Chapter 5: memori menjadi ubat

3 2 0
                                    

" tidak semua kisah cinta berakhir dengan bahagia, ianya juga bisa berakhir dengan air mata yang tidak semua orang inginkan. Namun, semuanya bukanlah pengakhiran sebuah perasaan yang sudah terpendam. Mungkin untuk kali ini aku tidak bisa menjadi miliknya namun di kehidupan seterusnya aku berdoa agar kamu bisa menjadi milikku " -Bertha Darra Grazinia.

 Mungkin untuk kali ini aku tidak bisa menjadi miliknya namun di kehidupan seterusnya aku berdoa agar kamu bisa menjadi milikku " -Bertha Darra Grazinia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alfath tersedar dari pengsannya. " DARRA!! " Nama pertama yang keluar dari mulut Alfath, nama wanita yang dicintai setelah ibunya. Namun, dia tahu setelah ini tiada lagi suara tersebut memanggil namanya dan menyapanya.

Flashback di wad ICU Darra.

Oksigen milik Darra secara tiba tiba drop secara mendadak, keadaan Darra sekarang semakin teruk. Doktor yang dipanggil oleh nurse tadi pun sampai di bilik tersebut, di belakang terdapat juga Alfath dan keluarganya yang hanya dapat melihat dari bahagian luar. Mereka melihat setiap perkara yang dilakukan oleh doktor dan nurse yang berada di dalam bilik tersebut untuk menyelamatkan Darra. Di situ juga Alfath berasa resah dan jantungnya berdegup laju. Dia tahu Darra sedang berada di puncak dan hanya mampu berharap kepada Tuhan. Namun, dia belum siap kehilangan Darra yang menjadi rakannya dan juga yang dicintai olehnya. Di saat garis di screen menunjukkan garis lurus, Alfath jatuh pengsan. Melihat situasi tersebut ibu dan abi nya dengan pantas memanggil nurse diikuti oleh Putra yang menolak kerusi roda Alfath.

Flashback tamat

Beberapa hari setelah meninggalnya Darra, keluarga terdekatnya datang untuk melakukan pengesahan mayat Darra. Setelah itu, mereka pulang untuk menyediakan persiapan majlis pengebumian Darra. Alfath juga turut menghadiri majlis tersebut namun pada hari Darra dikebumikan sebaik sahaja dia keluar dari hospital. Selepas balik dari kawasan perkuburan, makcik Darra menyapa Alfath lalu memberikan dia surat yang dikatakan daripada Darra.

" Kehadapan Muhammad Alfath Putra,

Sekiranya awak membaca surat ini, ini ialah surat terakhir daripada saya. Dan mungkin juga tulisan terakhir yang tidak akan pernah awak lihat lagi. Sejak hari pertama kita bertemu, saya rasa saya sudah pun menyukai awak namun sebaik sahaja mendengar nama penuh awak, saya terus mencuba untuk membuang perasaan tersebut. Rupanya awak dan saya tidak sama agama. Menjadi teman awak sahaja saya sudah bersyukur. Terima kasih atas segala kebaikan yang awak buat pada saya. Saya tahu, tidak semua kisah cinta berakhir dengan bahagia, ianya juga bisa berakhir dengan air mata yang tidak semua orang inginkan. Namun, semuanya bukanlah pengakhiran sebuah perasaan yang sudah terpendam. Mungkin untuk kali ini aku tidak bisa menjadi miliknya namun di kehidupan seterusnya aku berdoa agar kamu bisa menjadi milikku " -Bertha Darra Grazinia.

Air mata Alfath mengalir dengan laju secara tiba tiba. Dia tidak percaya selama ini Darra juga menaruh perasaan terhadapnya. Tapi, apakan daya jika sudah tidak bisa menyatu itu maka tidak bisa. Dia mencuba untuk menerima pemergian Darra walaupun hatinya berkata tidak bisa.

Alfath POV:

" terima kasih Darra kerana telah hadir dalam hidupku walau hanya seketika. Belum sempat aku memberi kasih sayang kepadamu sebagai seorang pasangan. Namun, jika perkara tersebut terjadi ianya tetap larangan agama kita. Andai sahaja engkau berada di sampingku saat ini pasti akan kau ketawa melihat keadaanku. Seorang lelaki yang kau kenali sebagai lelaki yang kuat dan sentiasa ceria kini telah kehilangan seorang puteri yang ingin dia lindungi dari jauh. Bahagialah engkau di Sana, temuilah putera yang tertulis untuk kau. Di kehidupan seterusnya akan ku pastikan engkau menjadi milikku. "

- Tamat -

Cinta yang tiada restuWhere stories live. Discover now