bab 3

12 2 2
                                    

"Bosannyaaa rasa macam nak juling mata tengok nota-nota ni argh" Ariq menutup laptopnya dan mengemas segala kertas-kertas yang bertaburan di atas mejanya. Lepas dari Jannatul menelefonnya tadi dia terus belajar. Sudah hampir 3 jam dia belajar Ariq membuat keputusan untuk berehat seketika.

"Kacau Luqman lah.. Dia mesti dengan Jannatul lagi" Ariq mengambil telefonnya dan mendail nombor Luqman. Hampir 2 minit berdering tiada siapa yang menjawab panggilannya. "Ish mana pula Luqman ni? Biasanya waktu macam ni mana dia tidur lagi" Ariq cuba untuk mendail nombor Luqman sekali lagi. Tidak lama menunggu kemudian panggilannya dijawab.

"Aih Luqman kau mentang-mentanglah aku tak ikut lepak call aku pun liat kau nak angkatkan?By the way cane kau punya date dengan Jannatul?" Ariq menjongket-jongketkan keningnya walaupun dia tahu yang Luqman tidak dapat melihatnya.

"Allahu rabbi okay okay saya ke sana sekarang.." Cepat-cepat Ariq bersiap untuk ke hospital.

Sebelum Ariq bergerak ke hospital dia masuk ke bilik mamanya dahulu untuk meminta izin "Assalamualaikum mama.. Ariq nak pergi hospital sekejap tau mama.." Kata Ariq duduk di sebelah Puan Sri Nurul Iman. Ariq hairan apabila percakapannya tidak dibalas.

"Mama?" Ariq cuba menggoncang badan mamanya yang sedang mengiring itu perlahan-lahan. Namun, sayangnya masih tiada balasan. Lalu Ariq pun mengalihkan badan mamanya berbaring seperti biasa untuk memeriksa keadaan mamanya.

"Ma..? Mama?" Ariq menggoncang badan mamanya dengan perlahan lagi. Masih sama. Masih tiada reaksi. Air mata mula bertakung. Sedia untuk mengalir membasahi pipi. "Maa bangunlah mama.." Kali ini Ariq menggoncang badan mamanya sedikit kuat. Ariq meletakkan jarinya di hidung mamanya untuk memastikan yang mamanya itu sama ada bernafas atau tidak.

Tiada angin hembusan nafas. Ariq sudah mati akal. Baru sahaja tadi dia dapat tahu dua sahabatnya sedang berada di wad kecemasan kerana kemalangan. Kini mamanya pula tidak sedarkan diri. Ariq duduk di dalam bilik Puan Sri Nurul Iman. Buntu. Ariq tidak mampu berfikir. Ingin sahaja dia menyalahkan dirinya atas semua perkara yang berlaku sekarang ini.

"Ya Allah apa jenis ujian kau berikan kepada aku ni Ya Allah.." Ariq seolah-olah mahu menyalahkan qadar Allah. Ariq mencekup mukanya. "Apa salah aku Ya Rabb.. Apa silap aku.." Rintih Ariq. Dia mengesat air matanya dan cepat-cepat membawa mamanya ke hospital.

"Fikir Ariq Miqail fikir.. Papa.. Papa! Apa bodoh sangat kau ni Muhammad Ariq Miqail" Ariq cepat-cepat mendail nombor papanya untuk memberitahu tentang kondisi mamanya. Tan Sri Muhammad Adam tiada di rumah oleh kerana dia ada kerja di luar negeri selama 3 hari. Jadi di rumah hanyalah ada Ariq dan Puan Sri Nurul Iman.

"Assalamualaikum pa.." Jeda. Ariq mengambil masa untuk mengawal perasaannya. Dia tidak mahu menangis. Dia tidak mahu papanya risau.

"Waalaikumusalam Ariq.. Kenapa call papa ni?" Tan Sri Muhammad Adam menjawab salam anaknya. Ditunggulah apa yang mahu diberitahu oleh Ariq. Tapi apa yang Tan Sri Muhammad Adam dengar hanyalah esakkan halus. "Ariq.. Kamu kenapa sayang hm? Cuba kamu beritahu papa.." Tan Sri Muhammad Adam melembutkan suaranya.

"Pa.. Mama.. Pa.. Tadi Ariq kejut mama nak minta izin pergi hospital sebab Luqman dengan Jannatul kemalangan tapi mama tak sedarkan diri.." Perlahan sahaja suaranya Ariq. Dia tidak mahu nangis namun apabila dia lihat muka mamanya yang pucat lesu itu membuatkan hatinya menjadi sayu.

EkspektasiWhere stories live. Discover now