akan perasaan anaknya. Sama seperti dia dahulu. Isterinya juga seorang mualaf, mereka kahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga isterinya. Kerana itulah Alfath tidak pernah bertemu atuk dan nenek sebelah ibunya. Oleh sebab tidak mahu perkara tersebut jadi kepada cucunya, dia melarang Alfath berkahwin dengan orang yang tidak seagama. " Fath, aku nak kau maafkan arwah Gabrian ya. " Kata Iqbaal secara tiba tiba. " Apa? Arwah? Gab dah meninggal? Tapi, bila? " Tanya Alfath yang terkejut. " Seminggu selepas kau dan Darra kemalangan, Aisyah pergi ke balai polis serah diri, dia rasa sangat bersalah akan tindakkannya, rupanya selama ini Gabrian bersubahat dengan Aisyah kerana dia mencintai Darra. Oleh sebab tindakkan Aisyah yang serah diri tersebut, Gabrian turut ditahan. Namun, belum sempat dia ditahan polis, dia telah membunuh diri dengan terjun dari bangunan sebelah tempat kerjanya. Aku terkejut mendengar khabar tersebut. Aku harap kau boleh maafkan dia. " Terang si Iqbaal lagi. Alfath hanya terdiam sejenak dan menangis. Andai sahaja dia tidak bergaduh dengan Gabrian pada waktu itu pasti semua ini tidak akan terjadi. Namun, ini semua takdir dan pasti ada hikmahnya. Dia mengangguk dan tersenyum tanda sudah memaafkan Gabrian. Aisyah, dia tidak sangka Aisyah sanggup melakukan semua itu untuk mendapatkannya, sekarang rasa bencinya terhadap Aisyah semakin membuak. Disebabkan oleh Aisyah, nyawa Darra dalam bahaya. TUMM! TUMM! TUMM! Bunyi tapak kaki kedengaran di luar wad Alfath. " PESAKIT DI BILIK ICU SEDANG NAZAK!! PANGGILKAN DOKTOR SEGERA!! " Jerit salah seorang jururawat hospital. Mereka semua terkejut mendengar ayat tersebut. Tak mungkin, Darra...?

Cinta yang tiada restuWhere stories live. Discover now