"Ariq sayang, kamu buat apa?" Tersentak Ariq dari lamunan apabila ada yang memanggil namanya. Ariq sedang berada di hadapan kolam sambil mengamati rembulan yang bersinar terang pada malam itu. Cantik sungguh bulan malam ini fikir Ariq.
"Eh, mama rupanya. Tak buat apalah mama Ariq saja duduk luar malam ni ambil angin malam." balas Ariq. Sejujurnya ada perkara yang memberatkan kepalanya. Serabut kepala dibuatnya apabila difikirkan kembali. "Ariq kamu kalau ada masalah kamu bercerita saja sama mama janganlah kamu pendam begini sayang.." Hubungan Ariq dengan mamanya sangat rapat sehinggakan hampir semua perkara dia ceritakan kepada mamanya
"Tak ada apa-apalah mama.. Mama ni risau betul dekat Ariq." Ariq ketawa perlahan. Kalau diikutkan hati mahu saja Ariq menceritakan perkara yang memberatkan kepalanya itu namun baginya sekarang ini bukanlah waktu yang sesuai. "Ariq.. Ariq.. Mama takkan paksa kamu cerita kat mama tapi ingat kalau Ariq rasa nak bercerita cari saja mama.. Mama akan sentiasa ada bila Ariq perlukan mama.." Sayu Puan Sri Nurul Iman berkata kepada anaknya yang berada disebelahnya itu.
Pakk. Akhirnya Ariq tersedar dari memori yang dia lalui 3 tahun lepas. "Ish kau ni kacau betullah." Ariq menampar kaki rakannya yang tiba-tiba menepuk belakangnya tadi. "Kau fikir apa Miqail? Berat betul nampaknya.. Gaduh dengan girlfriend ehh.." Inilah Luqman ada saja perangai loya buruk dia bila nampak Ariq mengelamun.
"Girlfriend.. Girlfriend.. Banyaklah kau punya girlfriend.. Single life is better okay?! Hah yang kau tiba-tiba muncul depan aku ni nak apa?" Balas Ariq. Kalau dia layan perangai loya buruk Si Luqman tu yang tidak berkesudahan tu makin peninglah kepalanya. "Hehe.. Tak adalah tadi aku nampak kau sorang-sorang saja jadi aku pun berinisiatif untuk mengganggu kau kat sini.." Kata Luqman selamba.
Luqman dan Ariq sudah berkawan sejak kecil lagi jadi semua perkara mereka lalui bersama dari. Friend since diapers orang katakan. Muka Luqman dan Ariq hampir sama jadi ramai yang menganggap mereka berdua kembar. Kembar tapi lain mak ayah. Namun ada sebuah rahsia yang tersimpan disebalik yang disembunyikan dari dua sahabat ini. Rahsia yang hanya kedua ibu bapa mereka berdua sahaja tahu.
"Ish kau ni memang tak ada benda yang berfaedah lain ke nak buat selain daripada ganggu hidup aku ni? Memang tak boleh nak tengok aku senang ke macam mana?" Bebel Ariq. Ariq sememangnya suka berkawan dengan Luqman tetapi apabila setiap hari dia kena hadap perkara yang sama manalah Ariq tak stres. "Hehe.. Okay sorry.. Sorry.. Aku datang ni ada sebab sebenarnya ni.. Kau ingat tak yang prof ada cerita pasal kem khemah hari tu? Aku rasa aku nak join lah.." Cerita Luqman kepada Ariq.
"Okay lepas tu apa kena mengena dengan aku pasal kau nak join kem khemah tu? Bagus la kalau kau nak join.. Kasi jiwa kau tu jantan sikit ini tidak nampak lipas pun menjerit-jerit minta tolong aku." Terbahak-bahak Ariq gelak mengingatkan peristiwa tentang Luqman jerit memanggilnya datang ke bilik oleh kerana ada lipas di almarinya.
Sedang Ariq mengadakan sesi bergelak ketawa bersama Luqman di dalam biliknya ada sesuatu yang memerhatikannya dari jauh. Sayu dia memerhatikan gerak geri Ariq dan Luqman yang sedang bergelak ketawa. Dia mengeluarkan sedikit keluhan lalu dia pun berlalu pergi. Ariq nampak dia berlalu pergi. Namun memandangkan Luqman masih bersamanya dia membatalkan niatnya untuk pergi mendapatkan susuk tubuh yang memerhatikan mereka tadi.
"Kau perati apa Miqail?" Soal Luqman kepada Ariq yang tiba-tiba diam lalu melempar pandangan ke luar tingkap. Patutkah aku jujur? Ariq berfikir sejenak. "Hah? Oh tak ada apa-apa tadi ada kucing kejar tupai." Ariq menipu. "Hm ye ye lah tu kau nampak awek en?" Kata Luqman lalu menjengguk-jenggukkan kepala ke luar tingkap. Luqman dengan perangai loya buruk dia datang sudah fikir Ariq.
YOU ARE READING
Ekspektasi
Non-FictionDua jiwa yang berbeza namun mempunyai persamaan tentang kehidupan yang begitu banyak. Muhammad Ariq Miqail anak tunggal kepada pasangan Tan Sri Muhammad Adam dan Puan Sri Nurul Iman. Oleh kerana Ariq anak tunggal dia dibesarkan dengan penuh kasih s...