Chapter 1: Kehadiran yang tidak diundang

12 2 0
                                    

Selepas Zohor;

" Alhamdulilah selesai juga Solat. Lepas ni nak kena masuk kelas, harap tak jem jalan. " Kata Alfath berbicara sendiri. Dia menuju ke pintu keluar masjid menuju ke keretanya untuk bertolak ke universiti. Kring!! Bunyi notifikasi telefon nya.

" Assalamualaikum wbt, hari ini kelas ditunda kerana saya ada hal penting yang perlu diselesaikan, namun saya ada meninggalkan assignment untuk kalian, sebentar lagi saya akan send di group WhatsApp ini. Sila siapkan dan hantar sebelum cuti sem akan datang. " -Prof Dayang Mariam

" Lah tunda ke? Takpe lah aku balik rumah je kalau macam ni. Hmm tapi boring lah kat rumah, Iqbaal dengan Gabrian ada kelas. Aku pergi je lah uni tapi lepak dekat library, seriau duduk rumah sendiri dah lah terpencil, tepi kubur. Astagfirullahaladzim. " Kata Alfath sambil mengucap.

Intro

Aku Alfath, Muhammad Alfath Putra. Aku lahir dekat Sabah, anak tengah. Kalau anak tengah mesti dah tahu kan macam mana. Berdikari lebih sikit lah, mama dengan abi jaga kebajikan abang dengan adik je, biasalah anak tengah sering dilupakan. Alamak adu nasib pula haha. Aku dari kecil lagi disuap dengan ilmu agama yang tinggi oleh abi tapi aku selalu buat hal masa sekolah menengah, merokok? Pernah lah sekali sampai abi datang jumpa cikgu disiplin. Sekali je lepas tu taubat dah, maklum hanya mencuba. Tapi, aku tak pernah ada girlfriend haa kau hebat kan? Hahaha. Orang zaman aku dulu sibuk nak berawek bagai aku duk having fun dengan life remaja, buat hal sana sini tapi sekali je la, buat hal, buat hal juga belajar memang tak tinggal. Alhamdulilah spm dapat lah 8A+ 1A-. A- aku Pendidikan Islam. Balik je rumah ingatkan abi nak puji, kena marah sebab Pendidikan Islam A-. Hadeh apalah nasib. Aku diterima di University Malaya dan aku jumpa dua orang sahabat aku, housemates lah bukan coursemates. Iqbaal Yusuf asal Selangor dan Gabrian Giovani asal Sarawak. Aku ambil course perubatan, Iqbaal ambil course law dan Gabrian ambil course arts.

Di library;

Sampai sahaja di library, Alfath mencari buku untuk buat research untuk assignment yang diberi oleh Prof Dayana tadi. Semasa dia sedang mencari buku dia melihat seorang pelajar perempuan mencuba untuk mencapai buku di rak atas namun tidak sampai. Dia dengan baik hati membantu pelajar tersebut.

 Dia dengan baik hati membantu pelajar tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Eh- terima kasih. " ucap pelajar tersebut. Alfath senyum dan mengangguk. Mereka berdua menuju ke meja yang sama. Beberapa jam berlalu, Alfath telah habis membuat research. " Pelajar medic ya? " tanya pelajar yang dibantunya tadi. " Oh, haah, kalau awak? " balas Alfath dengan pertanyaan. " Account. " balasnya pendek. " Oh, nama awak siapa? " tanya Alfath supaya tidak terlihat agak kekok. " Bertha Darra Grazinia. Panggil saja Darra Kalau awak? " tanya Darra kembali. " MasyaAllah sedap nya nama. Nama saya Muhammad Alfath Putra. Panggil Alfath. " Jawab Alfath. " Oh, nice to meet you Alfath, thanks, nama awak pun sedap. Anyways, nak bertukar nombor? Mana lah tahu ada perlukan apa apa. " Sahut Darra. " Boleh juga, saya pun nak belajar sikit pasal account. " Mereka berdua pun bertukar nombor.

21:20 p.m di rumah selepas Isyak.

" Darra, nama cantik, orang pun cantik. Tapi, sayang ya berbeza agama. Ya Allah, jauhkan lah perasaan cinta ini daripada dia, tidakku sanggup menduakan diriMu kerana cinta. " Lamun Alfath sendiri. Abi dia sudah pesan kalau boleh cari wanita yang berniqab. Namun, sukar untuk jumpa wanita yang sesempurna itu, ada juga diantara kawan perempuannya yang berniqab namun, indah khabar dari rupa. Syahira As-Syahidah salah seorang coursemates dia yang berniqab. Pada mulanya, Alfath menyukai personaliti Syahira namun lama kelamaan, Syahira semakin berulah. Dia sering melihat Syahira bergosip dan pada akhirnya dia terkejut melihat Syahira sudah tidak berniqab. Astagfirullahaladzim inilah permainan dunia yang bisa melalaikan. Ucap Alfath saat melihat Syahira yang berubah. Namun, dia tidak tahu mengapa melihat Darra dia dapat merasakan satu energi yang positif pada Darra. Adakah di sedang dilamun cinta? Adakah dia sanggup mengambil Darra dari Tuhan nya?

Cinta yang tiada restuWhere stories live. Discover now