bab 4

3 1 0
                                    

"Bismillahirahmanirahim" perjalan dimulakan dengan bismillah. Destinasi pertama, hospital. Ariq mahu melawat Luqman dan Jannatul kemudian ambil keretanya dan terus bergerak ke kampung.

"Papa kita singgah beli makanan dulu untuk Jannatul dengan Luqman dulu eh" pesan Ariq sebelum mereka bergerak ke hospital. Papanya hanya menganggukkan kepala.

Setelah Ariq membeli makanan untuk Jannatul dan Luqman, dia naik ke bilik yang diduduki oleh Luqman dahulu. Pintu bilik diketuk dan Ariq memberi salam sebelum menguak pintu perlahan-lahan. Terlihat Luqman sedang ralit gelak ketawa menonton tv di dalam biliknya.

Tan Sri Muhammad Adam tidak ikut Ariq melawat Luqman dengan Jannatul. Dia gerak pulang ke kampung dahulu oleh kerana Ariq ada kenderaan sendiri untuk ke sana. Jadi dia membuat keputusan untuk pulang dahulu. Lagi pun Ariq bercadang untuk membawa Jannatul dengan Luqman sekali.

"Ehem ehem assalamualaikum Muhammad Luqman Naqib.. Kau ni baru sedar dari accident pun boleh gelak-gelak tengok tv eh?" Ariq mengeleng-gelengkan kepalanya melihat sahabatnya yang satu itu. Menyempat dekat hospital pun boleh tengok Running Man. Ariq meletakkan makanan di atas meja tepi katil Luqman.

Satu.. Dua.. Tiga..

"Wah kau bawa makanan untuk aku?! Ish sayang do kau Miqail" kata Luqman dan Ariq mengajuk semula ayatnya. Ariq sudah pun hafal ayat-ayat yang Luqman selalu kata bila dia seronok.

"Eh kau hafal?" Luqman pandang Ariq semacam kemudian suasana bilik itu dipecahkan dengan gelak. "Gila kau tak hafal? Apa aku baru kenal kau sehari? You really should expect that" jawab Ariq terubat sedikit rasa sedihnya bila dengan Luqman.

"Kau bila boleh keluar Man?" Soal Ariq kalau Luqman boleh keluar hospital hari ini dia mahu bawa Luqman pulang ke kampung. "Doktor kata aku dah tak ada apa-apa dah. Tangan aku ni pun kalau tak ada infection insyaallah lagi 3 minggu boleh buka dah. Lagi pun doktor kata kat aku, aku ni nampak macam orang tak sakit. Asal kau tanya? Rindu aku la tu" balas Luqman.

Tapi memang nampak yang Luqman serupa orang tidak sakit. Mana tidaknya sedar-sedar dari kemalangan itu dia boleh gelak-gelak tengok tv. Sememangnya lain daripada yang lain Muhammad Luqman Naqib ni.

"Tak adalah kalau kau boleh keluar hari ni aku nak ajak kau balik kampung" Ariq menyatakan sebab kenapa dia tanya Luqman bila dia boleh keluar hospital. "Uish balik kampung? Asal tiba-tiba sangat? Belum nak raya lagi ni.. Cuti sekolah pun lambat lagi.. Kau ada simpan apa-apa ke dari aku?" Banyak betul soalan Luqman.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 28, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

EkspektasiWhere stories live. Discover now