bab 2

13 1 3
                                    

Nurul Jannatul Fatihah sedang berjalan pulang dari taman permainan yang berdekatan dengan kawasan perumahan itu. Sedang kusyuk berjalan sendiri sambil berfikir tentang apa yang boleh di masak setibanya dia di rumah dia terdengar suara orang ketawa.

Lalu Jannatul pun berpaling ke arah suara ketawa tadi. Oh rumah ini. Rumah yang tidak asing lagi dari seorang hamba Allah SWT yang diberi nama Nurul Jannatul Fatihah itu. Jannatul berdiri di hadapan rumah itu. Lama. Ditenungnya ke satu arah.

Jannatul memandang ke arah bilik yang menampakkan dua orang jejaka sedang bergelak ketawa. Ya ianya tidak lain dan tidak bukan Muhammad Ariq Miqail dan Muhammad Luqman Naqib.

Namun hanya seorang sahaja yang perasan dan tahu tentang kehadirannya ke rumah itu. Setelah Jannatul sedar bahawa Ariq nampak dirinya Jannatul pun memberikan keluhan dan segaris senyuman sebelum berlalu pergi dari rumah milik Luqman itu.

Sejujurnya Jannatul sangat merindukan dirinya yang dulu namun nasi sudah menjadi bubur tiada apa yang boleh dia buat. Apa yang boleh dia buat hanyalah berikhtiar kepada Allah SWT supaya semua urusan dipermudahkan.

Sedang Jannatul berjalan ke rumahnya tiba-tiba setitis air mata jatuh ke pipi Nurul Jannatul Fatihah. Rasa bersalah mula menyelubungi diri. Jannatul sendiri pun tidak tahu bagaimana ia boleh terjadi namun semuanya terjadi dengan begitu pantas.

"Weh Miqail kau teman aku boleh tak?" Soal Jannatul melalui telefon. Dia mahu membuat kejutan untuk Miqail sempena hari lahirnya.

"Teman kau? Pergi mana? Kalau kau nak ajak aku pergi mall aku tak nak ikut" Ariq tegas menolak permintaan sahabatnya itu. Ariq bukannya tidak mahu menemani Jannatul namun Ariq cukup tidak berminat dengan suasana di shopping mall yang penuh dibanjiri dengan manusia. Ariq tidak terlalu suka dengan tempat yang penuh orang. Tambahan pula ke mana sahaja Ariq pergi pasti ada gadis-gadis yang berminat untuk berkenalan dengannya. Ianya membuatkan Ariq berasa tidak selesa.

"Alah Miqail sekali je.. Tolong laaa" Jannatul merayu pada Ariq. Jannatul sendiri pun tidak tahu mengapa dia mahu menyambut hari lahir sahabatnya itu di luar pada haritu padahal tahun-tahun sebelumnya tiada masalah pun disambut di rumah semua hari lahir Ariq. Sudah hampir sebulan dia merancang majlis ini. Sekarang Ariq pula buat hal tidak mahu ikut. Jannatul berdecit perlahan tak pasal-pasal nak kena buat plan b.

"Ih kau ni Jannatul kau tak ingat last time kau ajak aku pergi mall?" Ariq mengingatkan Jannatul tentang peristiwa Ariq goda oleh seorang pondan ketika dia sedang menunggu Jannatul di luar kedai. Geli tengkuk Ariq mengingati peristiwa itu. Boleh pula pondan itu kejar mereka sehingga ke luar mall. Trauma Ariq dibuatnya. Sedang Ariq mengingati peristiwa agak mengtraumakan itu di seberang telefon Jannatul terbahak-bahak ketawa.

"Haa kau ketawalah kau ketawa sampai kesudah.. Malas dah aku nak kawan dengan kau ni Jannatul orang tengah serius dia boleh gelak-gelak pulak.." Kata Ariq seolah-olah sedang merajuk. Bukannya semakin perlahan gelak Jannatul malahan semakin menjadi-jadi Jannatul gelak.

EkspektasiWhere stories live. Discover now