Lengan bajuku ditariksengaja aku menatapi sekali lagi
tidak
berkali kali
tidak mampu dikira dengan jari
aku merenung pada garisan di lenganku
sedikit panjang
cukup sesuai dengan namanya
parut
Setiap tatapanku ke parut itu
suatu cerita mula bermain di mindaku
seperti butang main untuk memainkan movie
sekali lagi
kenangan ini bermain tanpa pertemuan titik henti
Segalanya bermula
perjalanan percutian kami sekelas akan menjadi kenangan yang indah
Rancangan kami ke pantai akan diberjayakan
impian yang disimpan sejak awal tahun lagi
Destinasi kami tiba di persisiran pantai yang tenang
tiada manusia selain kami di situ
segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar
hingga siang bertukar malam
Aktiviti terakhir kami sebelum rehat di bilik
menikmati pemandangan langit di pantai
pemandangan yang tidak mampu di bayar dengan wang tunai
ciptaan Maha Esa tidak dapat ditandingi
Tikar hitam bertompokan cahaya kecil terbentang luas di langit
kelipan bintang bintang yang nun jauh dari bumi masih kelihatan
Aku bersama sahabatku,Alia
Kami tidak melepaskan peluang bersama
Selepas berhentam pulas dalam pertaruhan yang besar
Yang hanya berlaku sekali seumur hidup
Percutian hanya hadiah yang kami mahukan
Kami berehat sebentar di bilik kami sebelum turun untuk makan malam
"Kita tak sangka kita dah habis sekolah," ujar Alia
Aku hanya mengangguk tanda setuju dengan kata-katanya
YOU ARE READING
The Work
General FictionHimpunan coretan cerita Tiada spesifik bab TW! Cliché That's it.